Si Merah Rimbun dan Tembam

>> 10 July 2012

For English, click here

Saya baru menyiapkan satu lagi pesanan dari seorang "kawan atas kawan" yang berjiwa "pahlawan" kerana memesan kerongsang bunga dari fabrik satin berwarna merah cili, dan bersaiz 3.5 inci. Pesanan beliau - nak kerongsang ni rimbun dan tembam ;)

Kenapa saya panggil pahlawan? kerana bukan ramai yang berani untuk memakai kerongsang sebesar ini, dan pula berwarna merah garang. Saiz 3 inci pun, ramai yang takut-takut nak pesan. Mungkin ditakuti akan malu-malu kucing untuk digayakan. 

Sebenarnya, nak merimbun dan menembam kan kerongsang bukan lah satu perkara yang susah. Cuma perlu menambah kelopak demi kelopak, sambil memastikan ianya "balance dan alligned". Cuma risikonya, ditakuti akan berlaku kesukaran ketika mengenakan pin di bahagian belakang.

Semakin rimbun kelopak di hadapan, semakin rimbun juga kerongsang ini akan membukit ke arah belakang. Sebaliknya, untuk mendapatkan "posture" kerongsang yang sempurna, bahagian belakang kerongsang perlu lah di susun se "flat" yang mungkin, agar kemas di pakai dan tidak menunduk akibat saiz dan kepadatan. 

Saya juga telah jatuh cinta bila melihat si merah pahlawan yang menawan ;)

Baru keluar "oven", sedang di rehatkan dan perlu di edit lagi selepas ini



pandangan tepi: ketinggian kerongsang ini kira-kira 3cm, kurang 0.5 cm dari ketinggian kotak silver di belakang

0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP