Kali terakhir saya menulis entri berkenaan bunga adalah 3 bulan yang lalu, iaitu ketika saya sedang menghadiri kelas sulaman reben di kelas kelopak. Ketika itu, saya mempelajari teknik-teknik bagaimana untuk
menyulam bunga Hydrangea dengan menggunakan reben satin dan bagaimana untuk menambah-baik dari segi tone warna agar bunga Hydrengea yang di sulam akan kelihatan "real".
|
(foto: Hydrangea merah, biru dan ungu) |
Read this in English
Selain kerana menghadiri kelas sulaman, saya juga tertarik mengumpulkan gambar-gambar bunga-bungaan di malaysia kerana meminjam sebuah buku yang di tulis oleh Ivan Pulinin dari Perpustakaan Negeri yang bertajuk
Plants and Flowers in Malaysia.
|
biru muda |
|
almost a heart-shape? |
Umumnya di Malaysia, Hydrangea lebih dikenali sebagai Bunga Tiga Bulan, dan tumbuh dengan berbagai warna - biru, merah, merah jambu, atau ungu. Umum juga mengetahui kelebihan bunga ini yang boleh bertukar warna iaitu hijau ketika kuncup, kemudian berubah menjadi putih dan mekar berwarna biru muda atau merah jambu, bergantung kepada paras PH dan kandungan alumunium di dalam tanah. Di katakan Hydrangea biru akan terhasil sekiranya kandunagan alumunium adalah tinggi dan sebaliknya warna merah jambu terhasil sekiranya kandungan alumunium adalah lebih rendah.
|
merah jambu dan biru |
|
putih |
Hydrange di katakan berasal dari Asia Timur dan selatan, dan sesetengan berpendapat ia berasal dari Jepun. Satu fakta yang menarik kerana baru-baru ini seorang teman yang sedang belajar di Jepun telah berkongsi gambar-gambar bunga ini yang tumbuh cantik di sekitar kawasan perumahan dan universiti beliau. Kelihatannya seperti ia tidak perlu langsung di jaga dan boleh sahaja tumbuh subur dengan sendiri.
0 comments:
Post a Comment