Sulaman Reben - Bunga Vintage

>> 21 February 2012

Hari ini kita akan berkenalan dengan hasil sulaman reben yang menggunakan reben bersaiz 1.5 inci, dan di namakan Bunga Vintage

Bunga Vintage - sulaman pertama saya semasa menghadiri Kelas Intermediate- sedikit kecut dan "kaku"



















Seperti kebanyaakan sulaman bunga yang di hasilkan dari reben, asas pembuatan bunga ini adalah folded rose. Dalam gambar di bawah,  folded rose berada di tengah-tengah kuntuman yang sedang mekar dan kudup yang sedang berkembang.

Kemudian di jahit kepingan-kepingan riben bagi membentuk lapisan di sekeliling yang mengikut format, contohnya 7-5-3. Akhir sekali, kesemua ini akan di gabungkan dan di jahit kepada fabrik bagi membentuk kuntuman Bunga Vintage yang mengasyikkan. Kudup juga di hasilkan dengan teknik yang sama.





Gabungan Bunga Vintage Merah Hati dan Putih yang sedang dalam pembuatan - sungguh mekar seolah baru lepas di siram

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tote - Bahagian 2

Jom lihat dari bahagian dalam pula.
lihat apa di dalam..



















1. Pandangan luar

























2. Pandangan Dalam - Full lining dan poket jenis tampal





















3. Bahagian atas -Snap button jenis tebuk


Saya juga ada membuat tote untuk saiz medium dan kecil. Koleksi-koleksi ini akan saya kongsi dalam entri hadapan.  

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, sila emailkan kepada EarnIdeas96@gmail.com. 

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Pengenalan Reben Untuk Sulaman - Bahagian 1

>> 20 February 2012

riben-riben yang berwarna warni













Reben (Ribbon) secara am nya mempunyai banyak kegunaan. Kalau dahulu, keperluannya hanya sebagai fungsi "mengikat" (seperti pengikat rambut), kini kegunaan nya telah meluas kepada seni kraf  dan dekorasi, seperti hiasan pada pakaian, dompet dan bag.

Terdapat berbagai pilihan reben, dari segi tekstur dan kualiti, warna dan saiz yang berbeza dipasaran. Terdapat reben yang mempunyai tekstur yang tebal, nipis dan jarang. Ada yang biasa dan ada pula yang berkilat. Sebagai contoh, kebiasaan reben satin yang banyak di jual di Malaysia mempunyai satu sisi yang berkilat dan satu lagi sisi yang tidak berkilat. 

Dari segi kualiti, terdapat bebrapa jenis reben yang mudah terkoyak, atau berubah bentuk semasa ditarik menembusi fabrik, dan juga "kaku" setelah di tarik menembusi fabrik, lalu memberi hasil sulaman terakhir kurang menarik. Berhati-hati dalam membuat pilihan reben, kerana tidak semua reben adalah sesuai untuk membuat sulaman. Sebaiknya, gunakan reben yang tidak terlalu tebal agar tidak merosakkan fabrik ketika proses sulaman.

Dari segi pemilihan warna, terdapat reben yang hanya mempunyai satu warna, berbagai warna (multi-colored) dan bertone. Kesemua ini akan memberi "impak" dan dimensi yang berlainan, sekiranya di gunakan untuk membuat sesuatu corak sulaman. Sebagai contohnya,reben yang mempunyi tone warna akan memberikan hasil kuntuman "folded rose" yang lebih cantik berbanding menggunakan reben yang hanya mempunyai satu warna.

 2 tone ribbon

Terdapat juga pelbagai teknik mewarna (dying) seperti " Dip Dying Technique" dan "Edge Dyed technique" untuk mengubahsuai reben satu warna menjadi multicolored atau bertone, tetapi teknik ini selalunya hanya digunakan untuk hasil sulaman yang tidak perlu di cuci, seperti hiasan dinding. Perlu berhati-hati sebelum membuat sulaman terutamanya pada fabrik yang perlu selalu di cuci kerana terdapat reben yang di hasilkan dengan kuali rendah dan luntur apabila terkena air. Oleh itu, adalah bijak sekiranya anda mencuba terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang sulaman.

Untuk saiz reben, terdapat 2 jenis unit popular yang digunakan iaitu inci dan mm. Kebanyakan reben yang boleh didapati di kedai kraf adalah menggunakan unit inci, manakala yang di import (terutamanya dari US dan UK) menggunakan unit mm. Saiz yang biasa didapati dalam unit inci adalah 1/4, 1/2, 1.5, 2 dan 2.5 inci, manakala saiz yang biasa untuk mm adalah 2,4,7, dan 13mm. Secara umumnya, jika besar saiz riben yang digunakan, maka besar juga sulaman yang dihasilan, dan sama sebaliknya.


Entri hadapan: Jenis-jenis reben

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tote - Bahagian 1

>> 18 February 2012

Maaf teman, blog ini sudah setahun "overdue".

Suatu hari pada tahun lalu, saya telah pergi ke Ikea bersama seorang teman, yang datang jauh dari Pulau Pinang. Saya berhenti di bahagian fabrik langsir, dan membeli beberapa potong kain. Teman bertanya - hang nak jahit langsir ka? Saya jawab - tak, jahit Tote.

Beberapa bulan berselang, teman menghubungi saya dan bertanya - di mana gambar Tote yang hang dah jahit hari tu. Aku nak tempah untuk door gift kenduri. Saya jawab - Nanti aku share dalam blog.

Dan selepas setahun, ini lah blog itu.


Tote menggunakan fabric American Cotton

Untuk tote ini, jenis fabrik yang saya di gunakan adalah American Cotton, (bukan fabrik dari Ikea), bersaiz  37cm x 34cm, dan tali berukuran 55cm panjang yang diperbuat  daripada fabrik yang sama. Cara mudahnya, hanya gunakan kan tali bag/tote ready-made (ada di jual), tetapi secara personal, saya dapati teknik itu kurang kemas.

Tote ini di jahit dengan "full batting" dan "lining", mempunyai poket untuk handphone di sebelah dalam. Kekemasan dibahagian atas pula menggunakan "magnetic snap" jenis biasa, iaitu yang hanya perlu dijahit, dan bukan di tebuk.


Tote ini saya namakan "Pee Tote", atas alasan motif fabriknya seperti dibawah

Motif "I have to pee"

3 tote sekawan ini, adalah antara yang juga telah dijual pada tahun lalu dengan harga, bermula RM20, tergantung kepada jenis dan harga fabrik yang digunakan. Dijahit dengan spesifikasi yang sama dengan Tote Pee, kecuali untuk kekemasan di bahagian atas - ada yang menggunakan kan magnetic snap jenis jahit, tebuk, dan ada yang hanya menggunakan velcro.


Koleksi tote yang telah di beli oleh pelajar kolej.

Dari kiri, saya namakan Tote Carrot, kerana fabrik yang bermotif carrot. 2 tote seterusnya, adalah yang menggunakan fabrik ikea, yang mempunyai blok-blok motif yang berlainan dalam satu fabrik. Contohnya blok motif sangkar burung di atas berada pada sekeping fabrik yang sama dengan blok motif Tote Biru dibawah. Tote Biru ini juga mempunyai saiz yang sama, kecuali tali yang lebih panjang, iaitu 65cm. ( Gambar tidak jelas kerana tahun lalu hanya mempunyai cameraphone)


Tote dengan tali yang lebih panjang


Gambar-gambar untuk pandangan dari sebelah dalam akan saya kongsi pada entri hadapan.

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, sila emailkan kepada EarnIdeas96@gmail.com.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Cushion Cover Velvet

>> 17 February 2012

Read this in English

folded rose dari riben organza

Ekspedisi menjahit cushion cover diteruskan dengan menggunakan kain velvet, dan pelbagai jenis sulaman riben ( ribbon embroidery ) asas yang lain, seperti straight stitch, loop stitch, fly stitch, folded rose dan french knot. Tidak ketinggalan teknik sulaman biasa pada bahagian "batang" yang dinamakan stem stitch yang mengunakan benang sulaman biasa.

Cabaran utama yang pertama kali ini adalah membuat folded rose dengan menggunakan riben organza. Tidak seperti riben satin, tekstur riben organza yang lebih jarang dan lembut memerlukan level kepakaran untuk memegang-sambil-memusing-dan-melipat yang tinggi. Kalau tidak kena gaya, perlu membuka dan mencuba beberapa kali, sehingga mendapat hasil yang di idamkan.

Cabaran kedua pula adalah tekstur kain velvet yang digunakan. Tidak seperti kain cotton, tekstur kain velvet akan meninggalkan kesan "lubang" sekiranya jahitan perlu dibuka dan di jahit semula. (untuk sulaman riben, adalah menjadi kebiasaan sekiranya anda perlu membuka semula riben yang telah di jahit, mungkin kerana faktor design atau lain-lain). Oleh itu, perlu berhati-hati agar tusukan jarum yang akan dibuat adalah "final" untuk mengelakkan jahitan perlu di buka semula dan meninggalkan "kecacatan" seakan lubang pada fabrik seperti.

Hasil terakhir yang memuaskan - "bordered" cushion cover bersaiz 16" x 16" dan berzip di belakang.



Cushion Cover yang telah siap

Nota:
straight stitch - daun

loop stitch - bunga kecil berwarna merah jambu

fly stitch - daun pada folded rose dan bunga merah hati

french knot - anggur purple

Untuk tempahan, sila hubungi earnideas96@gmail.com

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Latchhook - Bahagian 3

For English version, click here

(Flashback)

Saya bertanya kepada teman: Ini barang boleh jadi apa? Kawan jawab: buat mat

Aisey mat! sayang nya nak pijak. Penat buat.

Fikir punye fikir, idea pun datang

Jumpa cushion cover lama, yang dah koyak sebab tiap-tiap hari berpanas di dalam kereta. Bahagian belakangnya masih elok, masih boleh berzip, perfect! Maka saya leraikannya dari  bahagian hadapan.

cushion cover lama yang telah koyak

Dan saya terbalikkan latchook yang dah siap tadi

pandangan belakang latchhook yang telah siap

Dan temukan dengan bahagian belakang cushion lama yang telah dileraikan, cantik-cantik muat. Saya pin kan di sekelilingnya.

temukan

Dan mula proses menjahit tangan, dengan jahitan sembat menggunakan benang 2 lapis

jahit tangan

Sudah siap, dan sungguh bergaya!(rasanya masih perlu di trim lagi) - bersaiz 16" x 16"

cushion cover yang telah siap


pandangan sisi

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Latchhook - Bahagian2

>> 16 February 2012

For English version, click here

Maka pulanglah saya ke rumah dengan set menjahit yang asing; asing kerana tidak pernah terfikir, atau tahu menahu mengenainya.

3 bahan asas untuk projek ini:

1.Kanvas dengan ready-patern


2.jarum


3. benang (atau yarn)


Proses pun bermula

menenun

Secara jujur, pada mulanya proses pembuatan ini terasa agak membosankan. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan cabaran seni sulaman lain yang memerlu 100% perhatian. Tetapi lama kelamaan, semacam terbina suatu experience yang baru, yang magik - rasa relax, tenang dan boleh berangan-angaan. Semakin hampir siap, semakin saya menggemarinya.

Akhirnya siap

hasil selepas siap

Kemudian perlu dikemaskan dengan jarum chochet dan "yarn" yang jenis ini disekelilingnya.

untuk kemasan crochet


Dan siap
siap dengan kekemasan crochet

Dan ditrim (boleh di buat sambil berangan-angan lagi)

Trim

 Bersambung lagi ;)










KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Latchhook - Bahagian 1

For English version, click here

alatan untuk menenun

Mari menenun karpet!

Saya ada menyebut tentang punchneedle dalam entri sebelum ini. Punchneedle dan Latchhook adalah 2 teknik membuat karpet yang berlainan, menggunakan jarum, benang dan fabrik (untuk Latchhook dipanggil kanvas) yang berlainan, tetapi memberi "finishing" yang sama-tetapi-tidak serupa. Sejak awal 2010, saya mencari bahan-bahan untuk membuat punchneedle, tetapi saya telah berjumpa dengan Latchhook terlebih dahulu. Begini kisahnya.


Sekitar bulan May 2010, saya telah menghadiri kursus berkaitan IT selama sebulan di Petaling Jaya. Di sana saya telah berkenalan dengan seorang teman baru berbangsa cina. Pada mulanya, kami hanya banyak berbincang tentang perkara-perkara berkaitan kursus. Lama-kelamaan, saya mendapat tahu beliau juga adalah seorang yang kreatif dan meminati bidang jahitan dan hiasan. Pada suatu hari, saya bertanya kepada beliau

Saya: You tau mana nak cari barang untuk punchneedle
Teman: Apa itu punchneedle
Saya: Ala, yang untuk buat carpet tu
Teman: oo..I pun ada buat. Nanti I belikan untuk you

Selang beberapa bulan, selepas waktu pejabat kami telah berjumpa untuk makan malam. Saya menunggu-nunggu, kerana pada hari itu, beliau sedikit lewat. Tidak lama, dari kejauhan saya melihat beliau berjalan cepat-cepat, membawa bersama, sebuah beg kertas yang bersaiz agak besar.

Teman: Ni  barang punchneedle untuk you
Saya: What! I love you friend. Thanks

Kami bergegas mencari tempat makan, bukan kerana lapar, tetapi kerana saya tidak sabar melihat set punchneedle yang telah dibelikan. Sampai di tempat makan, saya terus menyelongkar beg kertas:

Saya: Ini bukan punchneedle
Teman: You cakap untuk carpet, so inilah.
Saya: Jarumnya lain
Teman: Ye ke?
Saya: So, ini nama nya apa
Teman: I panggil carpet sahaja. Anyway this is a gift for you.
Saya: Thank you. Macam mana nak buat, I tak tau
Teman: Nanti I ajar.
Saya: Great!.

Selepas sebulan, saya baru mengetahui bahawa set jarum yang di berikan itu dipanggil Latchhook.

Hasil Latchhook akan saya kongsi dalam entri hadapan. 





KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kisah Reben dan Baju Kurung

>> 9 February 2012






For English version, click here


Tidak terfikir, akan mendapat tempahan baju kurung kanak-kanak dengan hiasan sulaman reben ( ribbon embroidery ). Jujurnya, sudah agak lama tidak menjahit baju kurung, kali terakhir mungkin lebih 5 tahun dahulu. Menjahit baju bukanlah menjadi masalah, tetapi menjahit reben pada baju kurung adalah satu pengalaman yang baru.


Untuk baju kurung yang diperbuat dari fabrik linen ini, kekemasan sulaman reben ( ribbon embroidery ) di bahagian belakang perlu di titik beratkan, bukan sahaja agar si pemakai akan berasa selesa (dan tidak merasa gatal), tetapi juga agar kukuh untuk dipakai dan di cuci tangan.

Fabrik yang digunakan adalah dari jenis linen, berwarna putih dan agak see-through. Terfikir lama juga untuk memilih design dan jenis reben yang bersesuaian. Perlu mengambil kira usia kanak-kanak 9 tahun yang pasti lasak dan aktif. Oleh itu, saya hanya menggunakan teknik "straight-stitch" dan hanya menggunakan reben satin.

Kebetulan, ketika itu baru sahaja menyiapkan projek punch-needle yang pertama. Jadi timbul idea untuk membuat eksperimen - iaitu menggabungkan sulaman reben ( ribbon embroidery ) dengan tenunan punchneedle.

Tenunan punch needle sebenarnya mudah terlerai, kecuali jika di tenun dengan rapat dan dengan keluasan yang besar. Untuk projek ini, hanya bahagian tengah bunga sahaja yang perlu di tenun. Tetapi kerana usaha adalah tangga kejayaan, setelah kajian dan ujian di buat, maka design yang tahan lasak ini telah berjaya dihasilkan.    



gabungan sulaman riben dan punchneedle


Walau design nya agak simple, keseluruhan proses menjahit nya agak mengambil masa. Pertama kerana perlu kekemasan di hadapan dan belakang. Kedua untuk memastikan reben dan floss (untuk punchneedle) yang digunakan adalah kukuh, maka setiap kuntuman perlu di jahit tangan semula, satu persatu dari sebelah belakang.

baju yang telah siap di sulam riben




Hasil akhir.
baju yang telah siap

gembira di pakai


Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, sila emailkan kepada EarnIdeas96@gmail.com.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Sulaman Reben Asas

>> 1 February 2012

For English version, click here

Bunga Ros adalah asas di dalam seni sulaman reben (ribbon embroidery). Kerana menggunakan teknik "pusing dan lipat", maka ia lebih dikenali sebagai "folded rose". Selain cantik menjadi hiasan dengan seni tersendiri, ia juga boleh digabungkan dengan berbagai teknik sulaman yang lain untuk menghasilkan kuntuman bunga Ros yang bersaiz lebih besar dan menarik.

Panjang reben yang diperlukan untuk menghasilkannya bergantung kepada saiz reben yang digunakan. Secara umum, lagi lebar saiz reben yang digunakan, lebih panjang reben akan diperlukan. Sebagai contoh, kebiasaan panjang reben yang diperluakan untuk reben bersaiz 1" adalah 30". Tetapi tidak mustahil sekiranya lebih panjang atau lebih pendek reben diperlukan, bergantung kepada kepakaran individu.

"Folded Roses" yang memerlukan latihan



Ini adalah cushion cover pertama yang saya hasilkan selepas menghadiri kelas Sulaman Reben Asas. Kesemuanya menggunakan reben satin.

Cushion cover pertama

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

This is what happening to me:
kumpul DIY kraf, archive Blogger Tips, tulis pasal kesihatan, dan pergi perpustakaan. Post-post terkini seperti dibawah.

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

My Photo
Ros Ros
Passionate about sewing, embroidery and crafts, love to read and write, to give and receive, and to self-nurture. 
View my complete profile

Followers

Google+ Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP