Showing posts with label Inner. Show all posts
Showing posts with label Inner. Show all posts

Tudung Syria dah Singkat?

>> 14 September 2013

Salam

Masih recovering from demam, dan nampak nya aktiviti yang paling releven dalam situasi ini adalah menaip blog.

Hari ini saya telah menerima pertanyaan dari seorang pelawat melalui menu borang pertanyaan di blog ini. Pertanyaan itu berbunyi seperti berikut:

sy nk tanya, sy ade beli tudung syria dr (censored).. sis taulah harga (censored) camne.. sy pakai 2-3 kali je dan skarang terperuk kat almari je.. sbb sy xpakai kerana dah singkat.. dulu sy pakai S.. skarang sy dah pakai M.. sbb suka tutup dada :) .. sis ade cadangan nak buat apa dgn syria tu? please help me..


Sebelum menjawab pertanyaan ini, mula-mula sekali ingin saya menyampaikan ucapan tahniah kepada saudari yang bertanya kerana telah membuat satu pengorbanan yang besar iaitu dengan berhijrah memakai tudung yang bersaiz lebih-aurat-compliance. Pastinya pengorbanan itu akan mendapat rahmat yang besar dari Nya kelak.

Sedia maklum, harga tudung-tudung syria berjenama yang di jual di luar sana agak membocorkan poket dan purse. Tetapi tidak di nafikan, pilihan fabrik, warna dan corak yang di sediakan memang menarik dan akan membuatkan tidur malam kita tidak lena jika tidak mendapatkannya. Tetapi jika dilihat terperuk di dalam almari, alangkah sedihnya juga.

Oleh itu, untuk menjawab persoalan ini, sila lah lihat foto yang telah saya rakamkan di bawah (maaf foto kurang berkualiti sebab pakai henfon nor-kiah mak yang sudah berusia) 


tudung syria dan inner biasa - perbandingan saiz


So jawapan nya: boleh lah di recycle dan di jadikan inner ninja biasa (contohnya). Inner ni ringkas dan hanya memerlukan 2 keping kain yang tidak perlu bercantum pun. Jadi tanpa membuka jahitan tudung syria asal, saudari boleh terus potong sahaja mengikut pola dan lebihan pada bahagian di bawah, boleh lah di jadikan bahagian awning nya. Kalau nak buat inner ninja bersilang pun boleh, sebab bahagian awning tu tak memerlukan banyak fabrik pun sebenarnya.

Bagi yang tidak biasa memakai inner melekap di dahi, boleh lah di tambah pengeras kain dalam 4-5 cm lebar (ikut citarasa sendiri ) agar bahagian di atas akan ada sedikit awning untuk menjadikan nya inner ninja berawning.

Tapi kalau malas nak fikir, paling mudah potong 4 segi sahaja dan jadikan lah inner yang 4 segi segi ala serkup macam inner saya di bawah ni.

inner 4 segi ala serkup dengan awning

Inner di atas ini adalah versi ada awning dan berjahit di bahagian  belakang. Kalau pandai ekjas, boleh la dapat 2 keping; satu sendiri pakai, satu lagi kasi anak pakai. Atau kalau nak kreatif lagi, buat la inner 4 segi ala bertingkat (maaf, tak de sample). 


Kalau nak buat inner bisa yang berlubang di belakang pun boleh. Sila lihat link ini.

 Selamat Mencuba.







KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Inner Ninja Silang DIY

>> 9 May 2013

Hari ni mesin jahit tepi yang ter-rosak sudah siap dibaiki, dan saya pergi menjemput nya denagn penuh semangat. Pada hari miggu yang lalu saya telah menghantar nya ke kedai Singer di Seksyen 9 Shah Alam. Rupanya kedai tersebut telah pun berpindah di seksyen 24, di lokasi dimana saya selalu lalu-lalang dan berkata " oh! dekat sini pun ada kedai Singer".

Ini lah mesin bertuah itu, terbang RM55 ( amik gambar ni untuk nota setting sebenarnya) 
Projek jahit Inner Ninja Silang ni memang antara yang saya nanti-nantikan. Sehari selepas berjaya menjahit Inner Ninja biasa , dan pada lewat petang di mana hujan telah turun dengan lebatnya (no computer, no tv = boring), saya telah duduk diam-diam sekali lagi sambil membuat pola untuk projek ke 2 ini. Shape "badan" nya sama saja, kecuali kali ini awning nye memerlukan 2 keping kain yang di silangkan. Pola ini juga hasil inspirasi inner ninja silang cotton yang saya telah pinjam dari seorang kawan.

ninja versi beli - kain cotton
Seperti biasa, untuk versi testing, saya hanya menggunakan lebihan fabrik yang ada. Kali ini, saya menggunakan fabrik jersey berwarna hitam.



tengah cantum kan 2 keping kain untuk bahagian awning
Secara keseluruhan nya, proses mencantum nya tak susah pun. Yang susah hanyalah perlu bertukar-tukar mesin, dan benang <- antara aktiviti yang paling saya boring, selain keseluruhan tempat menjahit bertukar menjadi semak-samun.

bahagian silang yang telah di cantunkan
Tada! akhirnya siap. Customize untuk saiz kepala saya yang sedikit besar dan panjang ini. (size inner cotton yang saya pinjam saiz nya sedikit kecil tetapi sesuai dengan kepala cik mannequin yang cumel)

siap!

front view
Pembaikan: 

1. Gap silang tu next time saya nak besarkan




saiz inner yang besar, bukan sebab kepala cik mannequin yang jendul


Projek seterusnya - nak jahit inner silang ni pakai fabrik cotton yang ada. Warna kuning raja silang dengan shocking pink, ok tak?




  

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP