Bunga Dari Fabrik:

>> 10 June 2012

For English, click here

Lewat petang ahad, saya duduk malas di atas kerusi kegemaran saya dan membuat justifikasi ke atas perkara-perkara yang telah berjaya saya capai sepanjang minggu ini:

1. keronsang bunga buatan sendiri dari fabrik satin

Sepanjang minggu, saya begitu fokus untuk menyelesaikan projek ini, membuat cubaan demi cubaan bagi menghasilkan saiz yang standard, selain untuk memastikan kelasakan dan praktikaliti dalam pemakaian.

 keronsang merah-cili dipakai pada bahu
Sejak akhir ini, saya berhati-berhati ketika melakukan proses "edging" dimana ditakuti menghidu lebihan asap dari lilin untuk jangka masa yang agak berlarutan mungkin akan memudaratkan. Saya teringat satu slot lucu dari sitcom kegemaran saya suatu ketika dahulu yang bertajuk Seinfeld. Susan iaitu tunang kepada George telah meninggal dunia beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka, kerana telah "menjilat" terlalu banyak sampul untuk jemputan majlis. Hanya kerana sampul surat dibeli oleh George (yang kedekut) dengan harga yang murah dan mengandungi kandunagn toksid yang membahayakan!

Ironinya, saya berfikir, keadaan ini adalah logik untuk terjadi. Dengan kerisauan ini, saya telah mengambil langkah bijak dengan memakai penutup hidung (mask) sebagai langkah keselamatan yang mematuhi standard EHS. Apapun, pengalaman memakai penutup hidung ketika perlu menutup semua suis kipas benar-benar mencabar.
penutup hidung dengan corak kitty
2. Kelas melukis Aryclic di Galeri Kelopak

Sambungan kepada kelas-kelas terdahulu.
Jika dahulu kami telah mempelajari teknik canting batik sebagai hiasan kanvas, kali ini kami telah di dedahkan kepada teknik melukis menggunakan warna acrylic. Proses yang sama perlu di lalui - menyiapkan lukisan sabagai hiasan belakang dan kemudian perlu membuat jahitan dan sulaman reben dengan motif-motif bunga. Untuk kanvas yang pertama ini Saya tidak bercadang untuk tidak membuat sebarang jahitan atau sulaman, sebaliknya  akan menyiapkan sepenuhnya hanya dengan lukisan acrylic (agar boleh di jadikan sebagai rujukan di masa hadapan), kemudian beresolusi untuk menyiapkan dalam minggu ini. Sebaliknya, hanya pada kanvas ke dua akan saya gandingkan lukisan acrylic bersama gabungan sulaman dan jahitan reben (resolusi ke 2?). Saya akan menulis lagi untuk perkembangan projek ini.


terhenti di sini selepas kelas


3. Berpindah bilik
Kebelakangan ini, cuaca agak panas dan sedikit mengganggu tidur malam. Seperti setiap tahun, rutin ini akan pasti akan saya lakukan, iaitu berpindah dari bilik panas ke bilik sejuk. Bilik panas adalah bilik terpanas di unit ini kerana menghadap langit barat dan setiap hari, akan melalui proses pemanasan melampau pada sebelah petang. Bilik yang sejuk pula, berada pada kedudukan timur - lebih sejuk, redup dan gelap, baik pada waktu pagi, petang dan malam. Percata atau tidak, saya boleh tidur sepanjang hari di dalam bilik dengan memakai selimut.

4. Menukar tombol pintu
Setiap kali perlu menukar tombol pintu, saya akan berdoa kepada Tuhan agar menguniakan saya kemudahan dan keajaiban. Pengalaman menukar tombol pintu sebelum ini berjaya, tetapi sangat tidak menyeronokkan

pintu dan sudah lusuh dan tua - lubang pintu selepas tombol lama di keluarkan

membaca manual dari set tombol baru - akhirnya di buang sahaja kerana hampir tidak membantu

berjaya! lubang pintu tidak bersesuaian dengan set tombol baru. Hanya berjaya setelah di gabungkan set baru dengan beberapa perkakasan dari set lama. pelajaran: bukan semua tombol pintu (atau rumah?) di reka dengan standard ISO!

5. Menukar mentol lampu terbakar
Pencapaian yang paling besar dan membanggakan - kerana keadaan bergelap telah dibiarkan dengan agak lama

ruang balkoni - mentol telah terbakar lebih setahun lalu. Saya menggemari suasana bening yang diperolehi apabila lampu ini di nyalakan pada waktu malam

ruang masuk - saya mengambil sedikit masa untuk membuat penyelikan bagaimana untuk membuka lampu sarang burung ini dan mengeluarkan mentol yang telah lama terbakar.



0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP