Showing posts with label sarung bantal. Show all posts
Showing posts with label sarung bantal. Show all posts

Tutorial DIY menjahit sarung bantal stail envelop

>> 5 February 2016


Assalamualaikum,

Post pertama untuk tahun 2016, setelah lebih 6 bulan tanpa post baru.

Ringkasnya, dalam tempoh itu mengandung, kemudian melahirkan seorang bayi lelaki. Kemudian melalui fasa menjadi seorang ibu. Sehingga lah sekarang, baru mula berjinak semula dengan masa untuk menjahit dan menulis kembali.


Hari ni saya nak share DIY menjahit sarung bantal stail envelop. Envelop dalam bahasa melayu bermaksud sampul surat. Kenapa sampul surat? Teruskan membaca.

1. Potong kain ikut saiz bantal yang di ingini. Dalam contoh ini, bantal ini bersaiz 13.5 x 9 inci. Oleh itu saya telah memotong kain sebanyak 17 x 10 inci.




2. Bentang kain. Kain yang telah di potong mempunyai 2 hujung, A dan B. Pada hujung A buat satu garisan 1/2 inci dari tepi kain.



3. Pada hujung B, buat satu garisan berukuran 4 inci dari tepi kain.



4. Lipat hujung A di sepanjang garisan yang telah di buat (1/2 inci tadi), kelimkan sedikit dan jahit.



5. Lipat hujung B disepanjang garisan yang telah di buat (4 inci tadi), kelim sedikit dan jahit



6. Rentang kain dengan kedua hujugn A dan B telah berjahit. Buat satu garisan dari hujung B dengan ukuran 13.5 inci (saiz bantal)



7. Lipat kain di sepanjang garisan yang telah di buat



8. Lipat hujung A speerti rajah di bawah



9. Jahit kedua hujung atas dan bawah dengan ukuran kelim sebanyak 1/2 inci



10. Jahit tepi keduanya (serge)



11. Dah siap ( side dalam)



12. Terbalikkan.



13. Masukkan bantal.Tak nampak bantal, tu sebab namanya envelop.



14. Dah siap bantal untuk baby.




Sekian dan selamat mencuba.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Matching Cushion Cover - Bahagian 2

>> 19 April 2012

For English, click here

Sambungan dari blog terdahulu

Penantian yang agak lama untuk menyiapkan projek ini, hampir 20 hari selepas tulisan pertama mengenai projek ini di "entri"kan. Banyak aktiviti, perkara sedia ada yang perlu diselesaikan, perkara baru yang telah di ceburi, dan kerosakan teknikal pada pada perkakasan mesin jahit portable yang sudah pun menjangkau usia 14 tahun. Tuhan masih menyayangi, mesin jahit dapat di baiki semula dengan kos RM10 sahaja.

Malam ini juga saya ber rajin hati untuk bermain-main dengan teknik photoshop yang paling saya gemari, iaitu magik eraser untuk menghilangkan warna background.



pandangan penuh dari bahagian hadapan



pasangan - sama padan


bahagian belakang - diterangkan sedikit agar bahagian kekemasan pada zip kelihatan.


Sudah baca, jangan lupe tekan "like ya ;)




KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Matching Cushion Cover - Bahagian 1

>> 30 March 2012

For English version, click here 

telah siap

Vintage, sulaman bunga yang mencabar, remeh dan paling mengambil masa, tetapi yang paling saya gemari kerana hasil nya yang cantik dan mempersona. Tahniah kepada guru saya kerana telah mereka cipta teknik ini dengan jaya.

Untuk projek kali ini, saya bercita untuk membuat sepasang "bordered-cushion cover" yang bersaiz 14 x 14 inci. Untuk tujuan ini, fabrik cotton tebal berwarna hitam digunakan. Untuk bahagian "borner, lebar fabik perlu dilebihkan sebanyak 2 inci pada kesemua sisi.


Saya menggunakan reben satin  merah jambu berwarna sederhana dan berlainan saiz untuk membentuk bunga dan kudup-kudup bunga.

siap untuk di jahit pada fabrik
Saiz reben yang berlainan juga digunakan untuk membentuk bahagian batang. Untuk bahagian ranting kecil, sulaman benang biasa di gunakan.

Persiapan untuk menyulam daun
Untuk sentuhan terakhir, ranting-ranting kecil dihiasi dengan daun-daun kecil yang menggunakan teknik ribbon-stitch, kemudian di penuhi dengan debunga kecil yang menggunakan teknik french knot.

Akhirnya siap.
telah siap
Untuk langkah yang seterusnya, saya perlu mengulangi jahitan yang sama untuk fabrik ke 2 (matching cushion cover) Perbezaannya, pola perlu di lukis semula, dengan imej baru, seakan ada pantulan cermin pada bahagian sisi. Maksudnya, kali ini, kedua kudup bunga perlu di lenturkan ke arah kanan pula.

Nantikan sambungan untuk projek ini di dalam entri hadapan.





KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Cushion Cover - Love

>> 27 March 2012


Ini adalah antara hasil sulaman terawal yang sudah berusia lebih 6 bulan, sebelum dijadikan cushion cover baru-baru ini. Sulaman ini hanya menggunakan 3 teknik asas iaitu folded rose, straight stitch dan french knot.

Kalau diteliti dengan betul, kuntuman folded rose nya masih kelihatan ketat. Malah saiznya mungkin hanya 3/4 dari saiz folded rose yang telah di hasilkan kini, setelah melalui proses lahitan yang berterusan.

Sekiranya anda ingin membuat tempahan cushion cover (dari kain cotton) dengan patern ini, sila hubungi earnideas96@gmail.com.



hasil sulaman sebelum di jadikan cushion cover
cushion cover - 16 x 16 inci dan berzip di tepi


KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Matching Cushion Cover

>> 26 March 2012



Ini adalah pengalaman pertama saya menjahit "Matching" cushion cover dengan menggunakan 6 teknik bunga sulaman reben (ribbon embroidery). Cabaran kali ini tentu nya untuk memastikan sulaman pada cushion ke 2 perlu menyerupai cushion yang pertama, baik dari segi saiz, kedudukan dan kekemasan. 

Cabaran untuk kekemasan pada bahagian belakang pula adalah untuk memastikan zip tidak akan "kelihatan" setelah bantal di masukkan.

Untuk tujuan foto, saya menggunakan bantal bersaiz 16 x16 inci yang dibeli di Jaya Jusco dengan harga RM6.99.

Saya menawarkan harga pengenalan yang menarik untuk pembelian "Matching" cushion cover ini. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.






"Matching" cushion cover bersaiz 16 x 16 inci, menggunakan fabrik cotton tebal.

Pandangan Depan

Pandangan belakang - berzip

Rose

Bunga Matahari

Strawberi "ungu"

Running Rose

Carnation

Spider Web

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Cushion Cover Velvet

>> 17 February 2012

Read this in English

folded rose dari riben organza

Ekspedisi menjahit cushion cover diteruskan dengan menggunakan kain velvet, dan pelbagai jenis sulaman riben ( ribbon embroidery ) asas yang lain, seperti straight stitch, loop stitch, fly stitch, folded rose dan french knot. Tidak ketinggalan teknik sulaman biasa pada bahagian "batang" yang dinamakan stem stitch yang mengunakan benang sulaman biasa.

Cabaran utama yang pertama kali ini adalah membuat folded rose dengan menggunakan riben organza. Tidak seperti riben satin, tekstur riben organza yang lebih jarang dan lembut memerlukan level kepakaran untuk memegang-sambil-memusing-dan-melipat yang tinggi. Kalau tidak kena gaya, perlu membuka dan mencuba beberapa kali, sehingga mendapat hasil yang di idamkan.

Cabaran kedua pula adalah tekstur kain velvet yang digunakan. Tidak seperti kain cotton, tekstur kain velvet akan meninggalkan kesan "lubang" sekiranya jahitan perlu dibuka dan di jahit semula. (untuk sulaman riben, adalah menjadi kebiasaan sekiranya anda perlu membuka semula riben yang telah di jahit, mungkin kerana faktor design atau lain-lain). Oleh itu, perlu berhati-hati agar tusukan jarum yang akan dibuat adalah "final" untuk mengelakkan jahitan perlu di buka semula dan meninggalkan "kecacatan" seakan lubang pada fabrik seperti.

Hasil terakhir yang memuaskan - "bordered" cushion cover bersaiz 16" x 16" dan berzip di belakang.



Cushion Cover yang telah siap

Nota:
straight stitch - daun

loop stitch - bunga kecil berwarna merah jambu

fly stitch - daun pada folded rose dan bunga merah hati

french knot - anggur purple

Untuk tempahan, sila hubungi earnideas96@gmail.com

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Latchhook - Bahagian 3

For English version, click here

(Flashback)

Saya bertanya kepada teman: Ini barang boleh jadi apa? Kawan jawab: buat mat

Aisey mat! sayang nya nak pijak. Penat buat.

Fikir punye fikir, idea pun datang

Jumpa cushion cover lama, yang dah koyak sebab tiap-tiap hari berpanas di dalam kereta. Bahagian belakangnya masih elok, masih boleh berzip, perfect! Maka saya leraikannya dari  bahagian hadapan.

cushion cover lama yang telah koyak

Dan saya terbalikkan latchook yang dah siap tadi

pandangan belakang latchhook yang telah siap

Dan temukan dengan bahagian belakang cushion lama yang telah dileraikan, cantik-cantik muat. Saya pin kan di sekelilingnya.

temukan

Dan mula proses menjahit tangan, dengan jahitan sembat menggunakan benang 2 lapis

jahit tangan

Sudah siap, dan sungguh bergaya!(rasanya masih perlu di trim lagi) - bersaiz 16" x 16"

cushion cover yang telah siap


pandangan sisi

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Latchhook - Bahagian2

>> 16 February 2012

For English version, click here

Maka pulanglah saya ke rumah dengan set menjahit yang asing; asing kerana tidak pernah terfikir, atau tahu menahu mengenainya.

3 bahan asas untuk projek ini:

1.Kanvas dengan ready-patern


2.jarum


3. benang (atau yarn)


Proses pun bermula

menenun

Secara jujur, pada mulanya proses pembuatan ini terasa agak membosankan. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan cabaran seni sulaman lain yang memerlu 100% perhatian. Tetapi lama kelamaan, semacam terbina suatu experience yang baru, yang magik - rasa relax, tenang dan boleh berangan-angaan. Semakin hampir siap, semakin saya menggemarinya.

Akhirnya siap

hasil selepas siap

Kemudian perlu dikemaskan dengan jarum chochet dan "yarn" yang jenis ini disekelilingnya.

untuk kemasan crochet


Dan siap
siap dengan kekemasan crochet

Dan ditrim (boleh di buat sambil berangan-angan lagi)

Trim

 Bersambung lagi ;)










KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Latchhook - Bahagian 1

For English version, click here

alatan untuk menenun

Mari menenun karpet!

Saya ada menyebut tentang punchneedle dalam entri sebelum ini. Punchneedle dan Latchhook adalah 2 teknik membuat karpet yang berlainan, menggunakan jarum, benang dan fabrik (untuk Latchhook dipanggil kanvas) yang berlainan, tetapi memberi "finishing" yang sama-tetapi-tidak serupa. Sejak awal 2010, saya mencari bahan-bahan untuk membuat punchneedle, tetapi saya telah berjumpa dengan Latchhook terlebih dahulu. Begini kisahnya.


Sekitar bulan May 2010, saya telah menghadiri kursus berkaitan IT selama sebulan di Petaling Jaya. Di sana saya telah berkenalan dengan seorang teman baru berbangsa cina. Pada mulanya, kami hanya banyak berbincang tentang perkara-perkara berkaitan kursus. Lama-kelamaan, saya mendapat tahu beliau juga adalah seorang yang kreatif dan meminati bidang jahitan dan hiasan. Pada suatu hari, saya bertanya kepada beliau

Saya: You tau mana nak cari barang untuk punchneedle
Teman: Apa itu punchneedle
Saya: Ala, yang untuk buat carpet tu
Teman: oo..I pun ada buat. Nanti I belikan untuk you

Selang beberapa bulan, selepas waktu pejabat kami telah berjumpa untuk makan malam. Saya menunggu-nunggu, kerana pada hari itu, beliau sedikit lewat. Tidak lama, dari kejauhan saya melihat beliau berjalan cepat-cepat, membawa bersama, sebuah beg kertas yang bersaiz agak besar.

Teman: Ni  barang punchneedle untuk you
Saya: What! I love you friend. Thanks

Kami bergegas mencari tempat makan, bukan kerana lapar, tetapi kerana saya tidak sabar melihat set punchneedle yang telah dibelikan. Sampai di tempat makan, saya terus menyelongkar beg kertas:

Saya: Ini bukan punchneedle
Teman: You cakap untuk carpet, so inilah.
Saya: Jarumnya lain
Teman: Ye ke?
Saya: So, ini nama nya apa
Teman: I panggil carpet sahaja. Anyway this is a gift for you.
Saya: Thank you. Macam mana nak buat, I tak tau
Teman: Nanti I ajar.
Saya: Great!.

Selepas sebulan, saya baru mengetahui bahawa set jarum yang di berikan itu dipanggil Latchhook.

Hasil Latchhook akan saya kongsi dalam entri hadapan. 





KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP