Salam Ramadhan

>> 19 July 2012

For English, click here

Seawal pagi hari ini, Kuala Lumpur diselubungi cuaca mendung yang berkabus. Hujan telah turun di berapa tempat, kadangkala renyai, berhenti dan kemudian lebat. Payung yang sudah lama tergulung rapat, hari ini di regang dan dikembangkan. Satu pemeriksaan berkala yang cukup berguna untuk memastikan payung berada dalam kondisi yang masih boleh diguna-pakai, dan bagi menyahut seruan pujangga dahulu kala yang berkata - sediakan payung sebelum hujan (lebat sangat).   

Lewat petang hari ini, Khamis, 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah akan menyaksikan satu lagi rutin tahunan umat Islam iaitu melihat kalau-kalau akan terbitnya anak bulan di ufuk langit, sebagai tanda permulaan tarikh berpuasa. Ramai yang jauh di perantauan, sudah berkira-kira untuk pulang ke kampung untuk menyambut permulaan puasa bersama kaum keluarga. Selamat menyambut bulan Ramadhan.

kerongsang bunga dari fabrik satin: pandangan bahagian dalam

Bersempena bulan yang mulia ini, saya gembira untuk berkongsi pakej hadiah yang "simple" bagi mereka yang masih tercari-cari akan hadiah yang simple dan practikal untuk di berikan kepada teman-teman, sanak saudara atau pun untuk kakitangan yang telah banyak berjasa kepada syarikat.

Ia berupa satu kerongsang satin bersaiz 3 inci bersama sepasang coklet ala "ferrero rocher" (yang halalan toyyiban) yang di pack kan di dalam sebuah kotak hadiah, dengan "window display" dan ikatan reben di sisi yang menarik.

pandangan dari luar


Dalam kegawatan ekonomi yang melanda seluruh dunia ketika ini, adalah lebih baik untuk mengelakkan pembaziran dan sentiasa berjimat cermat, tetapi penghargaan dan tanda ingatan kepada yang di sayangi dan yang telah menabur budi, tidak boleh di abaikan.

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan samada dengan jumlah yang sedikit atau pun yang banyak, atau yang perlukan "customization" untuk "isi rumah" hadiah, sila hubungi saya di info@jahitjahitan.com atau 017-213 6976. Saya akan menghubungi anda untuk perbincangan lanjut, tentang sebut harga dan sample untuk tatapan.

Hadiah yang menarik juga menanti bagi yang meng"extend" info ini kepada pihak syarikat yang ingin membuat pesanan untuk kakitangan mereka. Bagus juga kalau dapat hadiah kerongsang percuma dari pihak pengurusan, kan? (dan dari saya juga) ;)

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.   





0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP