Fabrik Satin 101: Asas dan Pengenalan

>> 22 June 2012

Read this in English

Tahukah anda, terdapat berbagai jenis fabrik satin di pasaran, dengan harga serendah RM5/semeter sehingga lah setinggi lebih RM20/semeter?


Sejauh manakah pengetahuan anda tentang satin?

satin: indah dan berkilat


Keronsang
Saya telah menolak beberapa permintaan pelanggan untuk tempahan keronsang satin berwarna cream dengan alasan - satin berwarna cream telah kehabisan stok di semua kedai fabrik yang saya kunjungi. Selama 2 minggu saya kembali ke kedai yang sama dan hanya mendapat jawapan yang sama - satin cream dari jenis ini telah habis di beli kerana kualiti nya yang tinggi dan di gemari terutama ketika membuat persediaan untuk hari raya. Dan setiap kali juga, saya di tunjukkan fabrik satin berwarna cream dari jenis lain yang berharga jauh lebih rendah, tetapi ditolak kerana pernah mencubanya dan hasil nya sangat tidak memuaskan.Quality comes first!

Fabrik

Secara umum fabrik terbahagi kepada 2 jenis
1. Diperbuat daripada alam semula jadi  seperti fabrik kapas/cotton, linen, dan sutera. Fabrik dari jenis ini mempunyai jalinan benang-banang yang lebih "berongga" (tidak semestinya jarang) dan "sejuk", lembut dan selesa di pakai kerana menyerap peluh. Kerana sumber nya yang asli, harganya adalah lebih mahal.

2. Diperbuat daripada campuran bahan kimia atau sintetik seperti Nylon, polyester, rayon, viscose and acrylic. Fabrik dari jenis ini memberi "natural fall" apabila di pakai, sedikit "panas" dan tidak memerlukan penjagaan rapi ketika membasuh dan me"nyenerika". Oleh kerana itu, ia boleh didapati dengan harga yang lebih murah dan kebanyakan fabrik yang berada di pasaran adalah dari jenis ini,

Kini terdapat banyak fabrik dari sumber semula jadi yang di campurkan dengan sintetik dan boleh di beli  dengan harga yang lebih murah.

Satin


Kebanyakan orang mempunyai tanggapan salah bahawa satin adalah "bahan yang ia di perbuat daripada", seperti kain kapas yang di perbuat dari pokok kapas, atau linen dari pokok flax..

"Satin" sebenarnya bermaksud jenis kemasan fabrik yang terhasil dari teknik penenunan yang rumit dan spesifik. "Trademark" bersinar yang sinonim dengan fabrik satin terhasil melalui proses tenunan dimana gentian-gentian benang "diapungkan" kepada permukaan dan memudahkan pemantulan cahaya. Ini lah yang membuat fabrik satin kelihatan berkilat dan bersinar dengan secara semula jadi selain, memberi impak elegan, formaliti dan romantik, dan menjadi  pakaian para bangsawan dan raja-raja sejak dari abad terdahulu lagi.

Terdapat banyak jenis satin yang berbeza, seperti satin dari sutera (semulajadi) dan dari polyester (sintetik). Perbezaan diantara kedua nya boleh di kenali dengan mudah oleh mereka yang pakar. Satin yang diperbuat daripada sutera sangat indah, bersinar semula jadi dan lebih di gemari. Kerana bahan nya semulajadi, harga nya adalah lebih mahal. Sebaliknya satin dari jenis Polyester diperbuat daripada benang plastik yang menghasilkan fabrik yang benar-benar berkilat, yang kadang-kadang boleh membuat kain tersebut kelihatan agak palsu.

Seperti kebanyakan fabrik yang lain, kini terdapat banyak satin yg di hasilkan dari campuran semula jadi dan sintetik. Peratusan campuran diantara keduanya menghasilkan jenis-jenis fabrik satin dalam "range" yang besar, dengan "grade" tersendiri dan harga yang berbeza-beza.



0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP