Selamat Hari Ibu
>> 16 May 2012
For English, click here
Hari yang agak panas-perit, saya dijamukan secawan kopi yang di bancuh dengan agak pekat. Kandungan kandungan caffeine yang tinggi ini pasti boleh membuat sakit kepala (yang sedang di hadapi) semakin tenat.
Saya dihubungi oleh seorang pembekal bahawa bekalan baru benang emas untuk sulaman tekad telah tiba dan akan di hantar kepada saya dengan kadar segera. Projek tekad ini adalah projek terbaru yang di ilhamkan oleh saya dan kakak saya, dengan khidmat nasihat ibu kami.
Pada masa lalu, seni menjahit tekad ini diajar secara turun-temurun kepada semua gadis-gadis pada usia yang sangat muda. Pada masa ini, seni menjahit ini semakin pupus dan jarang-jarang di warisi.
Mengikut kebiasaannya, benang emas akan dijahit dengan teliti pada fabrik velvet dengan motif bunga-bungaan yang menarik. Kebiasaan produk-produk yang dihasilkan adalah untuk persiapan majlis perkahwinan.
Pada cuti yang lalu, saya berkesempatan untuk mengambil beberapa foto produk-produk tekad yang di hasilkan oleh ibu saya, yang kebanyakannya, sudah berusia puluhan tahun.

Kasut pegantin perempuan |
kasut pengantin lelaki |
bantal |
kipas tangan |
kipas tangan |
hiasan untuk langsir |
Tiara? |
Tidak pasti untuk apa |
Tidak pasti |
0 comments:
Post a Comment