Salam.
Pengunjung yang di hormati. Terima kasih kerana masih mengunjungi walau sudah hampir 5 bulan blog ini telah tidak di update; 3 bulan sibuk dengan persiapan hari perkahwinan dan kini sibuk melayari profil terbaru sebagai seorang isteri :)
|
inai di kaki sehari sebelum hari reception |
Persiapan hari perkahwinan buat sekadaran sahaja. 3 bulan persiapan rasa seperti 3 hari 2 malam dengan sarapan pagi percuma. Mana yang boleh dibuat, hanya di buat sendiri sahaja.
|
the making of bunga telur crepe |
|
lautan bunga telur crepe yang dah siap |
|
posing depan pelamin |
|
biru pelamin anganku: sepasu bunga telur crepe warna biru untuk match warna tema |
Hantaran pun buat sendiri juga. Selepas test pelbagai jenis bunga dan pelbagai jenis warna, akhirnya gabungan bunga hydrangea pink dengan bunga ros berwarna biru dan cream-peach lah yang jadinya
|
hydrangea |
|
ros cream- peach |
|
ros biru |
|
dawai, pembalut batang, cable-tie: buat je banyak2 lepas tu letak je atas dulang hantaran. |
Hasilnya:
|
samping lelaki |
|
kasut |
Gift pun buat sendiri je.
|
brooch reben ni sempat siap dalam 70 biji je |
|
sbb dah tak larat menjahit, beli brooch gayut kat GM. Pack cantik2 masuk dalam kotak gift dan tampal label nama pasangan pengantin dengan penuh kasih sayang:) |
|
ni gula2 lah dan bermacam bagai |
Dalam pada itu tersibuklah juga dengan aktiviti harian yang lain juga:
|
hadiah dari student pada akhir tahun |
Dan hari yang berbahagia pun sampai la. Snapshot gambar nikah
|
kurung moden cream bermanik (beli siap) dengan tudung half moon and awning bermanik. |
Dan pada hari bahagia:
|
dress warna biru dengan bermacam bagai aksesori |
|
side view (kerana aku malu) :) |
|
kat rumah mertua: kucing ni selalu je nak kacau daun, suka masuk bilik kami :) |
Dan gambar kami berbulan madu di Pulau Tioman. Lihat matahari yang baru nak muncul. Masa ni sekitar jam 6.50 pagi. Feeling rindu (..and short)
Tu sahaja update untuk hari ini. Kepada yang telah menghubungi saya untuk membuat pesanan, saya menyusun 10 jari meminta ampun kerana tidak dapat memenuhi pesanan itu kerana pelbagai kelengkapan menjahit masih berada di rumah lama.
|
kotak-kotak barang jahitan dan kraf yang telah di label. kotak kiri atas, label nya ada tertulis - benang emas, kaler warna ...(and the list continues) |
Doakan agar dipermudahkan proses memindahkan barang-barangan, dan paling penting, ada space di rumah baru agar aktiviti menjahit dan berkraf akan dapat dijalan kan semula dalam masa terdekat.
Jap, tak jadi habis lagi.
Adala sedikit aktiviti menjahit baru ni sbnrnya. Walaupun tiada kelengkapan jahitan, sempat lah juga buat bantal baru utk cushion set di rumah baru - recycle kekabu dari bantal lama. Rasenya ada amik gambar yang agak banyak juga semasa proses pembuatan ini terjadi - jahit 'batang bantal' (as what emak always called it), transfer kekabu dan menjahit semula "opening" pada "batang bantal" itu. Insyallah, ada masa saya akan menulis entri tutorial itu tidak lama lagi. (kalau perkataan "Tutorial" telah bertukar warna, sila terus klik terus je kat situ )
|
transfer kekabu ke batang bantal baru |
|
3 biji bantal cushion siap, tapi belum ada sarung |
|
combine 2 bantal jadi 1. Yang ni bantal span. (span yang berkualiti sbb beli kat sogo) |
|
bantal remake 2 jadi 1.kelihatan lazat untuk di tidur. |
Tu sahaja untuk hari ni. kali ni, konfem dah habis :)
0 comments:
Post a Comment