Showing posts with label kerongsang. Show all posts
Showing posts with label kerongsang. Show all posts

Tutorial Bunga Fabrik Rose Bud dari Fabrik Satin

>> 7 July 2013

Salam

Maaflah dengan kelewatan ini. Ramai yang request tutorial untuk rose bud ni. Tapi mak tak berkesempatan untuk merakam gambar-gambar, step demi step semasa proses pembuatan.

Sebab pertama, selalu bila dapat order, selalu jer kelam kabut dengan itu dan ini. Seperti yang sedia maklum, modes operandi mak ni (buat masa ni) bukan jenis buat stok siap-siap penuh satu lori, tapi hanya buat apabila ada order pelanggan. (mak cuma buat sample dan tampal di katalog online, berlokasi di sini) Sebab nya, selepas lebih setahun beroperasi, mak perasan lain pelanggan, lain citararasa. Baik dari segi pilihan saiz, warna dan macam-macam permintaan lain yang tak terjangka, yang kadang-kadang mak pun suka sebab mereka memberi cabaran baru kepada mak untuk mencuba sesuatu yang baru pula

Sebab kedua, masa. Ikut pengalaman mak la, kalau nak buat tutorial untuk produk A contohnya, kurang-kurang akan ambil masa 2 kali ganda dari masa sebenar untuk menyiapkan satu unit produk tersebut. Tu belum lagi nak import gambar masuk pc, nak cari mana yang tercantik dan paling descriptive, nak edit saiz gamba, letak watermark dan macam-macam lagi. Tu sebab la, nak buat tutorial utk brooch (maksud mak kraf yang memakai kerje-kerje tangan sahaja) ni terleceh la amat sangat. Lebih baik buat tutorial yang pakai mesin jahit sbb kurang-kuarng boleh terus je amik gambar kat mesin jahit tu :) So tutorial yang mak nak letak ni adalah tutorial yang mak dah save dari web site/FB orang lain. Malangnya, mak tak sempat buat catatan nota alamat wesite/FB tersebut. so kepada tuan empunya, kalau nak claim credits, boleh contact mak yer..nanti mak letak korang punya link untuk tujuan credentials itu.

Ok la, sebelum tu mak nak share beberapa produk rose bud yang sama yang mak jumpa dan save kat web/FB ni. (pesanan sama tentang credentials, pls contact mak ok).


Di ringkaskan, rose bud ni nama pun hasil buatan tangan, so lain-lain tangan lain-lain hasil lah kan. Lain-lain mata pula, lain-lain pandangan pula. So ni mak tampal hasil hasil tangan orang lain dulu




 







Kalau perati betul-betul, sebenarnya ada 2 jenis teknik yang di gunakan untuk menghasilkan rose bud-rose bud di atas. Satu yang free-hand, dan satu lagi yang mcm di acu-acu. Yang buat longgar-longgar tu rasenye kategori freehand, dan sebab longgar-longar, jumlah kain yang diperlukan pun tak panjang sangat. Yang mcm di acu-acu tu pulak setau mak, depa letak kotak dibahagian dalam (yang berbentuk kon), kemudian depa fold jer fabrik disekelilingnya. Pernah jumpa tutorial ni, tapi luper nak save.

Jom perati pulak rose bud mak. Yang ni free hand dan mak susun rapat-rapat - jumlah kain yang mak perlukan juga agak panjang yer.



Jenis kain pun memainkan peranan. Macam yang kelabu ni, walau pun satin tapi jenis yang lain dari yang merah tu. Harga pun lain. Yang kelabu ni mudah sikit nak disiapkan, yang merah pulak, kene belai-belai lama-lama, kadang-kadang kene bukak balik dan macam-macam hal. Tu sebab la harga pun mak jual tak sama.

So seperti yang di tunggu-tunggu, ni lah Tutorial yang mak sempat save itu. Tak pasti lah kalau ini benar-benar dapat membantu. Sebab masa mula-mula mak study tutorial ni pun, mak agak buntu. Doakan mak ada masa untuk buat tutorial ni nanti, ok. Selamat Mencuba! (sila klik gambar untuk enlarge yer)

p.s: kalau suka blog post ni, jgn lupe klik "like" yer. Kalau ramai "like", semanagt sikit mak nak share macam-macam lagi :)




KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

May Give-away: Keputusan Brooch Percuma

>> 20 June 2013

Salam

Seperti yang telah di janjikan, saya akan mengumumkan keputusan pemenang giveaway untuk bulan Mei 2013. Walau pun tarikhnya telah tertunda beberapa kali - kerana cuti sekolah yang panjang dan kesibukan, akhirnya hari ini saya ingin mengumumkan pemenang kepada brooch 2.5 inci yang comel ini. (harap maaf)

Brooch ni saya hand-dye/warnakan sendiri, so saya boleh jamin hanya pemenangnya nanti sahaja yang memiliki brooch ni di Malaysia ini...ekslusif gitu.. Harga nya RM25 setiap satu (sila check harga di sini), campur RM6 pos laju yer..ruginya bagi yang tak betul-betul berusaha untuk menjadi peserta.


Seperti yang telah di war-warkan sebelum ini, syarat-syarat penyertaan telah di nyatakan di dalam blog entri saya yang terdahulu. Update pun telah saya emailkan kepada yang telah mendaftar agar tugasan-tugasan mudah yang telah di syaratkan dapat di buat segera. Bagi yang tak check email, tak jadi blog follower dan tak like FB saya, minta maaflah kalau tertinggal bas sebab semua update pun ada di situ. Tapi bagi yang telah maju membuat tugasan-tugasan itu, tahniah anda telah pun tersenarai-pendekkan sebagai bakal pemenang!

Sama seperti Giveaway April, saya juga menggunakan prosedur pemilihan pemenang yang sama. (tak perlulah saya tunjuk lagi yer, very lean process, tak de penipuan). Setelah senarai pendek di finalizekan, saya memilih pemenang dengan menggunakan random generator yang berada di link ini.

Oleh itu, pemenang untuk Giveaway Mei 2013 adalah :


Tahniah kepada Nor Raihan kerana telah di pilih menjadi pemenang. Saya harap beliau memenuhi syarat penting ini - *Terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia  ye. Jika ada kesilapan di situ, saya akan membuat undian sekali lagi yer - harap-harapnye tak lah kan.

pinjam dari www.mulawafashion.com

Tahniah! Tahniah sekali lagi...saya akan menghubungi beliau di alamat email yang beliau sertakan. Saya berharap, beliau akan dapat menghubungi saya dalam tempoh 7 hari dari hari ini, bagi saya mendapatkan nama penuh, alamat penghantaran dan no telefon untuk tujuan pos laju. >> tu lah sebab nya kena like page ye...sebab update keputusan ini juga saya war-warkan di FB juga. 


p.s: Sila like blog post ni - kasi semangat kat saya untuk buat Giveaway lagi, ok.  










KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kerongsang Rose-Bud Satin (revisit)

>> 14 June 2013

Read this in English

Aha..malam ni rase macam marathon menulis blog lah pulak..blog ke dua untuk hari ini - kerongsang satin Rose Bud.

Pada yang masih ingat, yang pernah tinggal kan komen, dan pernah request tutorial, saya pernah menulis blog entri pertama tentang topik ini pada bulan Oktober tahun lalu. Pada yang pernah nak order, saya minta maaf kerana terpaksa menolak request tu kerana ketika itu, masih belum betul2 berpuas hati dengan hasilnya.

Kemudian, sunyi sepi yang agak lama atas sebab-sebab "itu dan ini". Akhirnya, pada minggu lalu saya telah duduk diam-diam lagi menyambung eksperimen.

Dan inilah hasilnya:

in the making



aha! siap poon..

saiz 2 inci

pink - test kat diri sendiri - zon aurat telah di blurr

koleksi yang dah siap - kotak packing ngam2 saiz 2 inci dengan transparent window display

kelabu - pakai kan kat mannequin


Kepada yang nak cuci mata, boleh lah visit katalog online di sini ye. Pilihan warna, harga dan promosi ada di sini. Pilihan warna tu akan saya update dari semasa ke samasa ( akan mencari masa untuk membuat sample). Saiz pulak buat masa ini , hanya available 2 inci aje. Kalau ada saiz lain, nanti saya update lagi yer.

Oh, satu lagi sebab ada 2 jenis satin berlainan telah di gunakan, maka harga pun tak sama. Yang sedikit mahal tu maksudnya, proses pembuatan nya sedikit mencabar yer..



KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kerongsang Riben Satin Dengan Hiasan Manik

Read  this in English

Saya tergaru-garu, tergaru-garu dari tadi tak da idea nak tulis apa. Gambar semua dah tampal, idea nak tulis pula tak keluar-keluar. So nampak gaya nya tampal gambar jer la yer..

Dipendekkan cerita, brooch ni saya buat dari Reben satin. Kecuali yang warna biru, saya guna kan side yang "tak berkilat" untuk bahagian atas sebab side yang tak berkilat ni lebih tahan lama dan tak berbulu. Tapi ada jugak yang suka side berkilat ni sbb shining kan. Taste masing-masing



Hiasan manik -4mm


Size manik pun, saya variety kan. Yang paling kecil 2mm dan paling besar 7mm. Yang saiz kecil kene jahit banyak lah pulak. tapi bila dah siap menarik juga. Yang manik besar pun bila dah siap ok juga. Sebenarnya yang manik 7mm tu yang customer dah order. Yang kecil-kecil tu furthur experiment lah kire.. selalu macam tu la..order customer ni lah yang menjadi pencetus idea. 

Kalau yang nak tau pasal spec dan harga, boleh la klik kat link ni yer..seperti biasa, diskaun kalau beli 3 unit dan keatas. Nak campur2 warna pun boleh..nak campur2 dengan design lain pun boleh..janji 3..

Uit..dah terpanjang pulak paragraph ni. Bak kata pepatah melayu baru - Tulis sikit-sikit, lama-lama jadi karangan. :)

* Side di atas adalah side yang berkilat
Hiasan manik -4mm


Hiasan manik - 2mm


Hiasan manik - 7mm

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Brooch Satin Hand-Dye & Giveaway May 2013

>> 11 May 2013



Setelah menyiapkan tempahan bunga satin hand-dye untuk bakal pengantin (beliau telah selamat menjadi isteri orang, manakala bunga satin telah di semat di kasut pengantin katanya), saya kembali membuat beberapa lagi kuntum bunga satin dengan teknik hand-dye. Berkat mengambil cabaran dari pelanggan ini, saya telah discover beberapa teknik baru, yang memudahkan saya untuk men-dye dan mengeringkan satin sebelum di cantum-cantumkan menjadi bunga. Sebenarnya ramai juga pelanggan saya yang seperti ini - cetusan order dari mereka telah memberi saya cetusan idea-idea baru.



Pagi tadi, saya masih menerima pendaftaran baru untuk Give Away April yang telah pun di tutup. Saya yakin telah remove semua pautan borang penyertaan, tetapi mungkin masih ada yang tertinggal di sana sini dan yang tak sempat saya fikirkan. Oleh kerana itu, saya bercadang untuk memberi Give Away untuk bulan May pula !

Berkemungkinan hadiahnya adalah 2 dari brooch-brooch yang bersaiz 2.5 inci ini dan kali ini akan ada 2 orang pemenang! Peserta boleh memilih di antara 4 pilihan warna ini, yang mana mereka suka. Tapi Tunggu!  Saya belum membuat persiapan - iaitu borang "Ya! Saya Mahu" yang baru. Insyallah, pada minggu hadapan akan saya war-warkan. So rajin-rajinlah check blog ni semula ya. (p.s: peserta yang telah mendaftar pada pagi tadi akan saya sertakan dalam senarai baru nanti)

pilihan 1: purple + maroon



pilihan 2: merah - 2 tone

pilihan 3: kuning + merah

pilihan 4: kuning + purple




KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kerongsang Satin Rose-Bud

>> 12 October 2012

Read this in English

Kali pertama saya melihat brooch ini, hati saya tertarik. Pusaran dan susunan kelopak yang mempersona, dan warna fabrik yang redup, semua nya sempurna kecuali...Tidak lama, saya mendapat tahu, nama nya adalah Rose-bud.

(foto: menggunakan fabrik satin: dengan 3 saiz - 2 inci, 2.5 inci dan 3 inci)

Kali ke dua, kali ini saya melihat brooch secara live di rak jualan. Saya melihat pelbagai ketinggian dan saiz yang di jual. Saya kurang pasti bagaimana, cuma berharap satu hari saya akan membuatnya.

Selepas 2 bulan, saya telah duduk diam-diam dan mencuba membuat design brooch ini. Walau asyik tertangguh, akhirnya saya berjaya membuat nya dengan 3 teknik yang berlainan, dengan kiraan lebar dan jarak jahitan yang berlainan,  mempelbagaikan jenis fabrik dan menyusun setiap kelopak dengan cara longgar, skima dan natural.


menggunakan reben satin - kerana tekstur nya yang sedikit "keras" dan setiap pinggir kelopaknya kelihatan " tajam". Lebih mudah di pegang ketika membuatnya dan agak sukar juga untuk membuat nya "flat"
menggunakan fabrik satin no 1 - tekstur fabrik yang lebih lentur dan licin. Pinggir kelopak terbentuk bulat dengan cantik. Agak mencabar untuk membuat nya.  



menggunakan satin no 2: lebih banyak volume, dan terbentuk lebih bulat.



menggunakan fabrik jersey - corak fabrik sedikit berjalur dan memberi kesan yang agak cantik juga

 
Menyusun kelopak rapat-rapat dan teratur

kelopak-kelopak disusun lebih longgar. Menggunakan satin no 1 berwarna putih dan di hand-dye - kombinasi merah dan kuning.  






KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

21 cara memakai kerongsang pada baju.

>> 2 October 2012

Read this in English

Dalam tulisan yang lalu, saya telah membuat kompilasi 14 cara pemakaian kerongsang yang unik, bermula dari pemakaian di baju, skirt, seluar dan juga hiasan pada beg dan rambut, tali pinggang dan kasut dan juga sebagai aksesori tambahan pada cincin, gelang dan rantai. Dipendekkan cerita, dari atas kepala hingga ke hujung kaki, kerongsang boleh dipakai dimana sahaja, asalkan ada keberanian dan kreativiti.

Kompilasi kali ini adalah 21 cara pemakaian kerongsang pada baju sahaja.

1. Dipakai pada T-shirt putih

Source: railso.com via Ros on Pinterest


2. Dipakai dengan jaket/denim





3. Dipakai pada cardigan


Source: etsy.com via Ros on Pinterest


 4. Pada baju perkahwinan



5. "Fashion yourself"
Source: fashionfuss.com via Ros on Pinterest


16 lagi cara pemakaian boleh di baca di sini.


KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

14 Cara memakai kerongsang

>> 1 October 2012

Read this in English

Pemakaian kerongsang sebagai aksesori boleh memberi membantu menyerlahkan penampilan diri. Di Malaysia, cara pamakaian kerongsang adalah agak terhad dan selalunya di pakai pada pakaian dan tudung sahaja. Terdapat juga berbagai cara pemakaian lain yang menarik seperti di bawah: 

1. Pada pakaian - di pakai pada bahagian atas "dress"





























2. Pada Skirt - menyerlahkan bahagian pinggang dan kebawah




































3. Pada seluar - Seluar jeans tidak terkecuali



Source: avalaya.com via Ros on Pinterest



















Seterusnya pada Clutch, rambut, hiasan rambut, topi/arret, hijab/ tudung , sebagai cincin, gelang dan pendant, sarung tangan, tali pinggang, kasut, semua nya boleh di lihat di sini




KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

New Fabric Floral Brooch: Cotton

>> 27 September 2012

Read this in English

Lewat petang semalam, saya telah menemui rekaan kerongsang baru, tanpa di sengajakan.
(photo: Paten 1: Dengan "decorative button")

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kerongsang Bunga Satin Baru.

>> 26 September 2012

Read this in English

Setelah terhenti beberapa kali, akhirnya design kerongsang satin baru telah siap juga. Masih menggunakan kain satin terpilih dan bermutu tinggi, design kali ini menggunakan saiz kain satin yang lebih banyak berbanding dengan design yang sebelum ini.



(foto: saiz kira-kira 3 inci)
Pada bulan ramadhan yang lalu, beberapa pelanggan telah menghubungi saya dan bertanya akan design ini. Sebetulnya ketika itu, projek membuat design kerongsang baru ini telah pun bermula. Tetapi kerana kesuntukan masa untuk memenuhi pesanan yang ada dan beberapa aktiviti lain, maka "production" design ini terpaksa ditangguhkan kerana tidak mahu melakukan perkara dalam keadaan tergesa-gesa. Mengikut pengalaman saya, kerongsang juga kadang-kadang seolah "bernyawa" dan tidak "mahu jadi dengan baik" sekiranya di buat dengan keadaan yang tidak tenang. 

3 saiz yang telah di siapkan: light purple, red dan red-chili


2.5 inci

2 inci

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Sepakaian Hijab Hitam dan kerongsang bunga

>> 2 September 2012

Read this in English

Pertama kali hari ini, saya cuba memakai sepasang jubah hitam yang di hadiahkan oleh seorang saudara pada tahun lalu, setelah beliau pulang dari tanah suci. Satu-satunya jubah yang saya miliki yang elok-elok muat di badan. Tidak perlu di "alter" atau di pendekkan pada mana-mana bahagian. Tiada jahitan atau cantuman yang mengelirukan. Tiada juga hiasan tambahan kecuali batu-batu putih berkilauan di sekitar leher, di sepanjang garis bahu dan terus ke hujung tangan. Sedap di pakai dan di pandang. Dan terasa seperti mahu meniru pola dan cuba menjahitnya. Sesekali rindu juga untuk menjahit pakaian.


kerongsang bunga dari reben cotton


Saya cuba mengenakan kerongsang bunga dari reben satin dan cotton yang baru siap semalam. Kemudian cuba untuk mengambil beberapa foto dengan menggunakan fungsi timer - function camera yang tidak pernah saya cuba sebelum ini.

Agak sukar juga untuk melakukan shot ini sendirian. Perlu mencuba berkali-kali untuk memastikan di mana untuk berdiri, dan kedudukan posture yang sesuai untuk mendapatkan presentation kerongsang yang cantik.

Teringat beberapa tahun lalu, ketika menghadiri satu conference di negara jiran, saya sempat "menghilankan diri" dan menaiki MRT ke Sentosa Island, kemudian naiki kereta kabel bersendirian. Di sepanjang perjalanan itu, saya berkali-kali cuba untuk mengambil gambar sendiri. (ketika itu belum ada digital camera). Menyesal pula sebab tidak masuk sekali ke gerabak yang ada lain-lain penumpang.

Apabila gambar siap di cuci, yang kelihatan hanya dinding dan cermin kereta kabel, dengan sipi-sipi muka sendiri. (Dan apabila pulang ke hotel, semua bertanya-tanya kemana saya telah menghilang )


kerongsang bunga dari reben satin




KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP