Hari Kraf Kebangsaan 2012

>> 5 January 2012

Antara lawatan berkala tahunan di dalam diari saya adalah melawat Hari Kraf Kebangsaan. 

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, lawatan ke Hari Kraf Kebangsaan di Jalan Conlay adalah antara acara tahunan yang dilawati. Selain menjamu mata melihat pelbagai produk tempatan yang di pamerkan, antara perkara yang wajib yang akan dilakukan adalah mengutip phamplet/brouchure dan business card daripada peserta-peserta, selain mengisi borang-borang maklum balas bagi mendapatkan "free gift". 

Pada tahun ini, Hari Kraf Kebangsaan 2012 di jadualkan akan berlangsung pada 21 Mac sehingga 2 April 2012 di Kompleks Kraf Jalan Conlay. Seperti tahun-tahun lalu, pengunjung pasti perlu memarkir kenderaan di beberapa tempat parkir yang disediakan, dan menggunakan perkhidmatan shuttle van disediakan untuk pergi ke Kompleks Kraf. Sekiranya anda tidak mahu bersesak-sesak di tempat parkir, di tempat makan dan di setiap ruang legar pameran, pastikan anda datang semungkin awal pagi. Dan jika anda berminat untuk membeli barangan kraf dengan potongan harga yang menarik, datanglah pada hari terakhir pameran kerana kebiasaannya, harga "lelong" akan di tawarkan.

Berbalik kepada permulaan perkenalan saya kepada seni sulaman reben ( ribbon embroidery), pada 27 Februari 2010 yang lalu, saya telah membuat lawatan tahunan ke pameran Hari Kraf Kebangsaan dan secara kebetulan, telah melewati ruang pameran yang di miliki oleh sifu yang telah menulis buku sulaman reben pertama yang pernah dibeli. Disitu di pamerkan pelbagai produk hasil dari seni sulaman reben yang sangat cantik dengan pelbagai teknik yang tiada didalam buku. Saya mula berkenalan, dan bertanya pelbagai soalan, termasuk kursus dan latihan yang di tawarkan, selain sempat mengambil gambar bersama.



Gerai jualan sulaman riben



sulaman riben pada bantal


Jangan lepaskan acara ini pada 21 Mac sehingga 2 April 2012 ya!

0 comments:

Post a Comment


This is what happening to me:
kumpul DIY kraf, archive Blogger Tips, tulis pasal kesihatan, dan pergi perpustakaan. Post-post terkini seperti dibawah.

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

My Photo
Ros Ros
Passionate about sewing, embroidery and crafts, love to read and write, to give and receive, and to self-nurture. 
View my complete profile

Followers

Google+ Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP