Showing posts with label crepe. Show all posts
Showing posts with label crepe. Show all posts

Tutorial DIY Bunga Telur Crepe - Bahagian 3

>> 9 June 2015

Assalamualaikum

Ok now we are close to finish up these beauties. ( sori, intro omputih lah pulak hari ni)

Diam tak diam, sehari suntuk jugakla saya menyiapkan tutorial ini. Dah tu tak de sekuntum pun yang tinggal dari majlis perkahwinan saya dahulu untuk di jadikan sample. So nak tak nak, kene spend hampir sejam untuk figure out the steps, berpandukan nota yang di conteng2 dengan tulisan cakar ayam yang tak jelas hujung pangkalnya.

Anyway, bahagian terakhir ini, kita akan assemble bunga cr epe yang telah siap dalam bahagian 1 dan riben hiasan dalam bahagian 2 untuk menyiapkan bunga telur ini, ok.

Tak mau buang masa, jom mula.

1. Ambil sebatang kayu bunga telur (yg mcm pencucuk satay tu) dan mulakan sedikit lilitan pelilit batang pada bahagian atas sebagai 'base' nya.


2. Ambil bunga crepe yang telah siap dan lilitkan bersama agar lekat pada kayu bunga telur. Lilit agak2 tak tertanggal ya.



3.  Seterusnya, ambil riben hiasan yang telah siap dan lilitkan bersama pada kedudukan bawah kanan bunga crepe. Lilit2 lagi.




4. Seterusnya ambil riben hiasan ke 2, lilitkan pada sebelah kiri pula. So sekarang riben hiasan ada di kiri dan kanan bawah bunga crepe.



5. Teruskan lilitan sehinggan separuh batang bunga telur dan berhenti


6. Ambil bekas telur dan lilitkan bersama. Lihat kedudukan bekas telur ini adalah ke arah atas.


7. Seterusnya, ambil satu lagi riben hiasan ke 3 dan lilitkan bersama pada kedudukan sedikit dibawah bekas bunga telur itu pada bahagian kanan.


8. Dan betul, ambil riben hiasan terakhir dan lilitkan pada bahagian kiri pula.


9. Teruskan lilitan sampai ke bawah dan potong.


10. Tada..suda siap 



 

 11. Ok ni gambar yang sempat di ambil semasa membuat persediaan hari perkahwinan saya. Walau tema nya biru, tapi saya sengaja mix up dengan warna2 lain juga - agar tak bosan.


12. Ok ni sedikit tips  untuk dikongsi

a. Untuk mempelbagaikan warna. Ingat lagi 4 keping kertas crepe yang kita telah potong dan stack kan sebelum di jadikan kipas? Instead guna warna biru kesemua nya, boleh juga di combine dengan warna lain. Seperti dalam rajah dibawah dari bawah - biru - putih - biru - putih.

Kalau tak nak selang2, boleh juga buat biru- biru - putih-putih. Nak cantik lagi beli crepe bertone - biru muda - biru muda - biru tua- biru tua. Confirm cantik juga.

b. Anda boleh adjust saiz bunga ini dengan memotong kertas crepe dengan saiz lebih besar. Contohnya instead 3 x 4 ( dapat 12 keping) anda potong jadi 3 x 3 (dapat 9 keping). Saiz besar, pun cantik juga

c. Inti manik. Saya suggest guna warna yang kontrast dari warna kertas crepe yang digunakan. Contohnya saya menggunakan warna purple kebiruan tua (warna tema biru, remember) dan merah tua untuk inti bunga bagi kertas crepe warna kuning cair saya. Bile kontrast, baru lah menarik

Ok, sekian sahaja tutorial bunga crepe ini dan di harap ramai yang dapat memanafaatkannya. Selamat pengantin baru kepada bakal2 yaa.




KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tutorial DIY Bunga Telur Crepe - Bahagian 2

>> 8 June 2015

Assalamualaikum

Dalam bahagian 1, kita telah selesai menyiapkan sekuntum bunga telur dengan hiasan inti bunga pada bahagian tengahnya. Kali ini, kita sambung ke bahagian ke 2 dimana kita akan menyiapkan hiasan riben yang akan melengkapkan bunga telur kita kelak.

Hiasan riben yang di maksudkan ada 4 kesemuanya, seperti yang di tandakan dengan anak panah berwarna merah - 2 di atas (dibawah kuntum bunga) dan 2 di bawah (pada ikatan bekas telur). Tau tak "bow" tu apa? ikuti seterusnya.


Untuk tujuan ini, kita akan menggunakan 2 jenis riben satin iaitu bersaiz 1/4inci (biru) dan 1/2 inci (kuning). Ukuran dan jumlah yang di perlukan boleh rujuk pada tutorial bahagian 1 ya. Kali ni kita main dengan riben dan dawai 28 je yer.

Ok jom kita mula
* memerlukan kecekapan dan ketabahan jari jemari 

1. Ambil riben biru dan silangkan seperti dalam rajah. Sebelah kakinya pendek dan sebelah lagi panjang. Lepas tu, dengan menggunakan jari satu lagi, tolak bahagian tengah lengkungan riben kehadapan - ikut arah anak panah berwarna merah.


 2. Ok sekarang dah siap satu "bow" - ini lah bentuk "bow"


 3. Seterusnya ambil kaki riben yang panjang dan buat satu lengkungan kebelakang seperti pada rajah. Selepas itu, dengan teknik yang sama, gunakan jari satu lagi untuk menolak bahagian lengkungan ini kehadapan - ikut arah anak panah

4. Ok sekarang kita dah ada "bow" ke 2. Ambil dawai no 28 dan ikat kedua2 "bow" ini ikut arah anak panah tu.


5. Ikat pada bahagian belakang


6. Adjust2 sikit, bagi comel macam ni. Lagi comel kalau kedua hujung kaki riben itu di potong bentuk 'V" - saya tak buat sebab malas :)


7. Sekarang ambil riben kuning pula dan silangkan seperti dalam rajah dibawah. Perhatikan kali ni kedua kakinya sama panjang.Ulang step (1) di atas dengan menolak bahagian melengkung ke hadapan untuk mendapat kan bentuk "bow"

 8. Siap bow kuning. kita perlu 1 "bow" jer untuk yang ni

 9. Ambil riben biru yang ada 2 "bow" yang dah siap tadi dan tepek di hadapan "bow" kuning ni. Lepas tu gunakan dawai yang sama untuk mengikat keduanya - ikut arah anak panah
 10. simpul di bahagian belakang

 11. Tada..suda siap. Adjust2 bagi comel dan jangan lupa potong hujung kaki riben seperti yang saya dah lakarkan tu - kes malas lagi. *Nak senang, masa potong riben tu, potong hujung tu bentuk "V" siap2

 12. Buatlah 4 butir sebab 4 butir ni perlu untuk satu kuntum bunga telur, ya. (kalau nak buat 100 bunga telur, berpoluh juga jari)

 Ok, siap bahagian 1 dan 2. Bahagian akhir menyusul selepas ini untuk menyiapkan bunga telur crepe ni sepenuhnya seperti dibawah.


Bye

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tutorial DIY Bunga Telur Crepe - Bahagian 1

Assalamualaikum

Seperti yang pernah di janjikan, hari ini saya akan menulis tutorial diy cara-cara untuk membuat bunga telur dari kertas crepe. Bagi yang akan melangsungkan hari perkahwinan tidak lama lagi, di harap tutorial ini akan dapat membantu anda untuk membuat persediaan dengan lebih awal dan murah.

Kos
Percaya atau tidak, dua tahun lalu, sekuntum bunga crepe ni kalau di tempah di kedai, harga nya tidak kurang RM2 sekuntum. Bayangkan kos yang anda perlu keluarkan kalau nak di letak di kiri kanan pelamin, kurang2 kene ada 50 kuntum setiap pasu.


Ketika saya melangsungkan perkahwinan saya pada penghujung tahun 2013, saya membuat sendiri tidak kurang 200 kuntum bunga telur ini dengan kos tidak mencecah RM100 pun. Sebabnya, kos sehelai kertas crepe ketika itu hanya diantara RM0.60-RM0.80 sehelai (lain kedai lain harga) dan setiap keping anda dapat membuat 3 kuntum bunga. Bahan2 lain pun tak mahal mana.


Untuk tujuan ini, saya akan membahagikan tutorial ini kepada 3 bahagian
Bahagian 1 - membuat bunga telur
Bahagian 2 - membuat riben hiasan
Bahagian 3 - assemble kedua diatas menjadi bunga telur dan tips.

Ok tak payah borak lama, jom kita mula  


1. Sediakan bahan2:
 - Kertas crepe - boleh buat satu warna atau berlainan warna - untuk tutorial ini saya hanya menggunakan satu warna (kuning cair). Untuk warna kombinasi, saya akan terangkan dalam bahagian 3
- Dawai no 26 - sebatang boleh dapat 2-3 kuntum bunga
- Dawai no 28 - sebatang boleh ikat 4-6 riben
- Riben 1/4 inci - potong 15inci - 4 keping (warna biru)
- Riben 1/2 inci - potong 12inci - 4 keping (warna kuning)
- Lidi untuk batang bunga telur
- Bekas bunga telur
- Pelilit batang - saya guna warna hijau
- inti bunga - 2 warna - sukati nak warna apa.
- Pemotong dawai
- Gunting






2. Bentang kertas crepe. Dan potong ikut gambar di bawah ni. Yang bahagian paling panjang boleh bahagi 3 dan yang pendek sikit bahagi 4. Semua dapat 12 = 3 kuntum bunga.  ( Sori gambar saya tak ambil)

 3. Ambil 4 keping



4. Stack kan keempatnya. ( stack tu tindan ker? entah)



 5. Lipat kipas anggaran 0.5-1cm setiap lipatan sampai hujung atas


 6. Lipat sampai jadi macam kipas. agak2 bahagian tengahnya, kapit sikt pakai pemotong dawai tu (utk bagi kemas). so ada side kipas kiri dan kanan


7. Ikat bahagian tengah dengan dawai no 26


8. Potong hujung kedua2 "hujung kipas" jadi runcing. Perhatikan anak panah pada rajah bawah tu saya namakan "longkang" iaitu bahagian yang telah di ikat dengan dawai tadi. Penting untuk step masa nak letak inti bunga nanti.

 

9. Tarik lapisan paling atas jadi macam rajah di bawah. Ulang untuk side kipas kiri dan kanan. Pastikan lapisan paling atas di tarik semaksima yang boleh tapi jangan sampai koyak, ok sebab kertas crepe ni agak nipis juga



10. Ulang untuk semua lapisan sampai habis
 


11. Siap

12. Ambil inti bunga, anggaran 6- 10 setiap warna. Ikat pada bahagian tengan dengan dawai 28


13. Selitkan inti bunga di tengah2 bunga crepe yang dah siap tadi, dan lalukan dawai ikut "longkang" tadi


 14. lilitkan kedua dawai bunga dan dawai inti bunga seperti dibawah


15. Siap. ( sori, kat belakang tu ada iklan kain pelikat cap mangga lah pulak)


Belum siap sepenuhnya lagi. Saya akan sambung bahagian 2 cara-cara untuk membuat riben hiasan pula - gambar bawah. Tunggu


KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP