Kerongsang bunga Satin: Pilihan Saiz
>> 25 June 2012
Read this in English
Saya banyak mendapat feedback dari beberapa pelangan yang bertanyakan keronsang satin yang bersaiz lebih kecil.
Oleh itu, sepanjang malam semalam telah dihabiskan dengan membuat percubaan baru bagi menenuhi permintaan ini. Akhirnya keronsang satin yang lebih kecil, iaitu bersaiz 2 inci telah di hasilkan (gambar dibawah, paling kiri)
Menariknya, masa yang diperlukan untuk membuat saiz ini tidak banyak kurang dari masa yang diperlukan untuk menghasilkan saiz yang lebih besar. Ini kerana, hampir 80% masa (untuk menyusun kelopak-kelopak sehingga menjadi bunga yang sempurna) diluangkan untuk menghasilkan 1 - 1.5 inci yang pertama. Tempoh masa ini tidak termasuk masa yang diperlukan untuk memotong kain satin, memotong setiap kelopak dan membuat setiap kelopak ini melengkung. Dipendekkan cerita, tidak kira saiz, masa yang diperlukan untuk menghasilkan setiap kuntuman bunga, tidak pernah kurang dari satu setengah jam.
Malah saya mendapati, proses ini adalah lebih mencabar kerana kain satin yang licin, adalah lebih sukar untuk dipotong, dipegang, disusun dan "diadun" apabila saiznya adalah lebih kecil.
Apapun, saya amat berpuas hati melihat kelopak-kelopak yang kecik dan comel ini!

Pandangan atas,dari kiri (diameter): 2 inci(5cm), 3 inci(7.6cm) dan 3.5 inci(9cm) |
Pandangan sisi: lapisan dan ketinggian juga berbeza |
Menariknya, masa yang diperlukan untuk membuat saiz ini tidak banyak kurang dari masa yang diperlukan untuk menghasilkan saiz yang lebih besar. Ini kerana, hampir 80% masa (untuk menyusun kelopak-kelopak sehingga menjadi bunga yang sempurna) diluangkan untuk menghasilkan 1 - 1.5 inci yang pertama. Tempoh masa ini tidak termasuk masa yang diperlukan untuk memotong kain satin, memotong setiap kelopak dan membuat setiap kelopak ini melengkung. Dipendekkan cerita, tidak kira saiz, masa yang diperlukan untuk menghasilkan setiap kuntuman bunga, tidak pernah kurang dari satu setengah jam.
Malah saya mendapati, proses ini adalah lebih mencabar kerana kain satin yang licin, adalah lebih sukar untuk dipotong, dipegang, disusun dan "diadun" apabila saiznya adalah lebih kecil.
Apapun, saya amat berpuas hati melihat kelopak-kelopak yang kecik dan comel ini!
0 comments:
Post a Comment