Showing posts with label Baju Kurung. Show all posts
Showing posts with label Baju Kurung. Show all posts

Projek Alter Kebaya

>> 7 July 2013

Semalam adalah sambutan hari jadi ke mak yang ke-xx, dan telah berlokasi di sebuah rumah member di Kajang. Excited punye pasal, teringin lah tiba-tiba nak pakai baju kebaya. Selepas selongkar satu almari, akhirnya jumpa la si merah-oren ni. kebaya cotton, ada sulaman dan manik-manik yang cantik. Kali terakhir mak pakai kebaya ni tak ingat la, mungkin 1-2 tahun lalu. Tapi seingat mak, baju ni di pakai hanya beberapa kali je dan tak ingat kenapa. Tapi sebab excited punye pasal, mak pakai jer. Sampai je kat sana dah agak lewat petang. Member-member pun dah lama tak jumpa, so acara nya ala berganti-ganti sembang-sembang, makan-makan dan amik-amik gambar. Sampai rumah je, bile gambar member letak di FB, baru lah perasan telah berlaku satu bencana. Cuba lihat gambar dibawah ini:

gamba di ambil masa kat rumah - sebelum pegi

gambar kat rumah member..gemuknye erk!
So tengok je gambar di atas nun baru lah mak recall, kebaya ni telah tidak menjadi feberet sbb saiz nye yang kurang sedap di pakai. Walaupun saiz nye di label 38, tapi lihat lah bahagian bawah lenagan, pinggang semua nye agak sedikit besar sehingga menyebabkan mak kelihatan sangat gumuk!

So hari ni, mak pun selongkar lah sebakul pola lama. Dalam sebakul tu, setengah dari nye adalah sampah sarap. Lagi separuh pola tudung pelanggan2 lama. Yang tinggal suku paruh adalah pola baju dan kebaya. Aha! jangan tak tau. Kerjaya menjahit mak sebenarnye bermula dengan menjahit baju kurung dan kebaya. Tapi kerana mak kurang memakai pakaian-pakaian ni, maka ilmu ini telah mak tidak manafaatkan sepenuhnya. Ilmu yang tidak di manafaatkan bermaksud apa?


sebakul pola
So ni lah specis itu, yang telah membuat mak kelihatan gumuk semalam.

Dengan bacaan bismillah, maka mak pun mula mencerai-ceraikan bahagian lenagan. Dalam hati Tuhan jer tahu betapa risau nye mak kalau-kalau nanti baju ni berakhir menjadi kain lap




koleksi pola lama, mak terjumpa pola lengan. So dengan senang hati, mak pun trace dan potong ajer.


Pas tu lakar-lakar lebih kurang je pada bahagian keliling lengan dan pinggan, nak kasi kecik sikit. Biar nampak pinggang macam kerengge. 



Tadaa! ini lah hasilnya. Kebaya remake yang terhasil dari ucapan bismillah mak beberapa jam tadi. Frust cik lantai, sebab member dah target akan ada kain pengelap lantai baru :)

depan cermin

pose 1 - syok sendiri

pose 2 - terover syok
Lepas ni mak nak taruk butang katup disepanjang butang-butang yang ada ni. Sebagai langkah keselamatan agar tidak akan di intai-intai dari kiri dan kanan.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kisah Reben dan Baju Kurung

>> 9 February 2012






For English version, click here


Tidak terfikir, akan mendapat tempahan baju kurung kanak-kanak dengan hiasan sulaman reben ( ribbon embroidery ). Jujurnya, sudah agak lama tidak menjahit baju kurung, kali terakhir mungkin lebih 5 tahun dahulu. Menjahit baju bukanlah menjadi masalah, tetapi menjahit reben pada baju kurung adalah satu pengalaman yang baru.


Untuk baju kurung yang diperbuat dari fabrik linen ini, kekemasan sulaman reben ( ribbon embroidery ) di bahagian belakang perlu di titik beratkan, bukan sahaja agar si pemakai akan berasa selesa (dan tidak merasa gatal), tetapi juga agar kukuh untuk dipakai dan di cuci tangan.

Fabrik yang digunakan adalah dari jenis linen, berwarna putih dan agak see-through. Terfikir lama juga untuk memilih design dan jenis reben yang bersesuaian. Perlu mengambil kira usia kanak-kanak 9 tahun yang pasti lasak dan aktif. Oleh itu, saya hanya menggunakan teknik "straight-stitch" dan hanya menggunakan reben satin.

Kebetulan, ketika itu baru sahaja menyiapkan projek punch-needle yang pertama. Jadi timbul idea untuk membuat eksperimen - iaitu menggabungkan sulaman reben ( ribbon embroidery ) dengan tenunan punchneedle.

Tenunan punch needle sebenarnya mudah terlerai, kecuali jika di tenun dengan rapat dan dengan keluasan yang besar. Untuk projek ini, hanya bahagian tengah bunga sahaja yang perlu di tenun. Tetapi kerana usaha adalah tangga kejayaan, setelah kajian dan ujian di buat, maka design yang tahan lasak ini telah berjaya dihasilkan.    



gabungan sulaman riben dan punchneedle


Walau design nya agak simple, keseluruhan proses menjahit nya agak mengambil masa. Pertama kerana perlu kekemasan di hadapan dan belakang. Kedua untuk memastikan reben dan floss (untuk punchneedle) yang digunakan adalah kukuh, maka setiap kuntuman perlu di jahit tangan semula, satu persatu dari sebelah belakang.

baju yang telah siap di sulam riben




Hasil akhir.
baju yang telah siap

gembira di pakai


Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, sila emailkan kepada EarnIdeas96@gmail.com.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP