Rambut Palsu

>> 31 May 2012

For English, click here

cantik kalau di hiasi dengan bunga


Saya menjamu sepinggan penuh nasi ayam, bersama teman setia iaitu teh ais di sebuah restoran. Menikmati hidangan tengahari sambil menonton program astro, dan di bil dengan murah (pelanggan setia), satu pengalaman yang sempurna.

Kemudian saya telah mengunjungi sebuah gedung borong yang berdekatan. Pertama kali selepas hampir setahun. Ketika menghampiri gedung, barisan lori yang penuh dengan timbunan batu dan pasir mengekori. Tidak jauh, tersergam megah sebuah bangunan baru yang berkeluasan lebih 10 kali ganda besar dari gedung sedia ada. Mempunya lebih dari 5 tingkat, dengan tempat letak kereta bertutup, kemudian saya di beritahu ia adalah penempatan baru untuk semua peniaga dan akan siap dalam tempoh yang terdekat.

Saya menyusuri blok berwarna hijau dan mencari-cari dengan tangkas satu permainan baru - "sekepala" (penjodoh bilangan?) rambut palsu berwarna hitam dan panjang. Setiap kedai yang saya pergi dan bertanya, setiap kali itu juga saya di beri pandangan sinis oleh si penjual, mungkin kerana melihat saya memakai tudung.

Akhirnya, saya berjaya menjumpai rambut palsu yang di jual dengan harga berpatutan. Kali ini sebeleum di tanya, saya cepat2 memberitahu - ya, saya memakai tudung, tetapi saya suka memakai rambut palsu ketika memasak, salah ke? Semua pelanggan lain yang berada di situ ketawa dengan ria, mengundang suasana jenaka. 

Kenapa saya perlukan "sekepala" rambut palsu? nantikan jawapan nya dalam blog di hadapan.

2 comments:

Anonymous,  3 July 2012 at 18:16  

saya nak tye, kt mane kedai rmbut palsu ni ye? ssh sgt nk cari kedai yg jual rambut palsu yg harga berpatutan.

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP