For English, click
here
|
Patern 4 (terbaru) |
Saya menyiapkan kerongsang dari fabrik baldu dengan motif bunga untuk patern ke 4 hari ini menggunakan kain velvet berkualiti yang saya gunakan unuk patern ke 2 tempoh hari. Sebenarnya kerongsang ini telah 90% siap sejak hujung minggu lepas, tetapi kerana tidak menyiapkan dengan kadar segera maka telah tertangguh selama seminggu.
Prosedur yang sama perlu di ambil - kain baldu perlu di proses, kemudian di potong mengikut patern yang telah dilukis terlebih dahulu pada kertas keras dan kemudian perlu di corakkan dengan menngunakan alatan khas.
|
kain baldu yang belum di proses |
|
kain baldu yang telah di proses, sedikit berkedut |
|
garisan dan lenturan dengan alatan khas |
Untuk hiasan tambahan, kali ini, saya menggunakan 2 jenis manik berwarna sederhana kuning yang di jahit membentuk bintang pada bahagian tengah kelopak kerongsang. Dan akhir sekali, tentunya perlu di pasangkan pin pada bahagian belakang sambil memastikan kelopak-kelopak tersusun cantik dengan lenturan yang natural.
|
saiz 2.5~3 inci |
|
di pin kan pada mannequin - close up |
|
di pin kan pada mannequin |
Di sini saya serta kan patern-patern kerongsang baldu yang telah saya hasil kan.
|
Patern 1 |
|
Patern 2 |
|
Patern 3 |
Untuk pertanyaan dan pesanan, sila tinggal kan pesanan anda di
FB jahitjahitan atau email ke info@jahitjahitan.co
0 comments:
Post a Comment