Dari Model Tudung ke Model Aksesori Rambut

>> 7 June 2012


For English, click here
 
Jawapan kepada solaan entri dahulu - tujuan saya membeli rambut palsu sintetik adalah untuk di pakaikan  pada patung pameran saya yang botak.

cantik dengan rambut palsu baru. saya mengambil sedikit masa untuk membuat sanggul dan memakaikan sepit rambut ber bunga baru ini.

Kenapa saya mempunyai patung pameran.
Tidak lama dahulu, saya menghadiri seminar dan seorang teman datang menghampiri, dan mula membelek-belek tudung yang dipakai oleh saya. Berwarna biru dengan corak bunga dan berscallop antara bahu, apabila di tanya, saya memberitahu tudung ini di jahit sendiri. Beliau berminat dan terus membuat tempahan pertama (dan diikuti dengan tempahan yang seterusnya selepas itu) Begitulah bagaimana perniagaan tudung saya telah bermula.

Perniagaan telah berkembang, saya telah membeli sebuah patung pameran dengan wajah dan saiz sehingga ke paras bahu. Kekurangan nya, setiap kali saya perlu mempamerkan tudung yang di jahit, saya perlu meletakkan kan nya diatas sebuah tong sampah yang di terbalikkan, agak mendapat ketinggian yang sempurna. Tidak lama, saya telah membeli sebuah patung pameran dengan tubuh yang penuh,dari kepala ke kaki tetapi kemudian telah di juallan kepada seorang teman yang juga berkecimpung dengan perniagaan pakaian. Hari ini, saya berharap saya masih mempunyai nya agar dapat membuat pelbagai aksi magik dengan produk-produk yang bakal saya keluarkan.


ayu memakai tudung

patung pameran penuh - dipakaikan hijab labuh yang ditempah oleh seorang teman.




penyepit sanggul - berwana putih jebis "sheer"

pandangan hadapan

0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP