Inner Ninja DIY (jenis biasa)
>> 5 May 2013
5 May 2013, hari mengundi, hari kontroversi. Seperti yang di jangkakan, hujan telah turun dengan lebat sekitar lewat petang, cukup dengan angin, guruh dan kilat. Hujan memberi rahmat kerana terpaksa duduk termenung sebab tak boleh buka pc, tv dan pemenuh masa lapang lain yang memerlukan penggunaan elektrik. Hujan memberi rahmat kerana setelah duduk dengan bosan, saya telah memulakan projek baru - iaitu cuba jahit sendiri fesyen inner terkini, iaitu Inner Ninja.
Inner yang berwarna hitam ni dibeli beberapa hari yang lalu. Pada mulanya kurang berminat untuk mencuba, kerana pada pendapat saya inner yang melekap seperti ini hanya sesuai untuk mereka yang bermuka kecil dan tak temban seperti saya (hee). Namum persepsi itu telah berubah beberapa hari lalu. Setelah menjalankan soal siasat dengan intensif, maka saya telah berjaya membeli sehelai inner ninja cotton berwarna hitam ini. Seperti biasa, saiz lah yang menjadi masalah kerana saiz kepala saya sedikit besar dan panjang. Tapi, saiz ni lah yang so far, paling sedap dan logik untuk di pakai
Ninja sample yang saya beli - hitam, cotton sedikit ketat lah tapi |
Pola dengan tarikh lahir - hari ni. Macam tudung juga, ia ada 2 bahagian iaitu "badan" dan "awning" |
cotton dalam simpanan - shocking pink dan kuning raja |
Saya pakai kain jersey je dulu. Lebihan dari projek tudung sebelum ni. Tak pikir pun mana "basi" watsoever, potong je. So far semenjak buat soal-siasat pasal inner ninja ni, tak pernah lagi jumpa orang jual inner ninja dari fabrik jersey. Curious juga nak tahu kenapa. Nak tau sebabnya? Jom buat dulu.
guna lebihan kain jersey |
tengah temukan awning dan badan |
Final touch-up. Jahit cover stitch pada bahagian bawah.
final touch-up : jahitan cover stitch |
Siap pun!
siap |
Perbandingan dengan sample inner yang dibeli, awning dan leher sengaja saya besarkan sedikit
perbezaan dengan yang di beli |
Dah siap, maka bermulalah proses "fitting". Setelah di cuba, wah memang sangat selesa! Malah boleh sembunyikan lebihan lemak di pipi juga:) Tak sangka, try sekali terus jadi. Maka pola yang bertarikh 5 May 2013 ini telah saya labelkan sebagai "LULUS" ! (tak perlu editing)
status pola: lulus |
Memandang kan ketika ini, saya hanya memakai kain batik, belum makan dan belum mandi, maka untuk tujuan demo, saya pakaikan inner ninja ni pada cik mannequin. Kepala cik mannequin ni sebenarnya sangat kecil berbanding kepala saya, so nampak macam inner ni besar untuk saiz die. Ok juga kain jersey ni, tak de pakai pengeras kain pun. (tengok bhgn awning)
cik mannequin - front view |
View bahagian belakang. p.s: pardon, cik mannequin tak pakai baju
cik mannequin: back view |
Moral: Kain jersey ni sedikit licin la berbanding kain cotton yang banyak orang pakai tu. Tu sebab orang tak buat pakai kain jersey agaknya sbb nak jahitnya leceh sikit. Dan mungkin juga sebab bila licin, nanti selendang akan senang jatuh. Berbanding pakai pakai cotton, selendang akan "duduk" diam cantik-cantik. Tapi jersey ni ada "volume" lah, saya suka! Apapun yang penting saya rasa sangat selesa sebab inner ni telah di custom-sizekan untuk saiz kepala saya. Kepada yang mempunyai saiz kepala yang besar yang unik mcm saya, saya faham masalah anda. Masalah mu, masalah ku juga.
Kalau ada yang berminat untuk mendapatkan tutorial ni, sila letak komen "ya saya mahu" kat bawah. Kalau ramai yang nak, baru saya buat.
Ok, jom tgh tunggu result PRU13.
19 comments:
nak kak
oppps salah comment. "ya, saya mahu"
cukup 6 komen, baru saya buat akan ye :)
Nk jugak..sy ADA bli inner ninja tp nmpk rambut tpi pp..klu nk jait nk adjust tang mn ye
"rebung" nyer tu terpanjang sangat kot...dagu ngam tak. atau terbesar?
Insyallah, nanti saya akan buat DIY ni yer..kene cari balik gambar2 pembikinan nye..
"ya saya mahu"..dah lama teringin nak pakai inner mcm ni tp selalu rs x confident, kena pulak jenis yg melekap kt muka lg la rasa semcm.
Saya nak juga...
ya saya mahu..nk pakai dlm telekung solat..
Yes I want
Sy nak juga
Sy nak juga
Sis blh mintak no fon...nk belajar menjahit gan sis la
Sis blh mintak no fon...nk belajar menjahit gan sis la
Dah ada ke tutorial? 1 meter kain cukup kan?
Ya saya mahu
Ya saya mahu
Ya saya mau
Sim, eu quero!
Post a Comment