Showing posts with label bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga. Show all posts

Hari Kraf Kebangsaan 2014

>> 24 September 2014

Bagi yang musykil, Hari Kraf Kebangsaan 2014 (HKK 2014) memang dah lama berlalu, iaitu pada bulan Februari. Al kisahnya, hari ni ketika sedang mengemas-ngemas dan membuang pelbagai sawang dan habuk-habuk dalam komputer, terjumpa lah folder HKK ni. Gambar-gambat yang diambil dah cantik-cantik jer standby untuk di blog kan. Tapi mungkin telah berlaku beberapa gangguan, maka  telah terbengkalai lah projek itu. Tanpa membuang masa, mari sama-sama selongkar folder ini :) 

Dimulai dengan patched-wall-hanging yang cantik ni. Memang meliur bila tengok jahitan nya sebab kemas dan cantik sangat. Harga pun cantik juga, berbaloi dengan effort untuk menyiapkannya. Sempat juga saya bersembang lama dengan kakak yang tuan empunya patchwork ni. Walau ni dah bulan september, tapi kemesraan akak ni masih segar diingatan saya. Nak tau kenapa? 1. Sebab akak ni tak sibuk nak push kita beli barang dia. 2. Akak ni encourage saya untuk buat sendiri setelah tahu saya pernah belajar buat patchwork ni. Dia cakap "senang je dik, pakai mesin biasa pun boleh". Nasib la masa tu sedar sedang berada di HKK. Kalau tak, mau je rasa macam nak amik kain dari booth sebelah dan gunting - gunting :)




Seterusnya, kraf bunga. Siapa tak suka bunga? Saya belek2 agak lama juga dubahagian kraf bunga ni. Cuba nak fikir juga macam mana dia buat kuntum2 ni, cantum-cantum dan terus jadi pokok bunga. Kelopak bunga pada gambar ke dua ni kalau tak silap dibuat daripada daun getah. Memang marvelous. Tengok yang dalam frame tu. Ada kombinasi kraf bunga dan lukisan tangan. 2 kali tengok macam canting batik lah pulak, tak pasti.









Ok, rehat sebentar tengok barang-barang perempuan, dan beralih kepada seni yang dipelopori oleh kaum abang-abang yang berani main api. Lupa nak beritahu, tahun ni sedikit ada kelainan kerana pergi HKK dengan Encik Abang. Jadi untuk ambil hati dia (dan agar dia tidak kebosanan), layan lah kejap booth buat botol dan keris ni. Memang layaklah untuk mereka kan. Kalau Cik Kiah yang buat, mau meleleh mekap dan maskara dibuatnya.



Terompoh. Rasanya tiap-tiap tahun pun blog post pasal terompah ni saya tak pernah miss. Suka sangat dengan painted terompah macam ni. Rasa macam nak beli je, tapi kalau beli tak tau nak letak mana ya. Tapi sebenarnya dah lama juga saya cuba untuk mencari terompah jenis biasa ni sebab nak pakai masa buat laundry (jaga kaki lah kunun). Kalau ada jual, confirm saya dah beli.(Siapa tau mana ada jual terompah biasa ni, please)

 
Kraf hasil laut - kerang, terumbu, dan entah apa lagi saya pun tak tau..kurang fokus dalam bidang seni ni so vocab pun taklah berapa kaya. Tapi wah cantiknya kalau dapat letak dalam almari antik - yang berkaca lutsinar dan ada lampu suluh di dalam nya. Apa pun, kene beli almari tu dulu ya :)


Seni ukiran. Yang ni pun saya sangat-sangat suka. Tengok ukiran katil tu, tak de chance nak sidai towel kecik atau sejadah kat headboardnya..Yang ni, kene beli rumahnya dulu :)



Ok, berjumpa lagi di HKK 2015 pula.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Hydrangea

>> 29 August 2012

Kali terakhir saya menulis entri berkenaan bunga adalah 3 bulan yang lalu, iaitu ketika saya sedang menghadiri kelas sulaman reben di kelas kelopak. Ketika itu, saya mempelajari teknik-teknik bagaimana untuk menyulam bunga Hydrangea dengan menggunakan reben satin dan bagaimana untuk menambah-baik dari segi tone warna agar bunga Hydrengea yang di sulam akan kelihatan "real".
(foto: Hydrangea merah, biru dan ungu)

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Bunga-Bungaan Malaysia - III

>> 14 May 2012

For English, click here

Guru saya berkata pada suatu hari " hari in kita akan menjahit bunga Hydrangea", dan dengan jujur saya bertanya "Hydrangea itu bunga apa Cikgu?"


Kemudian saya mendapat tahu ianya adalah "Bunga Tiga Bulan", dan telah lama wujud di taman di halaman bonda. 

Mengumpul koleksi bunga-bungaan ini agak mengujakan!


Alamanda Kuning/ Corong/ Allamanda cathartica

Sepit Udang/ Bird of paradise/ Heliconia

Matahari/ SunFlower/Helianthus annuus

Gambir Laut/ Wild jasmine/ Uncaria lancea

Delima/ Punica granatum

Ketapang/ Terminalia catappa

Letup-letup/ Passiflora foetida

Lily


Mata pelanduk/ Asdisia elliptica

Loceng

Credits to:
http://www.wildsingapore.com
http://www.btpnkedah.moe.edu.my

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Bunga-Bungaan di Malaysia - II

>> 10 May 2012

For ENglish, click here

Inspirasi untuk jahitan reben 


.
Bakung/ Poison Lily/Crinumasiaticum

Janda Kaya/ Mussaenda Pubescens

Bunga Tiga Bulan/ Hyrangea

Bunga Kantan/Ginger Bud/ Phaeomoria Speciosa

Misai Kucing/Cat's whiskers/Orthosiphon Aristatus

Kancing Baju/ Bidens Pilosa

Kemboja/ Frangipani

Kenanga/ Canangium Odoratum 

Kertas/ Bougainvillea



source:
http://armanadi.blogspot.com
www.phytomedicare.com
http://shw.cikliah.fotopages.com
http://impiana-iman.blogspot.com
http://www.btpnkedah.moe.edu.my

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Bunga-Bungaan di Malaysia - I


KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

CiptaaanNya.


For English, click here


Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum.
 (Ar-Rahman 55:12)



Hydrangea






jahitan dan sualman hydrangea

Peony

jahitan dan sualman Peony
 
Ros
jahitan dan sualman Ros


"Melur"


jahitan dan sualman Melur

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP