Showing posts with label hand-dye reben. Show all posts
Showing posts with label hand-dye reben. Show all posts

Brooch Satin Hand-Dye & Giveaway May 2013

>> 11 May 2013



Setelah menyiapkan tempahan bunga satin hand-dye untuk bakal pengantin (beliau telah selamat menjadi isteri orang, manakala bunga satin telah di semat di kasut pengantin katanya), saya kembali membuat beberapa lagi kuntum bunga satin dengan teknik hand-dye. Berkat mengambil cabaran dari pelanggan ini, saya telah discover beberapa teknik baru, yang memudahkan saya untuk men-dye dan mengeringkan satin sebelum di cantum-cantumkan menjadi bunga. Sebenarnya ramai juga pelanggan saya yang seperti ini - cetusan order dari mereka telah memberi saya cetusan idea-idea baru.



Pagi tadi, saya masih menerima pendaftaran baru untuk Give Away April yang telah pun di tutup. Saya yakin telah remove semua pautan borang penyertaan, tetapi mungkin masih ada yang tertinggal di sana sini dan yang tak sempat saya fikirkan. Oleh kerana itu, saya bercadang untuk memberi Give Away untuk bulan May pula !

Berkemungkinan hadiahnya adalah 2 dari brooch-brooch yang bersaiz 2.5 inci ini dan kali ini akan ada 2 orang pemenang! Peserta boleh memilih di antara 4 pilihan warna ini, yang mana mereka suka. Tapi Tunggu!  Saya belum membuat persiapan - iaitu borang "Ya! Saya Mahu" yang baru. Insyallah, pada minggu hadapan akan saya war-warkan. So rajin-rajinlah check blog ni semula ya. (p.s: peserta yang telah mendaftar pada pagi tadi akan saya sertakan dalam senarai baru nanti)

pilihan 1: purple + maroon



pilihan 2: merah - 2 tone

pilihan 3: kuning + merah

pilihan 4: kuning + purple




KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Pengikat Rambut Ber bunga

>> 3 September 2012

Read this in English

Hari ini saya memberus rambut Cik Mannequin cantik-cantik, untuk memperagakan produk aksesori hiasan rambut saya terbaru, iaitu pengikat rambut berbunga dengan tona warna yang cantik.


(Foto: Design 1) : gabungan warna merah dan ungu, kanan - jenis getah rambut yang di gunakan





Spesifikasi untuk design 1
Warna bunga hiasan: 2 warna, merah dan ungu
Saiz: 3 inci (diameter)
Jenis fabrik: sheer

Spesifikasi untuk design 2
Warna bunga hiasan: 1 warna, merah dengan 2 tone - cerah pada kelopak, dan gelap di bahagian tengah
Saiz: 3 inci (diameter)
Jenis fabrik: satin



Design 2: Merah dengan tone warna sedikit gelap pada bahagian tengah, kanan - jenis getah rambut yang di gunakan 

Untuk pesanan dan pertanyaan, email ke info@jahitjahitan.com atau private message/inbox di FB
Untuk senarai produk kraf yang lain, klik di sini

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

New Ribbon embroidering Project

>> 19 May 2012

For English, click here

Sehari yang panas, saya tertidur dengan nyenyak pada lewat petang untuk beberapa jam yang merehatkan, dan kembali bangun dengan berasa sedikit letih, dengan tekak yang tidak selesa dan seakan mahu demam. Kali terakhir saya deman, lebih setahun yang lalu.

Saya merehatkan diri hampir semiggu lamanya, dari reben dan jarum, dan memulakan projek baru selepas itu. Objektif saya kali ini adalah untuk mencuba teknik-teknik jahitan dan sulaman reben baru, dan mengasah teknik yang sedia ada. Saya menyasarkan untuk menyiapkan projek ini  dalam tempoh 3 hari. Tidak mahu membuang masa yang panjang untuk merancang "dimana untuk di jahit apa", saya telah mengambil satu patern sedia ada yang telah dikongsikan oleh guru saya (yang saya gemari) sebagai rujukan dan panduan.

Saya hanya menggunakan semua bahan asas yang sedia ada, diantaranya adalah kain kapas tebal berwarna kuning sederhana, yang mendapat komen dari cikgu sebagai - terlalu tebal dan kurang sesuai untuk membuat sulaman dan jahitan reben. Komen yang bertepatan, bukan sahaja memberi kesakitan pada jari-jemari malah tekstur reben menjadi sedikit berkedut dan memberi hasil akhir sulaman dan jahitan yang kurang sempurna.

Cubaan terbaik, selepas 3 kali mencuba (di atas kain lain yang saya  labelkan sebagai "my mini-lab")



Hasil akhir

Bunga ini menghadap tenggara.



rose yg segar -mendapat pujian dari cikgu dan kawan-kawan


pandangan tepi


kombinasi jahitan fishbone and french-knot



yang paling sukar untuk di realisaikan dari contoh sebenar. Saya berniat untuk memperbaiki jahitan ini selepas ini



 

background yang di warnakan.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kelas ke 3 @ Kelopak Gallery

>> 9 May 2012

For English, Click here


Kelas ke 3 telah diadakan pada 1 May di Kelopak Gallery dengan objektif, untuk mengisi bakul "batik canting" dengan bunga-bungaan, menggunakan pelbagai teknik jahitan dan sulaman reben, dan menggunakan reben-reben yang telah di "dye" dengan cita rasa sendiri.

bakul kosong dari kelas terdahulu
 Kerja rumah telah siap dan dihantar kepada cikgu untuk di semak.

bakul yang telah penuh di isi

 jahitan dan sulaman bunga peony

 jahitan dan sulaman bunga bunga melur

 jahitan dan sulaman bunga  bunga ros - pandangan tepi

 jahitan dan sulaman bunga  bunga ros - pandangan atas

 jahitan dan sulaman bunga ros - dengan hiasan stamen

 jahitan dan sulaman bunga hydrangea

 jahitan dan sulaman bunga ciptaan sendiri

 jahitan dan sulaman bunga ros - teknik3 dengan hiasan manik

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Ribbon-Dye Buatan Sendiri: dan lain-lain

>> 30 April 2012



For English, click here

Beberapa hari kebelakangan berlalu dengan aktiviti-aktiviti berikut:

1. Novel-thon: Novel yang telah lama di beli tetapi tidak pernah di baca - helaian-helaian kertas pun telah mulai kekuningan.

Corporations were filled with men like Mike - men who didn't appear to be exceptionally smart or interesting, but knew how to play the game - pg40





2.Penjadualan harian
Penting!

3. Handmade Ribbon-dye : persediaan untuk kelas canting dan jahitan dan sulaman riben ke 3


1 inci

1/2 inci

1/4 inci

warna ala "paddle-pop"


KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kelas ke2 @ Kelopak Gallery: Dye ribbon and Batik Canting

>> 24 April 2012

For English, click here

Hari ini
Menikmati hidangan nasi ayam di sebuah restoran kegemaran Kemudian, hanya selepas 2 jam, kembali ke sebuah lagi restoran kegemaran dan menjamu minuman petang - teh tarik dan pengat ubi. Bercakap tentang definasi kegembiraan, ya hari ini saya sangat gembira dengan menu yang kurang sihat!


Ribbon Dye dan Batik Canting
Hujung minggu yang lalu, kami beransur ke matapelajaran ke 2 yang sangat menarik iaitu Ribbon-dye dan men-canting batik. Sebelum kelas bermula, sebuah majlis graduasi yang serba ringkas telah diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar terdahulu yang telah melengkapkan "coursework" mencanting batik dan dye-ribbon selama (48 jam atau lebih). Setiap mereka di berikan sijil rasmi oleh guru kami - dan tentunya diterima dengan penuh rasa bangga dan gembira.


Hari ini, seorang teman baru telah menyertai kelas kami dan beliau tinggal di Senawang. Sejak di bangku sekolah lagi, penulis mengkagumi bakat seni yang beliau miliki. Oleh kerana itu, penulis berkali-kali mengingatkan beliau bahawa di Kelopak Gallary ada berbagai "perkara" dan beliau akan pasti teruja!! 

Subjek 1: Batik Canting
Penulis telah menemui web link ini yang memberi huraian lengkap tentang bagaimana proses mencanting batik dilakukan dengan cara tradisi. Kami bernasib baik, kerana guru kamu telah mencipta revolusi mencanting dengan cara yang moden, dan mudah.


alat tradisi mencanting




pen canting moden kami


Guru kami telah memberikan setiap kami set lengkap mencanting yang antara lain, terdiri daripada canvas dan bingkai kayu yan gbersaiz, berus melukis, cat mewarna dan pen canting moden. Ketika menerima set masing-masing, dengan rasa penuh keterujaan, seperti kanak-kanak berusia 10 tahun yang baru mendapat permainan baru.

painting brush


Kami mula melakar gambar sebuah bakul dengan menggunakan pensil biasa. Kemudian, diikuti dengan lakaran ala "free-hand" menggunakan pen canting moden sehingga siap. Sesudah siap, kami mula sedar bahawa kami telah melakar lebih dari yang perlu-tidak mendengar arahan dengan betul, kadangkala menyeronokkan juga.

lakaran yang telah siap dengan menggunakan pen canting
 
Kami biarkan seketika sehingga dakwat canting kering, dan kemudian di ikuti dengan proses mewarna.

sudah lama tidaj bermain dengan warna


Subjek 2: Ribbon dye.
# sebab utama kenapa men dye reben adalah penting.
1. Kebanyakan reben yang di jual adalah mono-tone.
2. Reben yang telah di dye dijual dengan harga yang mahal dan sukar di jumpai di pasaran tempatan.
3. Reben yang di dye dapat memberi efek yang istemewa, dan membantu kreativiti.

Proses yang mudah, dan reben kering dengan cepat.

menjemur


Untuk kelas yang seterusnya, kami akan mula membuat jahitan dan sulaman reben untuk menghasilkan bunga-bungan yang cantik, dengan menggunakan reben buatan tangan kami di atas canvas yang telah di canting.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP