Punch Needle
>> 5 April 2012
Bila bercerita tentang punchneedle, ramai yang berkata - dulu masa zaman sekolah cikgu pernah ajar. Ada juga yang tidak pernah mendengar tentangnya, seperti saya.
Segalanya secara kebetulan. Pada suatu hari, ketika menyusuri dan meramaikan pejalan kaki di Stesyen LRT KL Sentral, sebuah buku di atas rak jualan buku terpakai telah menarik perhatian saya. Seperti biasa, saya membelek-beleknya dengan begitu lama, menikmati setiap keindahan gambar-gambar tenunan dan jahitan punchneedle yang ada didalam nya. Setelah selesai membuat pembayaran, saya kembali asyik membelek-belek buku ini di dalam LRT dan di pejabat.
Agak lama juga selepas itu, baru saya menemui sebuah kedai yang ada menjual alatan-alatan untuk jahitan ini.
Anak ayam kuning - menggunakan 3 strands floss |
Punchneedle utk 3 strands floss, 6 strands floss, gauge dan Needle threader |
6 strands floss |
Projek punchneedle pertama
Bunga - menggunakan 6 strands floss, weaver's cloth DMC (cotton) |
4 comments:
d mana nak dapatkan punch needle ni ... lama dh cari tpi x jumpa
yang murah utk 3 strands benang saya beli di kedai kraf di usj (tak ingat nama kedai)..yang jenis mahal ada jual di kedai kraf di ampang park - tingkat 2. ada jual kit juga.
Kak ros.. ade fb x??
Facebook.com/jahitjahitan
Post a Comment