New Ribbon embroidering Project
>> 19 May 2012
For English, click here
Sehari yang panas, saya tertidur dengan nyenyak pada lewat petang untuk beberapa jam yang merehatkan, dan kembali bangun dengan berasa sedikit letih, dengan tekak yang tidak selesa dan seakan mahu demam. Kali terakhir saya deman, lebih setahun yang lalu.
Saya merehatkan diri hampir semiggu lamanya, dari reben dan jarum, dan memulakan projek baru selepas itu. Objektif saya kali ini adalah untuk mencuba teknik-teknik jahitan dan sulaman reben baru, dan mengasah teknik yang sedia ada. Saya menyasarkan untuk menyiapkan projek ini dalam tempoh 3 hari. Tidak mahu membuang masa yang panjang untuk merancang "dimana untuk di jahit apa", saya telah mengambil satu patern sedia ada yang telah dikongsikan oleh guru saya (yang saya gemari) sebagai rujukan dan panduan.
Saya hanya menggunakan semua bahan asas yang sedia ada, diantaranya adalah kain kapas tebal berwarna kuning sederhana, yang mendapat komen dari cikgu sebagai - terlalu tebal dan kurang sesuai untuk membuat sulaman dan jahitan reben. Komen yang bertepatan, bukan sahaja memberi kesakitan pada jari-jemari malah tekstur reben menjadi sedikit berkedut dan memberi hasil akhir sulaman dan jahitan yang kurang sempurna.

Cubaan terbaik, selepas 3 kali mencuba (di atas kain lain yang saya labelkan sebagai "my mini-lab") |
Hasil akhir |
Bunga ini menghadap tenggara. |
rose yg segar -mendapat pujian dari cikgu dan kawan-kawan |
pandangan tepi |
kombinasi jahitan fishbone and french-knot |
yang paling sukar untuk di realisaikan dari contoh sebenar. Saya berniat untuk memperbaiki jahitan ini selepas ini |
background yang di warnakan. |
2 comments:
cantik sgt...
Terima kasih cik Hannah ;)
Post a Comment