Kelas Menyulam Reben di Kelopak Gallery
>> 16 April 2012
For English readers, click here
Hujung minggu yang mengujakan, saya berpeluang menghadiri kursus sulaman reben lanjutan selama 1 hari di Kelopak Gallery di bawah kelolaan Puan Norehan, yang berkepakaran dalam pelbagai bidang termasuk jahitan dan sulaman reben.
Kelas yang bermula sekitar jam 10 pagi, juga di hadiri oleh bererapa pelajar "senior" bertahap "sifu" yang rata-rata sedang menyiapkan projek menyulam reben mereka dengan kombinasi "batik chanting" yang amat mempersonakan.
Pelajaran pada hari ini mempunyai sedikit kelainan dari kelas-kelas sulaman yang pernah saya hadiri sebelum ini, kerana kesemua sulaman adalah dibuat terus pada fabrik. Berbanding dengan teknik-teknik lain yang pernah saya pelajari sebelum ini, imaginasi adalah berbentuk lebih spontan, dan 'live" dan tidak mungkin boleh di cetak-ganti. Dengan perbezaan ini juga, saya lebih memahami perbezaan diantara kraf reben (ribbon work) dan sulaman reben (ribbon embroidery). Apapun istilahnya, kedua-duanya mampu memberi hasil seni tangan yang mempersonakan, asal kan mempunyai daya kretiviti dan kesungguhan dalam menghasilkan karya.
Pada hari ini juga, saya telah di dedahkan kepada teknik menggabungkan pelbagai warna reben dalam menghasilkan karya jahitan dan sulaman saya. Sebagai contohnya, 3 jenis warna hijau yang berlainan telah di gabungkan, selain memberi impak visual yang berkesan, juga bagi yang menghayati, akan memahami maksud-maksud yang tersendiri. Kelas khas untuk teknik gabungan warna ini akan saya hadiri lagi pada minggu hadapan.

0 comments:
Post a Comment