Kerongsang Tepi Tudung

>> 2 August 2012


For English, click here

Semalam saya mendapat pesanan "urgent" dari seorang pelanggan. Pada mulanya beliau memesan kerongsang ber bunga dari fabrik satin ini, yang bersaiz 3 inci untuk di pakaikan pada tepi tudung. Namun, saya mencadang kan beliau memesan kerongsang bersaiz 2 inci, kerana akan nampak lebih kemas dan bersesuaian.


Saya menyiapkan sehingga lewat malam semalam, dan tidak sempat untuk "mendandan" cik mannequin dengan tudung yang sempurna untuk sesi foto yang seterusnya. Sekadar menggunakan anak tudung dari kain t-shirt tebal yang mempunyai awning keras pada bahagian hadapan, dengan kekemasan jahitan "cover-stitch", yang juga di jahit sendiri beberapa bulan yang lepas.

Baru sahaja sesi foto bermula, baru kelihatan, rupanya bulu mata cik mannequin di sebelah kanan telah tertanggal dan tidak dapat di kesan. Patutlah cik mannequin kelihatan sedikit janggal. Akhirnya saya hanya mengambil foto beliau dari sudut yang sempurna, iaitu dari sebelah kiri.

pink

red chili

light purple

light blue

merah hati

di packing dalam kotak berwarna

telah di bungkus dan bersedia untuk di pos

0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP