Showing posts with label sulaman. Show all posts
Showing posts with label sulaman. Show all posts

Tutorial Sulaman Riben (Japanese Ribbon Embroidery) - Siri 2

>> 21 June 2013

Halo.

Ni sambungan Tutorial Sulaman Reben ke-2, sambungan kepada siri pertama yang telah saya kongsikan pada bulan yang lalu. Siri ke -2 ini tertumpu kepada teknik "loop stitched dan chain-stitches" yang boleh di pelbagaikan menggunakan pelbagai jenis dan saiz reben yang berlainan, untuk membentuk motif daun, batang, ranting dan bunga juga. Sebenarnya nak buat apa pun boleh, janji kreatif.

end result..santik nye..

Selain dari ditunjukkan langkah-demi langkah untuk membuat setiap stitches/sulaman,     telah di sediakan juga satu patern yang sedia untuk di "tekap" dan di cuba sendiri di rumah. Juga di sertakan end-resultnya. ( lihat gambar di atas). 

Saiz reben untuk setiap motif juga telah di sertakan, tetapi dalam kiraan (mm) lah pula, manakala saiz reben yang popular di Malaysia pula menggunakan saiz inci. Secara jujurnya, saiz-saiz reben ini memang agak sukar di dapati di Malaysia, TETAPI sebenarnya boleh ajer kalau nak "produce" saiz-saiz reben ni sendiri ya.



boleh enlarge dan tekap ajer..



Macam mana ya? aha..yang tu kene tunggu sehingga siri eksperimen Cik Kiah yang seterusnya. Harap-harap Cik Kiah akan mempunyai masa untuk semua ini, dan bukan sekadar share ebook yang boleh di download sahaja.

Ok, link untuk download ada di sini (sila klik). Saiz dalam 2M+. Happy downloading!

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tutorial Sulaman Riben (Japanese Ribbon Embroidery) - Siri 1

>> 24 May 2013

Ebook Sulaman Riben ini antara yang paling saya suka dan telah disimpan dengan agak lama di dalam perpustakaan maya komputer. Simpan aje untuk tatapan mata, tetapi tidak mempraktiskannya. Selepas diperam lebih setahun lamanya, malam ini saya nak kongsikan ebook ni untuk penggemar sulaman riben.

Patern 1 - guna teknik flat stitch
Keseluruhan saiz ebook ni agar besar sebenarnya, dan di dalam nya ada 5 patern sulaman reben yang menggunakan teknik-teknik sulaman reben yang berlainan. Sebagai contohnya, bahagian yang saya kongsi kan kali ini menggunakan teknik Flat Stitches yang agak straight-forward. Jadi untuk memudahkan proses mengupload dan mengdownload, saya telah potong-potong saiz ebook ini menjadi saiz-saiz yang lebih kecil.

Dibahagian permulaan ebook ini ada di tunjukkan cara-cara asas untuk menyediakan reben, bagaimana untuk transfer pola ke kain, bagaimana untuk mengemaskan bahagian bawah sulaman dan bermacam bagai. Bahagian jenis-jenis jarum dan alat-alatan kelengkapan menyulam tu boleh diabaikan sebab saya sendiri pun tak faham :)

sketching/ pola untuk patern



Selain itu, ebook ini juga di tulis dalam bahasa jepun (sah-sah lah ebook ini bukan di tulis oleh saya..). Tapi jangan risau. Ebook dalam bahasa jepun kadang-kadang lebih mudah diikuti daripada ebook yang di tulis dalam bahasa inggeris. This is also to explain, kenapa orang jepun boleh maju walaupun mereka tidak mahir berbahasa inggeris.



step-by-step -> tak payah baca, ikut gambar aje

Saiz ebook ni lebih 5Meg besarnya. So sambil-sambil tunggu habis download, bolehlah pegi potong bawang dulu ke, cuci kuali ke atau kacau kucing. Ebook ini anda boleh download disini (sila klik). Patern yang lain akan saya share di dalam blog entri di lain hari. 

O ye, lepas baca atau download, tekan lah like yer. Arigato, thank you. Selamat mencuba



p.s: link untuk bagi credits ebook ni saya tak jumpa. Kepada Cik Puan jepun yang telah menulis ebook ini, thank you.
 

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Tutorial Sulaman Reben

>> 8 May 2013

Tutorial sulaman reben, menggunakan teknik-teknik yang mudah seperti loop, straight stitches dan french knots. Selain menunjukkan langkah demi langkah untuk membuat "bow", ladybugs dan rama-rama, tutorial ini juga lengkap dengan langkah demi langkah untuk membuat bunga di bawah:

  • Rose
  • Sunflower
  • Lotus
  • Lily
  • Fushia
"bow"

Rama-rama

Lady bugs


Tutorial ini boleh didownload dalam bentuk Pdf di sini.

*Credits
Nora Creeach
http://BluebonnetVillage.com
 

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

New Ribbon embroidering Project

>> 19 May 2012

For English, click here

Sehari yang panas, saya tertidur dengan nyenyak pada lewat petang untuk beberapa jam yang merehatkan, dan kembali bangun dengan berasa sedikit letih, dengan tekak yang tidak selesa dan seakan mahu demam. Kali terakhir saya deman, lebih setahun yang lalu.

Saya merehatkan diri hampir semiggu lamanya, dari reben dan jarum, dan memulakan projek baru selepas itu. Objektif saya kali ini adalah untuk mencuba teknik-teknik jahitan dan sulaman reben baru, dan mengasah teknik yang sedia ada. Saya menyasarkan untuk menyiapkan projek ini  dalam tempoh 3 hari. Tidak mahu membuang masa yang panjang untuk merancang "dimana untuk di jahit apa", saya telah mengambil satu patern sedia ada yang telah dikongsikan oleh guru saya (yang saya gemari) sebagai rujukan dan panduan.

Saya hanya menggunakan semua bahan asas yang sedia ada, diantaranya adalah kain kapas tebal berwarna kuning sederhana, yang mendapat komen dari cikgu sebagai - terlalu tebal dan kurang sesuai untuk membuat sulaman dan jahitan reben. Komen yang bertepatan, bukan sahaja memberi kesakitan pada jari-jemari malah tekstur reben menjadi sedikit berkedut dan memberi hasil akhir sulaman dan jahitan yang kurang sempurna.

Cubaan terbaik, selepas 3 kali mencuba (di atas kain lain yang saya  labelkan sebagai "my mini-lab")



Hasil akhir

Bunga ini menghadap tenggara.



rose yg segar -mendapat pujian dari cikgu dan kawan-kawan


pandangan tepi


kombinasi jahitan fishbone and french-knot



yang paling sukar untuk di realisaikan dari contoh sebenar. Saya berniat untuk memperbaiki jahitan ini selepas ini



 

background yang di warnakan.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

CiptaaanNya.

>> 10 May 2012


For English, click here


Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum.
 (Ar-Rahman 55:12)



Hydrangea






jahitan dan sualman hydrangea

Peony

jahitan dan sualman Peony
 
Ros
jahitan dan sualman Ros


"Melur"


jahitan dan sualman Melur

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kelas ke 3 @ Kelopak Gallery

>> 9 May 2012

For English, Click here


Kelas ke 3 telah diadakan pada 1 May di Kelopak Gallery dengan objektif, untuk mengisi bakul "batik canting" dengan bunga-bungaan, menggunakan pelbagai teknik jahitan dan sulaman reben, dan menggunakan reben-reben yang telah di "dye" dengan cita rasa sendiri.

bakul kosong dari kelas terdahulu
 Kerja rumah telah siap dan dihantar kepada cikgu untuk di semak.

bakul yang telah penuh di isi

 jahitan dan sulaman bunga peony

 jahitan dan sulaman bunga bunga melur

 jahitan dan sulaman bunga  bunga ros - pandangan tepi

 jahitan dan sulaman bunga  bunga ros - pandangan atas

 jahitan dan sulaman bunga ros - dengan hiasan stamen

 jahitan dan sulaman bunga hydrangea

 jahitan dan sulaman bunga ciptaan sendiri

 jahitan dan sulaman bunga ros - teknik3 dengan hiasan manik

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kelas ke2 @ Kelopak Gallery: Dye ribbon and Batik Canting

>> 24 April 2012

For English, click here

Hari ini
Menikmati hidangan nasi ayam di sebuah restoran kegemaran Kemudian, hanya selepas 2 jam, kembali ke sebuah lagi restoran kegemaran dan menjamu minuman petang - teh tarik dan pengat ubi. Bercakap tentang definasi kegembiraan, ya hari ini saya sangat gembira dengan menu yang kurang sihat!


Ribbon Dye dan Batik Canting
Hujung minggu yang lalu, kami beransur ke matapelajaran ke 2 yang sangat menarik iaitu Ribbon-dye dan men-canting batik. Sebelum kelas bermula, sebuah majlis graduasi yang serba ringkas telah diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar terdahulu yang telah melengkapkan "coursework" mencanting batik dan dye-ribbon selama (48 jam atau lebih). Setiap mereka di berikan sijil rasmi oleh guru kami - dan tentunya diterima dengan penuh rasa bangga dan gembira.


Hari ini, seorang teman baru telah menyertai kelas kami dan beliau tinggal di Senawang. Sejak di bangku sekolah lagi, penulis mengkagumi bakat seni yang beliau miliki. Oleh kerana itu, penulis berkali-kali mengingatkan beliau bahawa di Kelopak Gallary ada berbagai "perkara" dan beliau akan pasti teruja!! 

Subjek 1: Batik Canting
Penulis telah menemui web link ini yang memberi huraian lengkap tentang bagaimana proses mencanting batik dilakukan dengan cara tradisi. Kami bernasib baik, kerana guru kamu telah mencipta revolusi mencanting dengan cara yang moden, dan mudah.


alat tradisi mencanting




pen canting moden kami


Guru kami telah memberikan setiap kami set lengkap mencanting yang antara lain, terdiri daripada canvas dan bingkai kayu yan gbersaiz, berus melukis, cat mewarna dan pen canting moden. Ketika menerima set masing-masing, dengan rasa penuh keterujaan, seperti kanak-kanak berusia 10 tahun yang baru mendapat permainan baru.

painting brush


Kami mula melakar gambar sebuah bakul dengan menggunakan pensil biasa. Kemudian, diikuti dengan lakaran ala "free-hand" menggunakan pen canting moden sehingga siap. Sesudah siap, kami mula sedar bahawa kami telah melakar lebih dari yang perlu-tidak mendengar arahan dengan betul, kadangkala menyeronokkan juga.

lakaran yang telah siap dengan menggunakan pen canting
 
Kami biarkan seketika sehingga dakwat canting kering, dan kemudian di ikuti dengan proses mewarna.

sudah lama tidaj bermain dengan warna


Subjek 2: Ribbon dye.
# sebab utama kenapa men dye reben adalah penting.
1. Kebanyakan reben yang di jual adalah mono-tone.
2. Reben yang telah di dye dijual dengan harga yang mahal dan sukar di jumpai di pasaran tempatan.
3. Reben yang di dye dapat memberi efek yang istemewa, dan membantu kreativiti.

Proses yang mudah, dan reben kering dengan cepat.

menjemur


Untuk kelas yang seterusnya, kami akan mula membuat jahitan dan sulaman reben untuk menghasilkan bunga-bungan yang cantik, dengan menggunakan reben buatan tangan kami di atas canvas yang telah di canting.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kombinasi hiasan reben dengan punchneedle

>> 21 April 2012

For English, click here

Kelas sulaman ke 2 akan bermula esok, dan saya kembali duduk di kerusi menjahit untuk membuat penambah-baikan dari homework minggu lepas, setelah mendapat komen dan pandangan bernas dari kakak-kakak senior dan juga cikgu.

Di antara cadangan yang telah di beri adalah untuk menambah-jahit beberapa kuntum bunga pada satu bahagian yang sedikit "kosong". Kelopak bunga yang akan di tambah ini akan menggunakan teknik jahitan straight stitch dan sedikit "punching job" menggunakan jarum punchneedle bagi membentuk bahagian "stem"

sediakan benang dan jarum punchneedle

ruang untuk di jahit/sulam

punch benang dari arah belakang

ulang proses punch

telah selesai

jahit dari bahagian belakang dengan mengguakan benang biasa

mulakan sulaman reben

3 kelopak bunga yang telah siap - tidak perlu perfection kerana imperfection is the natural beauty

bunga yang telah siap

ulang langkah-langkah di atas untuk kuntuman bunga ke 2

bunga-bungaan yang telah siap, dan di tambah dengan Y stitch sebagai hiasan




KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP