Kelas Sulaman Reben Pertama ( Ribbon Embroidery )

>> 7 January 2012

Saya telah melayakkan diri sendiri ke kelas sulaman reben ( ribbon embroidery) pertama pada awal tahun lepas, tanpa asas, tanpa tahu apa-apa. Bernasib baik kerana "verbal prequisite"nya hanya "biasa memegang jarum dan benang, juga tentunya boleh membayar yuran.
 
Untuk projek ini, kami dengan dibekalkan dengan set sulaman yang lengkap untuk membuat dekorasi dinding/pintu yang di namakan "Wall Hanging". Dari fabrik ke jarum, benang dan pita/reben sulaman, segalanya telah tersedia untuk dikerjakan.

Kelas yang dihadiri hampir 10 orang pelajar ini bermula seawal 9 pagi, dengan sesi pengenalan yang serba ringkas, tetapi padat. Sebagai contoh, kami di ajarkan tentang jenis-jenis jarum sulaman, jenis fabrik yang bersesuaian dan saiz ram yang diperlukan untuk lain-lain jenis projek sulaman.

Pita/ reben yang digunakan untuk membuat bunga dalam projek adalah dari jenis satin dan bersaiz 1.5", dipotong mengikut saiz dan jumlah kepingan yang telah ditetapkan. Setiap kepingan perlu dilipat dan di jahit tangan sebelum di cantum satu persatu menjadi lapisan kelopak bunga, dan akhirnya di jahit kepada fabrik membentuk kuntuman bunga yang lengkap. Dipendekkan cerita, sangat memerlukan kesabaran dan penelitian, juga kekuatan fizikal pada jari jemari kerana kepingan-kepingan yang di cantum akan menjadi tebal dan perlu di jahit tangan kepada fabrik, agar kuat dan tidak tertanggal. Sesuatu yang agak janggal juga dialami oleh hampir kesemua kami - aktiviti ini menyebabkan kami berpeluh-peluh (walau kesemua duduk dibawah kipas) dan perut pula cepat terasa lapar. (makanan tengahari dan petang lengkap disediakana)

Banyak tips-tips lain yang telah di ajar (dan tidak mungkin dapat di terangkan didalam buku) dan pelbagai pertanyaan dari pelajar-pelajar,yang datang dari pelbagai latar belakang. Kelas berakhir sekitar jam 6.30 petang dan ditutup secara rasmi dengan hidangan petang yang istimewa - goreng pisang berbijan. 



Pelajar-pelajar dan sifu

Sifu sedang menunjuk ajar




Wall hanging dari kelas




Practise make perfect :)

Wall hanging ke 2


Wall hanging ke 3 - teknik bunga ini dipejari dari kelas "intermediate"
 


Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, sila emailkan kepada EarnIdeas96@gmail.com.

0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP