Showing posts with label Tudung. Show all posts
Showing posts with label Tudung. Show all posts

Tudung - Resume lama (Alteration)

>> 17 October 2013

Anda pasti pernah menonton rancangan berunsur make-over di televisyen. Samada wajah yang kurang enak di tempek sehingga menjadi penuh gaya, atau yang berfesyen ala-nerd bertukar menjadi trendy and fancy. Saya juga ada cerita yang hampir sama dan tersendiri.

Lihat lah resume lama saya ini. 


sebelum: tudung syria

selepas: tudung berawning

sebelum (gambar kecil) dan selepas (awning baru)

sebelum (gambar kecil) dan selepas (awning baru)

sebelum (kiri) dan selepas (awning baru)

sebelum (gambar kecil) dan selepas - ni kes nak pendek kan tudung.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tudung Syria dah Singkat?

>> 14 September 2013

Salam

Masih recovering from demam, dan nampak nya aktiviti yang paling releven dalam situasi ini adalah menaip blog.

Hari ini saya telah menerima pertanyaan dari seorang pelawat melalui menu borang pertanyaan di blog ini. Pertanyaan itu berbunyi seperti berikut:

sy nk tanya, sy ade beli tudung syria dr (censored).. sis taulah harga (censored) camne.. sy pakai 2-3 kali je dan skarang terperuk kat almari je.. sbb sy xpakai kerana dah singkat.. dulu sy pakai S.. skarang sy dah pakai M.. sbb suka tutup dada :) .. sis ade cadangan nak buat apa dgn syria tu? please help me..


Sebelum menjawab pertanyaan ini, mula-mula sekali ingin saya menyampaikan ucapan tahniah kepada saudari yang bertanya kerana telah membuat satu pengorbanan yang besar iaitu dengan berhijrah memakai tudung yang bersaiz lebih-aurat-compliance. Pastinya pengorbanan itu akan mendapat rahmat yang besar dari Nya kelak.

Sedia maklum, harga tudung-tudung syria berjenama yang di jual di luar sana agak membocorkan poket dan purse. Tetapi tidak di nafikan, pilihan fabrik, warna dan corak yang di sediakan memang menarik dan akan membuatkan tidur malam kita tidak lena jika tidak mendapatkannya. Tetapi jika dilihat terperuk di dalam almari, alangkah sedihnya juga.

Oleh itu, untuk menjawab persoalan ini, sila lah lihat foto yang telah saya rakamkan di bawah (maaf foto kurang berkualiti sebab pakai henfon nor-kiah mak yang sudah berusia) 


tudung syria dan inner biasa - perbandingan saiz


So jawapan nya: boleh lah di recycle dan di jadikan inner ninja biasa (contohnya). Inner ni ringkas dan hanya memerlukan 2 keping kain yang tidak perlu bercantum pun. Jadi tanpa membuka jahitan tudung syria asal, saudari boleh terus potong sahaja mengikut pola dan lebihan pada bahagian di bawah, boleh lah di jadikan bahagian awning nya. Kalau nak buat inner ninja bersilang pun boleh, sebab bahagian awning tu tak memerlukan banyak fabrik pun sebenarnya.

Bagi yang tidak biasa memakai inner melekap di dahi, boleh lah di tambah pengeras kain dalam 4-5 cm lebar (ikut citarasa sendiri ) agar bahagian di atas akan ada sedikit awning untuk menjadikan nya inner ninja berawning.

Tapi kalau malas nak fikir, paling mudah potong 4 segi sahaja dan jadikan lah inner yang 4 segi segi ala serkup macam inner saya di bawah ni.

inner 4 segi ala serkup dengan awning

Inner di atas ini adalah versi ada awning dan berjahit di bahagian  belakang. Kalau pandai ekjas, boleh la dapat 2 keping; satu sendiri pakai, satu lagi kasi anak pakai. Atau kalau nak kreatif lagi, buat la inner 4 segi ala bertingkat (maaf, tak de sample). 


Kalau nak buat inner bisa yang berlubang di belakang pun boleh. Sila lihat link ini.

 Selamat Mencuba.







KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tudung Awning Berdagu

>> 13 September 2013

Salam sejahtera kepada pembaca budiman.

Sudah lebih 2 hari tidak dapat berfungsi normal - tidur, baring dan hanya membungkuskan diri di dalam selimut. The bad news - demam telah menyerang, the good news  - finally ada masa untuk menulis blog entri selepas telah terabai lebih 2 bulan!

Bulan-bulan kebelakangan ini agak memenatkan. Banyak aktiviti-aktiviti baru yang telah diceburi, and quess what? Loving it! Nak tahu apa? Lihatlah foto-foto dibawah.


Everybody loves the mustache.
creative writing

a gift drawing dari Kathlyn: Once she was a little girl who always eating peanuts alone at one corner. Now she is a stage presenter and always tell me " I miss you".  

Those little photos on top- the potato-head-man (Aristotle-the-boring-guy they claimed), a sailor guy and the bulb guy were drawn by one of the girls

So enough saying, kerana kesibukan ini, maka telah lama juga lah jarum telah tidak bertemu jari, dan mesin jahit tidak bertemu kaki ( the machine foot control lah). Ada order-order yang masuk pun telah saya decline dengan penuh hormat. Tapi, ada satu customer ini tak tahu kenapa, saya tak boleh nak tolak. Beliau telah sanggup menunggu sehingga saya ada masa.

Al-kisahn pada mulanya customer ini hanya mahu menempah tudung syria. Long conversations took place before meeting and soon, she end up having loads of kain tudung and for different requests.

satu beg dia borong dan bawa pada hari pertama kami berjumpa

Sampel tudung berdagu yang telah di bawa bersama



 
pola tudung berdagu yang telah saya buat dari sampel yang di bawa - pakai kertas surat khabar je sbb kertas putih habis stok. Kerataan kecil kat bawah tu lah untuk bahagian dagu

Tudung berdagu yang telah berjaya saya jahit menggunakan fabrik jersey (pun customer supply kan). Rugi lah rase sebab tak sempat amibil gambar banyak2 untuk buat DIY

selendang panjang berukuran 190cm x 70cm

hasil jahitan batch pertama. Masih berbaki separuh lagi dan masih belum berjahit sehingga ke hari ini :|

Jadi begitula kisah nya. DIY tudung dagu - may be later ya. Doakan akan ada kesempatan dan kerajinan, and last but not least customer-customer yang best macam ini :)


Evetually I get to know that she is a family counselor. So we engaged into interesting conversations which I found interesting. So kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat kaunseling beliau, boleh lah contact saya ya. Love yourself, love the family :) - *saya sendiri yang pandai2 promo



KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tudung (re-visit)

>> 2 July 2013


Hari ni rase flat sangat. Habis suara, habis tenaga diatas pelbagai kejadian yang di ingini, mahu pun yang tidak. Ape pun, konsep Qada dan Qadar berkata " tiada apa pun yang kebetulan, semua nya sudah di tulis di situ". Termasuk dengan apa yang mak nak buat lepas ni, iaitu merapek jap pasal topik lama iaitu tudung.

Cakap pasal tudung ni, dah lama sebenarnya tak menjahit, samada untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Kali terakhir, mak menjahit tudung syria untuk diri sendiri iaitu sekitar bulan Januari yang lalu. Sekali jahit, hambik kau, 5 helai terus.Tapi macam biasa lah, dalam 5 helai tu, ada 2-3 jer yang jadi faberet. Faktor utamanya - mudah matching dengan baju. Moral nya - samada asik2 beli baju yang warna sama, atau mmg tak banyak koleksi baju..hehe..sebenarnya, dua-dua pun betul.

So malam ni mak nak tulis pasal tajuk tudung..bukan tudung yang canggih manggih keluaran fesyen baru yer.. tapi tudung 3 segi biasa ala tradisional tu. Walau pun tradisi, masih ramai yang memakai nya. sebab ia mudah, tak perlu pin, tak perlu belit-belit, tak perlu berpeluh2 sebab kene lilit..kecuali la kalau kat malaysia ni ada turun salji...

Tajuk ni mak tulis sebab baru ni kenalan lama mak telah contact mak balik dan tanya - masih jahit tudung ker? Katanya lagi - akak masih lagi pakai tudung yang (mak) jahit sebab bila beli tudung kat luar sana, tak sedap di pakai. Korang nak tau, zaman bila mak jahit tudung beliau? Tahun 2011, huu...terharu nyer mak..hehe


Nak tau tak apa keperluan tudung beliau?
1. labuh di hadapan dan di belakang -aurat compliance
2. bahu nak cantik2 di bahu

Nak tau apa maksud nye "bahu cantik2 di bahu"?

Meh perati pola berikut, yang mak baru selongkar balik sekejap tadi

kat pola ni ada nota (nama beliau) + tarikh 14/1/2011

Macam ni punye design, memang kalau cari kat kedai mana pun takkan jumpa. Sebab:

1. Lihat lah "corner-baring" kat bahu itu. Nak potong mmg tak susah, tapi time nak jahit jahitan cover-stitch, azab lah jugak. Lagi azab kalau fabrik tu kurang stretchable (sbb lycra ada mcm2 kualiti lycra yer..yg sgt stretchable,,yang kurang stretchable contohnye) Bila "corner-baring" mcm ni, kene pin dulu, iron dulu, tarik2 manja dulu, belai-belai dulu...lepas tu baruuuu boleh jahit. kalau tak..nanti failed.

2. Depan belakang kene labuh, maknenya 1 meter mmg la tak cukup. Kurang2 1.5m baru ngam untuk tudung saiz ni. Tudung yang jual tu, kalau boleh 1m nak kasi dapat 2 helai..kalau boleh,dapat 5 lagi bagus..hehe
 
Labuh belakang tu 38 inci, so kalau sesapa nak copy pola ni sila la print yer.. kalau print dapat saiz labuh belakang 3.8 inci, so pembesaran imej itu perlu 10 kali ganda lah yer..kalau nak ustazah lagi, ganda kan lah jadi 20 kali..hehe

Ok tu jer repek-an mak malam ni. Letih tapi best lak bila dapat menulis


KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Inner Ninja Berawning DIY

>> 17 May 2013



inner ninja yang siap - semua nya telah di extra - size kan.awning yang lebar sesuai untuk meneduh dahi dari panas dan hujan.

Hari ini saya meneruskan eksperimen menjahit inner ninja sendiri. Inner kali mempunyai awning dan menggunakan pengeras kain yang sedikit lebar saiznya. Manakala fabriknya adalah kain cotton berwarna coklat gelap, lebihan dari pelbagai projek menjahit tudung yang lepas.

Di hujung proses menjahit hari ini, say sempat membuat rakaman video menjahit saya yang pertama iaitu demo bagaimana untuk menjahit jahitan cover-stitch dengan menggunakan mesin jahit Babylock. 5 minit punya hal, terus jadi 1 jam, gara-gara membuat rakaman demi rakaman untuk mendapatkan shot yang sesuwai. Nanti saya uploadkan ke YouTube dan akan war-warkan.


proses memotong

inner beli - lebar awning nya tak sampai 3 cm

inner yang baru siap - lebar awning nya 2 kali ganda (5cm+)

inner beli - elok-elok muat muka cik mannequin

inner yang siap - semua nya telah di extra - size kan.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Inner Ninja Silang DIY

>> 9 May 2013

Hari ni mesin jahit tepi yang ter-rosak sudah siap dibaiki, dan saya pergi menjemput nya denagn penuh semangat. Pada hari miggu yang lalu saya telah menghantar nya ke kedai Singer di Seksyen 9 Shah Alam. Rupanya kedai tersebut telah pun berpindah di seksyen 24, di lokasi dimana saya selalu lalu-lalang dan berkata " oh! dekat sini pun ada kedai Singer".

Ini lah mesin bertuah itu, terbang RM55 ( amik gambar ni untuk nota setting sebenarnya) 
Projek jahit Inner Ninja Silang ni memang antara yang saya nanti-nantikan. Sehari selepas berjaya menjahit Inner Ninja biasa , dan pada lewat petang di mana hujan telah turun dengan lebatnya (no computer, no tv = boring), saya telah duduk diam-diam sekali lagi sambil membuat pola untuk projek ke 2 ini. Shape "badan" nya sama saja, kecuali kali ini awning nye memerlukan 2 keping kain yang di silangkan. Pola ini juga hasil inspirasi inner ninja silang cotton yang saya telah pinjam dari seorang kawan.

ninja versi beli - kain cotton
Seperti biasa, untuk versi testing, saya hanya menggunakan lebihan fabrik yang ada. Kali ini, saya menggunakan fabrik jersey berwarna hitam.



tengah cantum kan 2 keping kain untuk bahagian awning
Secara keseluruhan nya, proses mencantum nya tak susah pun. Yang susah hanyalah perlu bertukar-tukar mesin, dan benang <- antara aktiviti yang paling saya boring, selain keseluruhan tempat menjahit bertukar menjadi semak-samun.

bahagian silang yang telah di cantunkan
Tada! akhirnya siap. Customize untuk saiz kepala saya yang sedikit besar dan panjang ini. (size inner cotton yang saya pinjam saiz nya sedikit kecil tetapi sesuai dengan kepala cik mannequin yang cumel)

siap!

front view
Pembaikan: 

1. Gap silang tu next time saya nak besarkan




saiz inner yang besar, bukan sebab kepala cik mannequin yang jendul


Projek seterusnya - nak jahit inner silang ni pakai fabrik cotton yang ada. Warna kuning raja silang dengan shocking pink, ok tak?




  

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Inner Ninja DIY (jenis biasa)

>> 5 May 2013


5 May 2013, hari mengundi, hari kontroversi. Seperti yang di jangkakan, hujan telah turun dengan lebat sekitar lewat petang, cukup dengan angin, guruh dan kilat. Hujan memberi rahmat kerana terpaksa duduk termenung sebab tak boleh buka pc, tv dan pemenuh masa lapang lain yang memerlukan penggunaan elektrik. Hujan memberi rahmat kerana setelah duduk dengan bosan, saya telah memulakan projek baru - iaitu cuba jahit sendiri fesyen inner terkini, iaitu Inner Ninja.

Inner yang berwarna hitam ni dibeli beberapa hari yang lalu. Pada mulanya kurang berminat untuk mencuba, kerana pada pendapat saya inner yang melekap seperti ini hanya sesuai untuk mereka yang bermuka kecil dan tak temban seperti saya (hee). Namum persepsi itu telah berubah beberapa hari lalu. Setelah menjalankan soal siasat dengan intensif, maka saya telah berjaya membeli sehelai inner ninja cotton berwarna hitam ini. Seperti biasa, saiz lah yang menjadi masalah kerana saiz kepala saya sedikit besar dan panjang. Tapi, saiz ni lah yang so far, paling sedap dan logik untuk di pakai

Ninja sample yang saya beli - hitam, cotton sedikit ketat lah tapi
So, ketika hujan turun lebat, dan kilat sabung menyabung, saya pun memulakan projek ini dengan membuat pola sendiri. Cuma agak-agak sahaja dan adjust sedikit terutama pada bahagian awning dan leher yang saya sengaja besarkan sedikit, untuk tujuan keselesaan sendiri


Pola dengan tarikh lahir - hari ni. Macam tudung juga, ia ada 2 bahagian iaitu "badan" dan "awning"
Teruja nak pakai kain cotton ni, especially yang warna shocking pink ni. Tapi nanti dulu!



cotton dalam simpanan - shocking pink dan kuning raja


Saya pakai kain jersey je dulu. Lebihan dari projek tudung sebelum ni. Tak pikir pun mana "basi" watsoever, potong je. So far semenjak buat soal-siasat pasal inner ninja ni, tak pernah lagi jumpa orang jual inner ninja dari fabrik jersey. Curious juga nak tahu kenapa. Nak tau sebabnya? Jom buat dulu.


guna lebihan kain jersey
Hujan dah berhenti, so jahitan pun bermula, sambil dengar perkembangan pasal PRU13. (tak pasal je hari ni jari ku berwarna biru). Setelah separuh jalan, mesin jahit tepi sempat buat hal. Pisau pemotong kain tak berfungsi. Agaknya sebab dah lama sungguh saya tak pakai mesin ni. Apapun, projek harus di teruskan. Sebab pisau mesin tak berfungsi, so kene potong tepi kain cantik2 sebelum di jahit tepi. (esok kene hantar mesin ke kedai nampak nya)


tengah temukan awning dan badan

Final touch-up. Jahit cover stitch pada bahagian bawah.

final touch-up : jahitan cover stitch

Siap pun!

siap

Perbandingan dengan sample inner yang dibeli, awning dan leher sengaja saya besarkan sedikit

perbezaan dengan yang di beli


Dah siap, maka bermulalah proses "fitting". Setelah di cuba, wah memang sangat selesa! Malah boleh sembunyikan lebihan lemak di pipi juga:) Tak sangka, try sekali terus jadi. Maka pola yang bertarikh 5 May 2013 ini telah saya labelkan sebagai "LULUS" ! (tak perlu editing)


status pola: lulus

Memandang kan ketika ini, saya hanya memakai kain batik, belum makan dan belum mandi, maka untuk tujuan demo, saya pakaikan inner ninja ni pada cik mannequin. Kepala cik mannequin ni sebenarnya sangat kecil berbanding kepala saya, so nampak macam inner ni besar untuk saiz die. Ok juga kain jersey ni, tak de pakai pengeras kain pun. (tengok bhgn awning)

cik mannequin - front view

View bahagian belakang. p.s: pardon, cik mannequin tak pakai baju

cik mannequin: back view

Moral: Kain jersey ni sedikit licin la berbanding kain cotton yang banyak orang pakai tu. Tu sebab orang tak buat pakai kain jersey agaknya sbb nak jahitnya leceh sikit. Dan mungkin juga sebab bila licin, nanti selendang akan senang jatuh. Berbanding pakai pakai cotton, selendang akan "duduk" diam cantik-cantik. Tapi jersey ni ada "volume" lah, saya suka! Apapun yang penting saya rasa sangat selesa sebab inner ni telah di custom-sizekan untuk saiz kepala saya. Kepada yang mempunyai saiz kepala yang besar yang unik mcm saya, saya faham masalah anda. Masalah mu, masalah ku juga.

Kalau ada yang berminat untuk mendapatkan tutorial ni, sila letak komen "ya saya mahu" kat bawah. Kalau ramai yang nak, baru saya buat.

Ok, jom tgh tunggu result PRU13.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tutorial: DIY Tukar Tudung Awning ke Syria

>> 10 October 2012

3 sebab popular kenapa ramai menimbunkan tudung awning di dalam almari pakaian, tetapi tidak memakainya:
1. Awning telah rosak - oleh mesin basuh, kecuaian dll
2. Bosan dengan padanan warna yang ada
3. Beli dengan harga premium - sayang nak buang :)

Usah risau, DIY ini dapat membantu anda menukar fesyen tudung awning (yang dibeli dengan harga yang mahal itu) kepada fesyen tudung Syria.




Berbagai-bagai trend tudung telah berada di pasaran. Apa pun, yang pasti, trend tudung Syria masih menjadi kegemaran. Ia mudah di pakai, dipadankan dengan anak tudung berbagai warna (iaitu seperti trend sekarang yang memadankan warna contrast), dan paling penting, boleh di lipat sahaja dan di simpan di antara lipatan pakaian yang lain.

Tudung ini diantara tudung yang tertimbun di dalam almari pakaian, dan telah tidak dipakai sekian lama, kerana awning nya yang telah rosak. Di buat dari kain t-shirt yang berkualiti yang sedap dan sejuk di wajah, juga dibeli dengan harga premium, setiap kali memandang hati pasti terguris - kerana tidak menjaga nya dengan baik, dan hanya sempat di pakai tidak lebih dari 5 kali.

Hari ini, saya berusaha untuk membuat transformasi itu



keadaaan tudung asal - anwing dan "badan tudung"




 1. Langkah 1: Tetas jahitan yang menyambungkan awning dengan badan tudung. Ada 3 jahitan di situ, iaitu jahitan dari bahagian luar, jahitan dari dalam dan jahitan tepi. Untuk jahitan tepi, tetas kesemuanya sehingga ke bawah dagu. Tetas dengan berhati-hati agar badan awning tidak rosak.



atas kiri: tetas jahitan lurus, atas kanan: tetas jahitan tepi. Bawah: telah di tetas sepenuhnya

2. Langkah 2: Potong bahagian bekas jahitan pada badan awning, iaitu kira-kira 1cm. Selalunya, bahagian yang di jahit itu sedikit "rosak" setelah di tetas, terutamanya kain t-shirt seperti ini.



potong kira-kira 1cm
 3. Langkah 3: Sarungkan badan tudung ke kepala anda. Kebiasaan nya, akan ter"besar" sedikir dari saiz kepala. Ukur kelebaran yang anda suka. (mengikut kesesuaian bentuk muka anda juga) dan tanda kan dengan pin. Jika elok-elok muat, boleh terus ke langkah 8. Untuk cara membentuk bahagian dagu, boleh lihat tips di tutorial terdahulu saya di sini (lihat langkah no 2)



terbesar 2 cm
 Langkah 4: Lukis garisan terus ke jahitan basi.


tandakan dengan pensil fabrik
 Langkah 5: Jahit lurus dari sebelah dalam disepanjang garisan yang di lukis dalam langkah 4


jahit lurus

Langkah 7: Jahit tepi sambil memotong bahagian yang terlebih itu.


jahit tepi dari sebelah dalam



siap - dari sebelah dalam
  Langkah 8: Pin kan kira-kira 1-1.5cm disepanjang garisan muka


 Langkah 9: Jahit coverstitch (dari sebelah luar) di sepanjang lipatan yang di pin tadi



 Langkah 9: Sudah siap, edit jahitan cover-stitch dari sebelah dalam (jika ada). Perhatikan kalau-kalau ada jahitan yang melompat - untuk kain t-shirt, jarang2 berlaku berbanding lycra


gunting lebihan kain dari sebelah dalam



siap - pandangan dari sebelah luar



mudah! boleh lipat sahaja.



dipadankan dengan anak tudung ber-awning dari fabrik t-shirt juga
Siap dengan catatan masa 1 jam 15 minit - kalau tanpa perlu ambil gambar untuk DIY, mungkin lebih cepat. Selamat mencuba
p.s:  Insyallah, lepas ni saya akan buat DIY anak tudung ber-awning ni pula :)

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP