April Give-away: Keputusan Brooch Percuma

>> 26 April 2013


Seperti yang telah di janjikan, pada bulan ini saya bermurah hati untuk memberi satu kerongsang dari fabrik satin percuma kepada visitor yang melawat dan mendaftar diri di blog saya. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada yang telah mengambil bahagian.

Inilah hadiah itu - satin biru muda bersaiz 3.5 inci

Dan seperti yang di janjikan, pada pagi Jumaat yang mulia ini, (26 April) saya akan mengumumkan pemenangnya! Dan berikut adalah snapshop brooch tersebut. Klik untuk mengetahui nilai harga brooch yang diberi percuma ini.


Klip pelbagai gaya 2-in-1, boleh pin dan boleh di klipkan juga
Saya telah maklum kan kepada kesemua pendaftar melalui Newsletetter tentang kaedah pengundian yang akan di gunakan, dan pada malam tadi (sekitar jam 12.46pagi), saya telah pun menjalankan proses pengudian tersebut, dan telah pun mendapatkan pemenangnya. Saya sertakan snapshop-snapshot tentang proses ini:





Snapshot senarai pendaftar - ramai juga, terima kasih! (*blur untuk tujuan privasi)
Pemenang bertuah itu adalah yg tersenarai pada no 7!






Dan nama pemenang yang tersenarai pada no 7 - Cik Hasra dari Kuantan!

Kepada Cik Hasra dari Kuantan (Kelantan), tahniah! Kepada yang tidak berjaya, tunggu promosi berikutnya pula dan cuba lagi. Usaha Tangga Kejayaan, (..err..dan Majulah Sukan untuk Negara! ) Terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian.

Nota:
* Keputusan ini juga akan saya hantarkan melalui email kepada setiap peserta yang telah mendaftar. (sila check folder "spam" kalau tak jumpa)
* Saya akan menghubungi Cik Hasra melalui email sebentar lagi untuk mendapatkan butir-butir lengkap untuk tujuan penghantaran. (kalau tak dapat di hubungi dalam tempoh seminggu, saya akan buat proses undian sekali lagi, bermakna yang lain masih ada peluang untuk menang!)
update 26/4/2013 5.30pm : Cik Hasra telah pun melaporkan diri. Maka dengan ini, hadiah ni mmg konfem dapat kat die. Tq

update 27/4/2013 9.30pm: Kepada yang telah mendaftar selepas 25hb April, nama anda akan saya senaraikan di dalam siri Giveaway seterusnya. Terima kasih (sbb saya terlupe nak disable borang pendaftaran tuu..t kasih)

update 29/4/2013 : brooch telah di pos

update 30/4/2013: konsignment pos laju telah dihantar

0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP