Tutorial: DIY Tudung Syria

>> 12 September 2012

Read this in English

Tutorial ini saya tujukan khas untuk seorang pelanggan yang baru-baru ini telah datang dari jauh, dan menghantar 2 helai fabrik lycra yang telah siap dipotong untuk fesyen Tudung Syria. Apabila di tanya kenapa tidak dijahit terus sahaja atau kenapa tidak dijahit kerinting di kedai sahaja. Jawab beliau pendek - Tiada mesin jahit cover-stitch dan tak minat tudung yang berkerinting. Tutorial ini adalah inspirasi dari beliau (selain untuk memanaskan enjin mesin-mesin jahit sebab sudah lama tidak dipakai sejak membuat kraf)

(foto:1. Fabrik yang telah di potong) (1)bhgn hadapan (2) bhgn muka (3) bhgn bawah


Bahan-bahannya

- Mesin jahit lurus
- Mesin jahit tepi
- Mesin jahit cover-stitch
- Alat-alat jahitan standard
- Benang matching color - 2-3 tungkul
- Keinginan untuk mejahit tudung



  
2. Bahagian dagu: Edit sedikit, di hujung nya perlu di "flat" kan sedikit.


3. Bahagian hadapan -temukan dengan jahitan lurus 

4. Bahagian hadapan yang telah ditemukan

5. Bahagian hadapan: Jahit tepi (dari sebelah dalam)


6. Bahagian hadapan: Jahitan tepi yang sudah siap (p.s: jika ada mesin industri yang bagus, langkah 3-6 dipendekkan dgn 1 langkah sahaja)

7. Bahagian muka: Lipat dan pin di sepanjang nya,ukuran kira-kira 1.5cm

8. Bahagian muka: Seterika untuk kurang kan "jahitan melompat" (Hanya utk mesin cover-stitch portable), kalau pakai mesin industri boleh terus jahit sahaja

9. Bahagian muka: Jahit cover-stitch di sepanjang bahagian yang di pin tadi. Jahitan adalah dari sebelah luar kain

10. Bahagian muka: Periksa jahitan cover-stitch dari sblh dalam. Lihat jika ada "jahitan melompat"- kejadian biasa jika menggunakan mesin portable cover-stitch. Jahitan melompat ini mudah terbuka jika tidak di edit (lihat bulatan yang di highlightkan)

11. Bahagian muka: Tandakan bahagian yang ada "jahtitan melompat" dari sebelah luar ((lihat bulatan yang di highlightkan)

12. Bahagian muka: Jahit semula dibahagian yang ada "jahitan melompat itu". Jika perlu, boleh buka dahulu jahitan yang "yang melompat" itu sebelum di jahit semula

13. Bahagian muka: Siap, dan potong lebihan fabrik pada hujung jahitan cover-stitch dari sebelah dalam (jika ada)

14. Bahagian bawah: Edit bahagian hadapan, re-draw balik jadi cantik bulat dan diflatkan sedikit

15. Bahagian bawah: gunting bahagian yang tidak cantik itu

16. Bahagian bawah: Pin kan dan seterika ( sama dengan langkah 7-8)

17. Bahagian bawah: Ulang langkah 9 sehingga 13

Sudah siap: ada 2 helai (insert)

Pola yang sempat di cetak - boleh trace dari mana-mana tudung yang sedap di pakai. (ehem..bercita2 untuk menjahit untuk diri sendiri selepas ni)

Alter anak tudung pelanggan - sebelum dan selepas: Patern berinovasi yang tak pernah saya jumpa - terbelah dibelakang. Nanti lah saya buat tutorial lain pulak untuk ini

Sekian

9 comments:

Unknown 12 September 2012 at 17:19  

senang jer kan cuma nak kena ada mesin jahit yang berkualiti lah

Jahitjahitan 14 September 2012 at 00:38  

betul tu. senang kalau ada mesin industri. kalau tak, kain jenis memeri mcm ni mcm2 hal jugak. yang sekejap boleh jadi lambat :)

Unknown 25 March 2013 at 09:29  

sy jahit kai tangan jek kak sb mlas nak pasang mesin...:p

Jahitjahitan 25 March 2013 at 11:07  

pon boleh..mak2 kita zaman dulu jahit semua bende pakai tangan je :)

Unknown 3 May 2013 at 11:53  

kalau cam tu braper nk caj..

Jahitjahitan 3 May 2013 at 12:00  

Hi impian impiana. Maaf, kurang jelas soalannya ni. Bole call/sms saya di 010-4270267 atau email earnideas96@gmail.com. T kasih

Unknown 29 January 2014 at 17:28  

minat cm susah skit.kain lain boleh buat selain kain lycra.

Unknown 29 July 2015 at 10:34  

Do you need Personal Loan?
Business Cash Loan?
Unsecured Loan
Fast and Simple Loan?
Quick Application Process?
Approvals within 24-72 Hours?
No Hidden Fees Loan?
Funding in less than 1 Week?
Get unsecured working capital?
Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
================================
*Commercial Loans.
*Personal Loans.
*Business Loans.
*Investments Loans.
*Development Loans.
*Acquisition Loans .
*Construction loans.
*Business Loans And many More:

LOAN APPLICATION FORM:
=================
Full Name:................
Loan Amount Needed:.
Purpose of loan:.......
Loan Duration:..
Gender:.............
Marital status:....
Location:..........
Home Address:..
City:............
Country:......
Phone:..........
Mobile / Cell:....
Occupation:......
Monthly Income:....

Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP