Showing posts with label bunga plastik. Show all posts
Showing posts with label bunga plastik. Show all posts

Tutorial DIY Gubahan Untuk Hiasan Hantaran Perkahwinan - Bahagian 2

>> 6 May 2015

Assalmualaikum

Seperti yang di janjikan, hari ni saya menyiapkan tutorial ini no matter what. Rasenye berhari2 juga nak kumpul semua gambar2 yang bersepah2 dalam kamera, folder komputer dan fon, termasuk nak edit gambar lagi (part paling malas nak buat). Kalau tulis novel, mungkin dah siap kut sebuah.

Seperti ditulis dalam blog entri terdahulu , tutorial ni adalah untuk menunjukkan cara2 untuk menggubah bunga2 plastik untuk dijadikan hiasan kepada barang2 hantaran perkahwinan, seperti gambar di bawah ni.  Macam mana nak letak dalam bekas/dulang hantaran nanti, boleh ikut kreativiti masing2. Boleh tengok foto contoh di bawah sebagai rujukan

Tema biru-pink semasa perkahwinan saya. Gubahan yang dah siap sebelum di letak di atas bekas/dulang hantaran

Hantaran samping baju melayu yang telah siap di hias


Tema purple. Gubahan yang telah siap dan di letak di atas bekas hantaran.

Hantaran kasut yang telah siap di mekap

Ok jom mula.

1. Sediakan bahan2 - gunting, pemotong dawai, pembalut batang bunga, cable tie (dalam plastik yang ada 1 tu je- klik link kalau nak jelas lagi), dawai bunga saiz 26 dan 16.




2. Bunga - ikut la tema masing2. Sebab tema ni warna purple, saya pilih kuning dan cream sebagai temannya. Boleh ikut masing2 nak pakai bunga apa. Masa beli tu, buat la kiraan matematik sikit agar beli  bunga dengan secukupnya, ikut jumlah dulang hantaran yang nak di buat. ( yang ni ada 7 dulang semuanya). Lebih sikit pun tak pe, untuk penuhkan ruang2 yang kosong kalau ada





3. Leraikan tangkai2 setiap tangkai yang ada bunga seperti di bawah. Guna pemotong dawai. 


4. Susun bunga jadi 2 set - set A (atas) ada 4 tangkai bunga dan set B (bawah) ada 5 tangkai bunga. Kalau perasan, ada 2 set yang berlainan. (Macam tema biru-pink saya dulu 2 set tu sama. ). Ikut selera masing2.



5. Ambil dawai saiz 16 dan potong dua. Lepas tu ambil pembalut batang bunga dan lilitkan sedikit dari hujung atas sampai agak2 kuat memegang dawai. Berhenti dan jangan potong.




6.Ambil tangkai bunga pertama yang dah dipotong dari set A dan sambung lilitan tadi pada dawai tadi ke arah bawah sampai agak2 kuat dan tak tercabut - dalam 2 cm macam tu. (pemilihan tangkai bunga mana yang nak start dulu ikut kreatif masing2 lah ye). >Berhenti dan jangan potong.


7. Sambung proses seterusnya dengan tangkai bunga ke 2. Letak agak2 dibawah sikit dan lilit lilit lagi..



8. Ulang proses yang sama untuk tangkai ke 3. Yang ke 3 ni saya letak di sisi kanan tangkai bunga ke 2



9. Ulang proses yang sama untuk tangkai ke 4 - sisi kiri


10. Habiskan lilitan sampai ke bawah dan baru potong. Siap set A


11. Ni lah hasilnya.



12. Ulang proses yang sama untuk set B.



tangkai 1 - hujung atas
tangkai 2 -bawah
tangkai 3 -sisi kiri
tangkai 4 -sisi kanan
tangkai 5 -sisi kiri (kebawah sikit)

13. Set B siap. Anda boleh adjust2 sikit bunga2 tu ke arah yang anda mahu.


14. Temukan set A dan B yang dah siap seperti dalam rajah - pandangan belakang


15. Dan rapatkan - pandangan hadapan


16. Ambil cable tie dan ikat keduanya dari belakang.




17. Siap, dan kedua2 hujung yang terlebih panjang boleh lah di potong


18. Siap, jom panggil yang siap ni set C . Adjust2 sikit bunga2 tu agar nampak cantik dan berselang2 warna. Lepas tu boleh lah start hiaskan pada bekas/dulang hantaran, contohnya pada ruang sudut seperi gambar dibawah. Dan boleh la letak kasut ke, beg ke, samping ke atas dulang tu.

Bila dah letak kasut (contohnya) dan kalau nampak ada ruang2 kosong lagi, buat lagi set C lagi dan penuhkan ruang2 kosong tu sampai cantik. Boleh juga nak combine set C yang dah siap ni dengan set A atau set B - satu dulang ni boleh sukati nak letak set apa pun dan banyak mana pun. Tu sebab jangan beli bunga ngam2..kasi lebih sikit yer. Kawin kan sekali.






19. Bila dah agak2 confirm, ambil dawai saiz 26, potong sikit dan ikatkan set2 yang dah anda letak tu pada dulang hantaran agar nanti tak la terjatuh atau terbarai dari dulang.Tak payah kuat2 sangat sbb nanti nak bukak balik jugak.


 20. Bila dah selesai majlis, bukak semua dawai 26 tu dan potong cable tie (tengok step 16), asingkan balik set A dan B. Lepas tu cucuk la atas span dan hias dalam pasu ikut kreativiti masing2.


recycle jadi hiasan meja pulak.- tiada pembaziran :)

ok sekian dan selamat mencuba.
p.s: ade ke sape2 berminat nak tutorial bunga telur kat bawah ni. Sila tinggal kan komen "saya mahu" kat ruang komen yer. Kalau ada sambutan nanti saya buatlah.








KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tutorial DIY Gubahan Untuk Hiasan Hantaran Perkahwinan - Bahagian 1

>> 5 May 2015

Hari ni saya nak kongsi tutorial diy gubahan bunga plastik untuk hantaran perkahwinan. Untuk yang sedang membuat persiapan hari perkahwinan untuk anak-anak ke, atau bakal pengantin yang kene buat persiapan sendiri (macam saya dulu), tutorial DIY ini adalah khas untuk anda yang "zero" macam saya dulu :)

Sebelum tu, nak cakap siang2, tutorial ni saya buat 2 bahagian, else nanti takut jadi novel pulak. Bahagian 1 ni kita tengok hasil2 dan bahan2 asasnya dahulu.

Ni hantaran masa perkahwinan saya - yang ni saya tak sempat ambil gambar untuk tutorial

Umumnya bila sebut hantaran perkahwinan, misti ada 3 bende ni -
1. barang2 yang nak di hantar (eg. kasut, telekung, kemeja)
2. bekas/dulang hantaran (eg. berdulang, berkaki, berkotak, bakul)
3. hiasan (bunga plastik, manik dll).

So tutorial diy yang saya nak buat ni akan fokus kepada macam mana nak gubah bunga2 plastik jadi hiasan kepada barang2 yang nak di hantar tu.

Ni hantaran untuk saudara - yang akan di tutorial. Cara nye sama je dengan hantaran saya, cuma jenis bunga dan pilihan warna berlainan.
Asasnya, letak barang2 yang nak di hantar atas bekas/dulang hantaran, lepas tu letak bunga2 yang dah digubah....dan siap.
Selesai majlis, recycle balik gubahan bunga tu, letak dalam pasu dan jadi bunga hiasan meja ka, ruang sudut ka, ikut suka <-- ini paling penting bagi saya. Jangan membazir ok.

Recycle" selepas majlis selesai. Sori, letak dalam jug je sebab tak de pasu besar. Sebenarnya gambar ni saya ambil sebelum majlis  sebab saya tau lepas habis majlis, tak tau la gubahan bunga saya ni akan pergi mana :)


Sebelum mula, jom sembang2 dulu.

Upah kedai
Sebelum ni saya pernah melihat hasil gubahan hantaran yang di tempah dikedai. Rasa macam sedih je tengok bunga-bunga plastik yang cantik2 di potong-potong macam ayam yang nak dibuat kari. Lepas tu main suke-suka je letak mana2 celah yang dia suka. Bila bekas/dulang hantaram yang dah siap bertukar tangan, bunga2 senang teralih, terjatuh dan terbarai. Dah la cas mahal. Lepas habis majlis, bunga2 ni agak2 akan jadi apa ya <- pembaziran

Buat sendiri
Yang nak buat sendiri pun kadang2 pening juga. Fikir susah2 macam manalah nak lipat telekung, sejadah ni
jadi burung merak la, arnab la, bakul buah2an la. Kalau ada banyak masa nak fikir ok la kan. 

Cara saya
Masa saya mula2 buat gubahan hantaran ni dulu, saya pun tak tahu apa2. Tapi bila dah tau, tak la susah sangat pun, kecuali kalau kita memilih untuk bersusah2 dan yang tak murah:)

Konsep gubahan hantaran saya, barang2 hantaran yang pelu dilipat (macam telekung, sejadah) kita lipat jer macam biasa. Paling kuat pun buat la lipatan ala kipas tangan tu, semua orang sure tau kan.  Sebab mengikut pengalaman saya, kalau kita dah buat gubahan bunga yang cantik, lipatan burung merak ke semua tu tak payah pun tak pe.( Bagi yang tau, bonus la kan) Hasil nya cantik juga.


bunga2plastik yang di gunakan untuk tutorial ni -bunga utamanya bunga ros purple (warna tema) dan cream. Yang purple tu ada 2 size - yang kembang dan yang kudup (tak nampak)
Hantaran saya dahulu - bahan asaanya utama bunga ros biru (warna tema) semua saiz sama   - murah je, 3 tangkai RM10 :)


Hantaran saya dahulu - Bunga ros tone pink- kuning untuk kasi contrast dan penyeri
Hantaran saya dulu- bunga hydrangea (bunga 3 bulan). Yang ni 2 tangkai RM10 jer.


Lain-lain barang hantaran - yang perlu diletak (macam kasut, handbag), letak je terus atas bekas/dulang hantaran tu. Buah2 boleh masuk dalam bakul rotan pun ok. Nanti bila dah siap, kita letak je gubahan bunga tu ala free style dalam setiap bekas/dulang yang dah ada barang2 hantaran tu sampai penuh ( dan tanpa terbarai). Bakul - gubahan tu kita boleh ikat pada pemegang bakul. Kek - kita boleh tampal gubahan bunga tu atas kotak kek tu terus.

Secara jujurnya, dari hasil dua gubahan ni, saya lagi suka hasil gubahan semasa perkahwinan saya. Walau pun hakikatnya, itu adalah cubaan menggubah pertama dan bunga yang di beli pun adalah yang jenis murah aje. Yang hasil hantaran untuk saudara saya yang purple tu, kos bunga nya hampir double. Moral: bunga murah pun ok juga, janji kreatif.

Ok sila ikuti tutorial penuh dalam bahagian ke 2. (nanti saya link kan di sini )


KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP