Sebelum Sulaman Reben ( Ribbon Embroidery)

>> 8 January 2012

Setelah bumi tercipta, pembabitan pertama saya dalam bidang kraf  ( Craft ) adalah patchwork/ quilt.

Lebih 10 tahun dahulu,ciaitu sekitar tahun-tahun terawal saya menceburi bidang pekerjaan, kelas kraf ( Craft ) pertama yang pernah saya ikuti secara formal sebenarnya adalah kelas quilt/patchwork.

Quilt / Patchwork adalah seni cantuman fabrik, kebiasaannya dari jenis "English cotton", yang di potong dengan pelbagai saiz kecil, kemudian di cantum membentuk pelbagai corak dan membentuk fabrik yang besar - mengikut jenis end-product yang dibuat. Antara end-product patchwork yang popular adalah seperti cushion cover, wall decoration dan bedsheet. Seni patchwork mempunyai sejarah tersendiri, kesan terawal pernah ditemui di makam-makam Mesir dan juga di Cina, dengan usia hampir 5000 tahun.

Kerana telah hampir terlalu lama, saya hampir pasti kelas ini adalah di Quilt Gallery, yang dahulunya berlokasi di Sri Hartamas. Permulaannya hanya untuk suka-suka dan atas undangan teman-teman di pejabat untuk mengisi waktu lapang selepas pejabat pada hari sabtu.

Kami di beri kit lengkap, dengan warna dan corak fabrik yang berlainan, dan pattern pilihan iaitu samada untuk membuat cushion cover atau bedsheet bersaiz "single". Kerana berjiwa besar, saya telah memilih untuk membuat single bedsheet, sedang teman lain sekadar memilih untuk membuat cushion cover.

Cerita selanjutnya akan saya kongsi dalam entri hadapan.

 selimut quilt bersaiz "single" yang masih saya gunakan sehingga ke hari ini (dan tidak dapat tidur tanpanya).

 Practise make perfect - projek kraf ( Craft ) yang terbengkalai kerana kekurangan fabrik


0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

My Photo
Ros Ros
Passionate about sewing, embroidery and crafts, love to read and write, to give and receive, and to self-nurture. 
View my complete profile

Followers

Google+ Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP