Pengenalan Reben Untuk Sulaman - Bahagian 1

>> 20 February 2012

riben-riben yang berwarna warni













Reben (Ribbon) secara am nya mempunyai banyak kegunaan. Kalau dahulu, keperluannya hanya sebagai fungsi "mengikat" (seperti pengikat rambut), kini kegunaan nya telah meluas kepada seni kraf  dan dekorasi, seperti hiasan pada pakaian, dompet dan bag.

Terdapat berbagai pilihan reben, dari segi tekstur dan kualiti, warna dan saiz yang berbeza dipasaran. Terdapat reben yang mempunyai tekstur yang tebal, nipis dan jarang. Ada yang biasa dan ada pula yang berkilat. Sebagai contoh, kebiasaan reben satin yang banyak di jual di Malaysia mempunyai satu sisi yang berkilat dan satu lagi sisi yang tidak berkilat. 

Dari segi kualiti, terdapat bebrapa jenis reben yang mudah terkoyak, atau berubah bentuk semasa ditarik menembusi fabrik, dan juga "kaku" setelah di tarik menembusi fabrik, lalu memberi hasil sulaman terakhir kurang menarik. Berhati-hati dalam membuat pilihan reben, kerana tidak semua reben adalah sesuai untuk membuat sulaman. Sebaiknya, gunakan reben yang tidak terlalu tebal agar tidak merosakkan fabrik ketika proses sulaman.

Dari segi pemilihan warna, terdapat reben yang hanya mempunyai satu warna, berbagai warna (multi-colored) dan bertone. Kesemua ini akan memberi "impak" dan dimensi yang berlainan, sekiranya di gunakan untuk membuat sesuatu corak sulaman. Sebagai contohnya,reben yang mempunyi tone warna akan memberikan hasil kuntuman "folded rose" yang lebih cantik berbanding menggunakan reben yang hanya mempunyai satu warna.

 2 tone ribbon

Terdapat juga pelbagai teknik mewarna (dying) seperti " Dip Dying Technique" dan "Edge Dyed technique" untuk mengubahsuai reben satu warna menjadi multicolored atau bertone, tetapi teknik ini selalunya hanya digunakan untuk hasil sulaman yang tidak perlu di cuci, seperti hiasan dinding. Perlu berhati-hati sebelum membuat sulaman terutamanya pada fabrik yang perlu selalu di cuci kerana terdapat reben yang di hasilkan dengan kuali rendah dan luntur apabila terkena air. Oleh itu, adalah bijak sekiranya anda mencuba terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang sulaman.

Untuk saiz reben, terdapat 2 jenis unit popular yang digunakan iaitu inci dan mm. Kebanyakan reben yang boleh didapati di kedai kraf adalah menggunakan unit inci, manakala yang di import (terutamanya dari US dan UK) menggunakan unit mm. Saiz yang biasa didapati dalam unit inci adalah 1/4, 1/2, 1.5, 2 dan 2.5 inci, manakala saiz yang biasa untuk mm adalah 2,4,7, dan 13mm. Secara umumnya, jika besar saiz riben yang digunakan, maka besar juga sulaman yang dihasilan, dan sama sebaliknya.


Entri hadapan: Jenis-jenis reben

0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP