Tote - Bahagian 1
>> 18 February 2012
Maaf teman, blog ini sudah setahun "overdue".
Suatu hari pada tahun lalu, saya telah pergi ke Ikea bersama seorang teman, yang datang jauh dari Pulau Pinang. Saya berhenti di bahagian fabrik langsir, dan membeli beberapa potong kain. Teman bertanya - hang nak jahit langsir ka? Saya jawab - tak, jahit Tote.
Beberapa bulan berselang, teman menghubungi saya dan bertanya - di mana gambar Tote yang hang dah jahit hari tu. Aku nak tempah untuk door gift kenduri. Saya jawab - Nanti aku share dalam blog.
Dan selepas setahun, ini lah blog itu.
Untuk tote ini, jenis fabrik yang saya di gunakan adalah American Cotton, (bukan fabrik dari Ikea), bersaiz 37cm x 34cm, dan tali berukuran 55cm panjang yang diperbuat daripada fabrik yang sama. Cara mudahnya, hanya gunakan kan tali bag/tote ready-made (ada di jual), tetapi secara personal, saya dapati teknik itu kurang kemas.
Tote ini di jahit dengan "full batting" dan "lining", mempunyai poket untuk handphone di sebelah dalam. Kekemasan dibahagian atas pula menggunakan "magnetic snap" jenis biasa, iaitu yang hanya perlu dijahit, dan bukan di tebuk.
Tote ini saya namakan "Pee Tote", atas alasan motif fabriknya seperti dibawah
3 tote sekawan ini, adalah antara yang juga telah dijual pada tahun lalu dengan harga, bermula RM20, tergantung kepada jenis dan harga fabrik yang digunakan. Dijahit dengan spesifikasi yang sama dengan Tote Pee, kecuali untuk kekemasan di bahagian atas - ada yang menggunakan kan magnetic snap jenis jahit, tebuk, dan ada yang hanya menggunakan velcro.
Dari kiri, saya namakan Tote Carrot, kerana fabrik yang bermotif carrot. 2 tote seterusnya, adalah yang menggunakan fabrik ikea, yang mempunyai blok-blok motif yang berlainan dalam satu fabrik. Contohnya blok motif sangkar burung di atas berada pada sekeping fabrik yang sama dengan blok motif Tote Biru dibawah. Tote Biru ini juga mempunyai saiz yang sama, kecuali tali yang lebih panjang, iaitu 65cm. ( Gambar tidak jelas kerana tahun lalu hanya mempunyai cameraphone)
Gambar-gambar untuk pandangan dari sebelah dalam akan saya kongsi pada entri hadapan.
Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, sila emailkan kepada EarnIdeas96@gmail.com.

Tote menggunakan fabric American Cotton |

Motif "I have to pee" |
3 tote sekawan ini, adalah antara yang juga telah dijual pada tahun lalu dengan harga, bermula RM20, tergantung kepada jenis dan harga fabrik yang digunakan. Dijahit dengan spesifikasi yang sama dengan Tote Pee, kecuali untuk kekemasan di bahagian atas - ada yang menggunakan kan magnetic snap jenis jahit, tebuk, dan ada yang hanya menggunakan velcro.
Koleksi tote yang telah di beli oleh pelajar kolej. |
Dari kiri, saya namakan Tote Carrot, kerana fabrik yang bermotif carrot. 2 tote seterusnya, adalah yang menggunakan fabrik ikea, yang mempunyai blok-blok motif yang berlainan dalam satu fabrik. Contohnya blok motif sangkar burung di atas berada pada sekeping fabrik yang sama dengan blok motif Tote Biru dibawah. Tote Biru ini juga mempunyai saiz yang sama, kecuali tali yang lebih panjang, iaitu 65cm. ( Gambar tidak jelas kerana tahun lalu hanya mempunyai cameraphone)
Tote dengan tali yang lebih panjang |
Gambar-gambar untuk pandangan dari sebelah dalam akan saya kongsi pada entri hadapan.
Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, sila emailkan kepada EarnIdeas96@gmail.com.
0 comments:
Post a Comment