Showing posts with label jersey. Show all posts
Showing posts with label jersey. Show all posts

Tudung - Resume lama (Alteration)

>> 17 October 2013

Anda pasti pernah menonton rancangan berunsur make-over di televisyen. Samada wajah yang kurang enak di tempek sehingga menjadi penuh gaya, atau yang berfesyen ala-nerd bertukar menjadi trendy and fancy. Saya juga ada cerita yang hampir sama dan tersendiri.

Lihat lah resume lama saya ini. 


sebelum: tudung syria

selepas: tudung berawning

sebelum (gambar kecil) dan selepas (awning baru)

sebelum (gambar kecil) dan selepas (awning baru)

sebelum (kiri) dan selepas (awning baru)

sebelum (gambar kecil) dan selepas - ni kes nak pendek kan tudung.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Inner Ninja Silang DIY

>> 9 May 2013

Hari ni mesin jahit tepi yang ter-rosak sudah siap dibaiki, dan saya pergi menjemput nya denagn penuh semangat. Pada hari miggu yang lalu saya telah menghantar nya ke kedai Singer di Seksyen 9 Shah Alam. Rupanya kedai tersebut telah pun berpindah di seksyen 24, di lokasi dimana saya selalu lalu-lalang dan berkata " oh! dekat sini pun ada kedai Singer".

Ini lah mesin bertuah itu, terbang RM55 ( amik gambar ni untuk nota setting sebenarnya) 
Projek jahit Inner Ninja Silang ni memang antara yang saya nanti-nantikan. Sehari selepas berjaya menjahit Inner Ninja biasa , dan pada lewat petang di mana hujan telah turun dengan lebatnya (no computer, no tv = boring), saya telah duduk diam-diam sekali lagi sambil membuat pola untuk projek ke 2 ini. Shape "badan" nya sama saja, kecuali kali ini awning nye memerlukan 2 keping kain yang di silangkan. Pola ini juga hasil inspirasi inner ninja silang cotton yang saya telah pinjam dari seorang kawan.

ninja versi beli - kain cotton
Seperti biasa, untuk versi testing, saya hanya menggunakan lebihan fabrik yang ada. Kali ini, saya menggunakan fabrik jersey berwarna hitam.



tengah cantum kan 2 keping kain untuk bahagian awning
Secara keseluruhan nya, proses mencantum nya tak susah pun. Yang susah hanyalah perlu bertukar-tukar mesin, dan benang <- antara aktiviti yang paling saya boring, selain keseluruhan tempat menjahit bertukar menjadi semak-samun.

bahagian silang yang telah di cantunkan
Tada! akhirnya siap. Customize untuk saiz kepala saya yang sedikit besar dan panjang ini. (size inner cotton yang saya pinjam saiz nya sedikit kecil tetapi sesuai dengan kepala cik mannequin yang cumel)

siap!

front view
Pembaikan: 

1. Gap silang tu next time saya nak besarkan




saiz inner yang besar, bukan sebab kepala cik mannequin yang jendul


Projek seterusnya - nak jahit inner silang ni pakai fabrik cotton yang ada. Warna kuning raja silang dengan shocking pink, ok tak?




  

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Inner Ninja DIY (jenis biasa)

>> 5 May 2013


5 May 2013, hari mengundi, hari kontroversi. Seperti yang di jangkakan, hujan telah turun dengan lebat sekitar lewat petang, cukup dengan angin, guruh dan kilat. Hujan memberi rahmat kerana terpaksa duduk termenung sebab tak boleh buka pc, tv dan pemenuh masa lapang lain yang memerlukan penggunaan elektrik. Hujan memberi rahmat kerana setelah duduk dengan bosan, saya telah memulakan projek baru - iaitu cuba jahit sendiri fesyen inner terkini, iaitu Inner Ninja.

Inner yang berwarna hitam ni dibeli beberapa hari yang lalu. Pada mulanya kurang berminat untuk mencuba, kerana pada pendapat saya inner yang melekap seperti ini hanya sesuai untuk mereka yang bermuka kecil dan tak temban seperti saya (hee). Namum persepsi itu telah berubah beberapa hari lalu. Setelah menjalankan soal siasat dengan intensif, maka saya telah berjaya membeli sehelai inner ninja cotton berwarna hitam ini. Seperti biasa, saiz lah yang menjadi masalah kerana saiz kepala saya sedikit besar dan panjang. Tapi, saiz ni lah yang so far, paling sedap dan logik untuk di pakai

Ninja sample yang saya beli - hitam, cotton sedikit ketat lah tapi
So, ketika hujan turun lebat, dan kilat sabung menyabung, saya pun memulakan projek ini dengan membuat pola sendiri. Cuma agak-agak sahaja dan adjust sedikit terutama pada bahagian awning dan leher yang saya sengaja besarkan sedikit, untuk tujuan keselesaan sendiri


Pola dengan tarikh lahir - hari ni. Macam tudung juga, ia ada 2 bahagian iaitu "badan" dan "awning"
Teruja nak pakai kain cotton ni, especially yang warna shocking pink ni. Tapi nanti dulu!



cotton dalam simpanan - shocking pink dan kuning raja


Saya pakai kain jersey je dulu. Lebihan dari projek tudung sebelum ni. Tak pikir pun mana "basi" watsoever, potong je. So far semenjak buat soal-siasat pasal inner ninja ni, tak pernah lagi jumpa orang jual inner ninja dari fabrik jersey. Curious juga nak tahu kenapa. Nak tau sebabnya? Jom buat dulu.


guna lebihan kain jersey
Hujan dah berhenti, so jahitan pun bermula, sambil dengar perkembangan pasal PRU13. (tak pasal je hari ni jari ku berwarna biru). Setelah separuh jalan, mesin jahit tepi sempat buat hal. Pisau pemotong kain tak berfungsi. Agaknya sebab dah lama sungguh saya tak pakai mesin ni. Apapun, projek harus di teruskan. Sebab pisau mesin tak berfungsi, so kene potong tepi kain cantik2 sebelum di jahit tepi. (esok kene hantar mesin ke kedai nampak nya)


tengah temukan awning dan badan

Final touch-up. Jahit cover stitch pada bahagian bawah.

final touch-up : jahitan cover stitch

Siap pun!

siap

Perbandingan dengan sample inner yang dibeli, awning dan leher sengaja saya besarkan sedikit

perbezaan dengan yang di beli


Dah siap, maka bermulalah proses "fitting". Setelah di cuba, wah memang sangat selesa! Malah boleh sembunyikan lebihan lemak di pipi juga:) Tak sangka, try sekali terus jadi. Maka pola yang bertarikh 5 May 2013 ini telah saya labelkan sebagai "LULUS" ! (tak perlu editing)


status pola: lulus

Memandang kan ketika ini, saya hanya memakai kain batik, belum makan dan belum mandi, maka untuk tujuan demo, saya pakaikan inner ninja ni pada cik mannequin. Kepala cik mannequin ni sebenarnya sangat kecil berbanding kepala saya, so nampak macam inner ni besar untuk saiz die. Ok juga kain jersey ni, tak de pakai pengeras kain pun. (tengok bhgn awning)

cik mannequin - front view

View bahagian belakang. p.s: pardon, cik mannequin tak pakai baju

cik mannequin: back view

Moral: Kain jersey ni sedikit licin la berbanding kain cotton yang banyak orang pakai tu. Tu sebab orang tak buat pakai kain jersey agaknya sbb nak jahitnya leceh sikit. Dan mungkin juga sebab bila licin, nanti selendang akan senang jatuh. Berbanding pakai pakai cotton, selendang akan "duduk" diam cantik-cantik. Tapi jersey ni ada "volume" lah, saya suka! Apapun yang penting saya rasa sangat selesa sebab inner ni telah di custom-sizekan untuk saiz kepala saya. Kepada yang mempunyai saiz kepala yang besar yang unik mcm saya, saya faham masalah anda. Masalah mu, masalah ku juga.

Kalau ada yang berminat untuk mendapatkan tutorial ni, sila letak komen "ya saya mahu" kat bawah. Kalau ramai yang nak, baru saya buat.

Ok, jom tgh tunggu result PRU13.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kerongsang Satin Rose-Bud

>> 12 October 2012

Read this in English

Kali pertama saya melihat brooch ini, hati saya tertarik. Pusaran dan susunan kelopak yang mempersona, dan warna fabrik yang redup, semua nya sempurna kecuali...Tidak lama, saya mendapat tahu, nama nya adalah Rose-bud.

(foto: menggunakan fabrik satin: dengan 3 saiz - 2 inci, 2.5 inci dan 3 inci)

Kali ke dua, kali ini saya melihat brooch secara live di rak jualan. Saya melihat pelbagai ketinggian dan saiz yang di jual. Saya kurang pasti bagaimana, cuma berharap satu hari saya akan membuatnya.

Selepas 2 bulan, saya telah duduk diam-diam dan mencuba membuat design brooch ini. Walau asyik tertangguh, akhirnya saya berjaya membuat nya dengan 3 teknik yang berlainan, dengan kiraan lebar dan jarak jahitan yang berlainan,  mempelbagaikan jenis fabrik dan menyusun setiap kelopak dengan cara longgar, skima dan natural.


menggunakan reben satin - kerana tekstur nya yang sedikit "keras" dan setiap pinggir kelopaknya kelihatan " tajam". Lebih mudah di pegang ketika membuatnya dan agak sukar juga untuk membuat nya "flat"
menggunakan fabrik satin no 1 - tekstur fabrik yang lebih lentur dan licin. Pinggir kelopak terbentuk bulat dengan cantik. Agak mencabar untuk membuat nya.  



menggunakan satin no 2: lebih banyak volume, dan terbentuk lebih bulat.



menggunakan fabrik jersey - corak fabrik sedikit berjalur dan memberi kesan yang agak cantik juga

 
Menyusun kelopak rapat-rapat dan teratur

kelopak-kelopak disusun lebih longgar. Menggunakan satin no 1 berwarna putih dan di hand-dye - kombinasi merah dan kuning.  






KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

DIY: Membaik-pulih (Alter) Tudung dengan Kesan Cela yang Degil

>> 19 September 2012

Read this in English

Tutorial ini saya tujukan khas buat kekanda yang berada di kampung dengan 2 ucapan - 1. Sori kak, sebab telah memeram lama tudung ini 2. Lain kali kalau nak buat "pembedahan dagu", jangan lupa buka tudung dahulu :)

(foto: Bahagian yang tercela - kelihatan seperti kesan darah atau terkene getah buah mangga.)



Ada masa kejadian tidak di ingini seperti ini, akan berlaku. Tudung kesayangan tercela dan tidak dapat di gunakan lagi. Tercela di "spot" yang tidak boleh disorokkan.

Tudung "Scallop" yang telah tercela - kain jersey grade 1 yang dibeli tanpa diskaun ( kualiti di akui oleh si pemakai)

Menjadi tudung kesayangan pasti ada sebab-sebab tersendiri. Mungkin hadiah dari orang yang di kasihi. atau potongan dan jahitan yang sesuai dan sedap di pakai. Atau mungkin kerana jenis fabrik yang sejuk dan terletak elok di pipi dan kepala. Atau kerana memberi rasa "cantik" setiap kali memakainya. Moralnya - jangan buang/scrap dulu, mungkin boleh lagi di selamatkan dan di masukkan ke wad "ICU", seperti ini.


Langkah 1: Ukur lebar antara hujung awning dan bawah dagu - 3 inci




Langkah 2: Tetas awning (atas) dari badan tudung (bawah)


Langkah 3: Ukur lebar bahagian yang tercela dan yang akan di buang (2) Buat garisan di sepanjang nya (mengikut bentuk asal tudung)


Langkah 4: Potong


Langkah 5: Tandakan bahagian tengah awning (atas) dan badan tudung (bawah)


Langakah 5: (1) Temu dan pinkan ke dua-duanya (2) jahit


Langakah 6: (1) Ukur semula dan tandakan 3 inci dari hujung awning dan bawah dagu. Lebihan dari bahagian ini akan di buang) (2) Buatkan garisan "flat" kira2 1 inci (3) Buat garisan melengkung dari hujung (2) sehingga bertemu semula jahitan basi hadapan (4) Jahit



Langkah 7: (1) Jahit tepi sambil memotong bahagian yang terlebih dari langkah (5). (3) Jahit tepi disepanjang garisan awning dan badan tudung yang telah di temukan dalam Langkah (5)


Langkah 8: (1) Lipat dan pin disepanjang garisan awning - badan awning yang telah di jahit tepi. (3) Jahit dengan kemas (dari bahagian luar)

 

Sudah siap - tiada lagi kesan cela dan boleh di pakai semula

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tudung - Resume Lama

>> 21 March 2012

Ya, saya juga pernah menjahit tudung, tetapi sudah agak lama meninggalkan bidang jahitan ini, kerana faktor kos dan mendapatkan bekalan kain agar dapat bersaing harga.

Kali terakhir saya menjahit tudung dengan serious hampir 2 tahun yang lalu. Secara kebetulan, seorang kenalan telah terlihat tudung yang dijahit oleh saya sendiri dan berminat untuk menempah tudung-tudung beliau agar dapat mengikut ukuran beliau yang inginkan tudung yang lebih labuh agar dapat menutup aurat dengan lebih sempurna. Pun begitu, beliau juga mahukan ukuran yang tepat pada bahagian bahu, agar elok tidak terlalu panjang dan kelihatan seperti memakai telekung. Mungkin kerana berpuas hati dengan "customization" telah saya lakukan dengan sempurna, lalu hampir kesemua tudung-tudung beliau selepas itu di tempah kepada saya. Dan pada ketika itu juga,
saya mula mendapat tempahan jahitan tudung dari kenalan dan sahabat yang lain.

Namun, sejak akhir ini, banyak bekalan tudung-tudung telah siap di bawa masuk dan di jual dengan harga yang lebih murah. Tudung-tudung ini di beli pukal dan di jahit di luar negara dengan tenaga penjahit yang lebih murah. Antara satu lagi sebab kenapa banyak berlaku pengaliran mata wang ke luar negara - dilema antara menjadi pengguna berhemah atau mempertahankan negara yang berdaulat.

Jenis segi tiga pendek
 
scallop

buttoned

labuh

segi tiga labuh

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP