Hari ni mesin jahit tepi yang ter-rosak sudah siap dibaiki, dan saya pergi menjemput nya denagn penuh semangat. Pada hari miggu yang lalu saya telah menghantar nya ke kedai Singer di Seksyen 9 Shah Alam. Rupanya kedai tersebut telah pun berpindah di seksyen 24, di lokasi dimana saya selalu lalu-lalang dan berkata " oh! dekat sini pun ada kedai Singer".
|
Ini lah mesin bertuah itu, terbang RM55 ( amik gambar ni untuk nota setting sebenarnya) |
Projek jahit Inner Ninja Silang ni memang antara yang saya nanti-nantikan.
Sehari selepas berjaya menjahit
Inner Ninja biasa , dan pada lewat petang
di mana hujan telah turun dengan lebatnya (no computer, no tv = boring), saya
telah duduk diam-diam sekali lagi sambil membuat pola untuk projek ke 2
ini. Shape "badan" nya sama saja, kecuali kali ini awning nye memerlukan
2 keping kain yang di silangkan. Pola ini juga hasil inspirasi inner ninja silang cotton yang saya telah pinjam dari seorang kawan.
|
ninja versi beli - kain cotton |
Seperti biasa, untuk versi testing, saya hanya menggunakan lebihan fabrik yang ada. Kali ini, saya menggunakan fabrik jersey berwarna hitam.
|
tengah cantum kan 2 keping kain untuk bahagian awning |
Secara keseluruhan nya, proses mencantum nya tak susah pun. Yang susah hanyalah perlu bertukar-tukar mesin, dan benang <- antara aktiviti yang paling saya boring, selain keseluruhan tempat menjahit bertukar menjadi semak-samun.
|
bahagian silang yang telah di cantunkan |
Tada! akhirnya siap. Customize untuk saiz kepala saya yang sedikit besar dan panjang ini. (size inner cotton yang saya pinjam saiz nya sedikit kecil tetapi sesuai dengan kepala cik mannequin yang cumel)
|
siap! |
|
front view |
Pembaikan:
1. Gap silang tu next time saya nak besarkan
|
saiz inner yang besar, bukan sebab kepala cik mannequin yang jendul |
Projek seterusnya - nak jahit inner silang ni pakai fabrik cotton yang ada. Warna kuning raja silang dengan shocking pink, ok tak?
4 comments:
bole tolong ajar x cara2 buatnya?
berapa bayaran utk kos pengajaran buat inner nih?
terima kasih
Nor Marzuki
Kota Damansara
Boleh email request ini kepada saya di earnideas96@gmail.com. Nanti saya bagi detail.
Seronoknya menjahit. Cuma sy belum ada modal nak beli sendiri mesin jahit tepi. Susah dan leceh juga tiap kali menjahit nak kena hantar kedai upah jahit tepi.
Betul..betul...try beli mesin jahit tepin prelove..kt fb byk jer org jual...
Post a Comment