DIY Tutorial Basic Patchwork & Quilting - bahagian 1

>> 7 January 2015

Salam.

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan menulis Tutorial DIY untuk projek patchwork dan quilting yang baru selesai.  Kerana prosesnya agak panjang dan banyak gambar yang perlu diupload, DIY hari ini akan fokus untuk proses membuat patchwork dahulu. Proses Quilting akan saya tulis dalam blog entri yg akan seterusnya. 

Seperti ditulis di dalam blog entri terdahulu, projek yang baru selesai telah menghasilkan 2 helai  floor mat  bersaiz 45 x 31 dan 24 x 18 inci. Untuk tujuan asas, DIY ini adalah untuk menghasilkan floor mat yang bersaiz lebih kecil seperti dalam foto di bawah.

Beberapa perkara penting yang anda perlu ketahui:

1. DIY ini sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai asas dan baru mahu mencuba. Oleh itu sekiranya anda ada alatan menjahit asas dan mesin jahit sudah memadai. Bagi yang tidak mempunyai mesin jahit, anda juga boleh menggunakan jahitan tangan sepenuhnya.   

2. Ya, terdapat berbagai alatan khas untuk projek ini seperti rotary cutter, tracing wheel dll yang akan memudahkan anda untuk memotong dan menjahit dengan "precision". (Anda boleh refer kepada blog entri terdahulu untuk melihat senarai barang ini) Yang ni saya tak cover dalam DIY ni sebab ada baik sebagai permulaan, kita mulakan dengan projek yang mudah dan dengan alat jahitan yang kita ada dahulu. Dah faham konsep, boleh lah consider beli  barang2 tu untuk projek kemudian.


Blok Patchwork (Pactwork Block)

Blok Patchwork adalah terma di gunakan dalam proses membuat patchwork. Anda boleh mencantumkan 2 atau lebih potongan fabrik yang sama atau berlainan saiz dan warna untuk menghasilkan satu blok patchwork. Apabila selesai, blok2 ini akan di jahit dan dicantumkan untuk menghasilkan hasil patchwork terakhir.
Antara blok patchwork untuk DIY ini.

Berikut pula adalah contoh blok patchwork yang telah saya siapkan untuk projek patchwork yang masih dalam pembikinan ( dan tidak saya DIY kan lagi sebab prosesnya lebih rumit)

Projek Patwork biru baju sekolah: sebelah kiri adalah 4 blok patchwork asas (kanan( yang telah di cantum dan di jahit

Ketepatan

Measurement and precision adalah penting dalam proses membuat patchwork. Selain ketepatan saiz semasa memotong fabrik (using rotary cutter eliminates this issue), faktor utama yang menyumbang kepada precision adalah jenis fabrik. Anda tidak mahu fabrik anda "kembang" semasa menjahit. Ini adalah penting kerana untuk setiap blok patchwork yang dihasilkan, size matters :)

Oleh itu, jenis fabrik yang selalu digunakan untuk projek patchwork adalah fabrik cotton yang berkualiti tinggi seperti english cotton. Selain lebih lasak dan tahan lama , it pays the effort of patching and quilting it :)

Saya berpendapat jenis fabrik yang digunakan bergantung kepada end produk yang anda mahu hasilkan. Kalau comforter yg untuk dipakai setiap hari, english cotton dan seumpama memang lah yg paling sesuai. Tapi kalau setakat nak buat wall hanging besaiz sederhana, cotton biasa pun bole guna. Tips agar kain tak jadi "kembang" akan saya tulis dalam blog entri patchwork yang sedang dalam pembikinan nanti. 

Untuk tujuan DIY ini saya memilih untuk menggunakan heavy cotton sebab sesuai untuk dijadikan floor mat DAPUR yang perlu saya cuci selalu. Oleh kerana teksturnya yang sedikit tebal, saya hanya memilih bentuk square (segi empat tepat) sebagai asas designnya. Kedua fabrik merah dan coklat muda adalah leftover dari projek sulaman, manakala fabrik berbunga adalah leftover langsir rumah yang sedia ada.Tiada pembelian fabrik baru telah berlaku :)

Perancangan
Setiap projek jahitan perlukan perancangan agar anda boleh membeli fabrik dan supplies dengan secukupnya. Berikut adalah lakaran pelan yang telah saya hasilkan setelahmengambil kira saiz floor mat yang mahu saya hasilkan.

Pelan 1 - ada 6 blok utama, namelu A1, A2,A3, B1, B2, B3



Secara asas, ini adalah jumlah "square" 4 x 4 inci yang perlu saya sediakan. Kesemuanya ada 35 keping. Anda boleh memilih untuk memotong setiap 4 x 4 " square secara berasingan. Tapi saya ada cara yang lebih mudah.



Saya ingin melakukan ini dengan cara gabungan yang lebih mudah sperti di bawah. Bandingkan kiraan ini dengan gambar pelan 1 di atas.

Pelan 2
 Ok sekarang, kita dah boleh start :)

1.  Sediakan fabrik mengikut pelan 2. Sebagai contoh untuk menghasil kan kesemua blok A (A1, A2, A3) saya memerlukan

Gabungan
4 x 16 inci coklat - sekeping
4 x 16 inci - sekeping
kedua ini bila di jahit dan dipotong, akan menghasilkan 4 x 4 inci coklat-bunga sebanyak 4 keping. 

Gabungan
satu 4 x 12 inci bunga
satu 4 x 12 inci merah
kedua ini bila di jahit dan dipotong, akan menghasilkan 4 x 4 inci coklat-bunga sebanyak 3 keping. 

contohnya,  potong mcm kat bawah ni.

yang kiri, 4 x 14 inci babungan coklat - bunga
 

2. Cantum dan jahitkan setiap gabungan seperti dibawah. Tips: make sure basi (seam allownace) untuk setiap jahitan adalah sama. Saya mengikut lebar tapak mesin iaitu kira2 6mm.

3. Seterika kedua2 side jahitan. Selepas itu tandakan 4 inci untuk setiap satu seperti dibawah. Untuk gabungan coklat - bunga ni saya dapat 4 keping kesemuanya.




4. Ulang langkah 1-4 untuk kesemua gabungan seperti dalam pelan 2


5. Cantum dan jahit setiap gabungan untuk mendapatkan blok seperti di bawah. Ikut Pelan 1

blok A1, A2, A3

blok B1, B2, B3
7. Cantum dan jahit blok A1 dengan B1 = blok 1, A2 dengan B2= blok 2, dan A3 dengan B3= blok 3


8. Cantumkan blok 1, 2 dan 3. Ok dah Siap.


Nampak senangkan. Try buat ni dulu, misti anda akan mempelajari sesuatu :)

Tips tambahan.
1. Untuk langkah 1, setiap panjang kepingan saya selalu melebihkan 1/2 inci ( ie. 4 x 16.5 inci dan bukan 4 x 16 inci). Selepas di seterika, saya selalu gunakan triangle ruler untuk mendapatkan square yang lebih tepat. 

2. Seterika. Seterika. Seterika. Setiap kali selesai jahitan mencantum, selalulah seterika. Bila kemas, ukur akan jadi tepat. Bila seterika bole tau samada jahitan elok lurus atau senget. Do not stretch, but press. Terutama jika pakai cotton biasa.

3. Untuk saiz patchwork yang besar, selalu mulakandengan mencantumkan blok2 dari tengah.

4. Since kita tak pakai rotary cutter, dan hanya guna gunting, sila gunting se tepat mungkin. Untuk bentuk square ni sepatutnya lebih mudah.

5. Anda boleh ukur setiap blok yang siap untuk memastikan saiz adalah tepat sebelum menyambungnya kepada blok yang bersebelahan 

6. Setiap kali seterika saya amalkan agar seam allowance yang di jahit akan terbuka untuk mengelakkan cantuman jahitan seterusnya akan menjadi tebal dan tidak kemas. 


Ok tu sahaja DIY untuk patchwork untuk kali ini. Selepas ini sambungan DIY utk proses quilting akan menyusul. 

Bye
Majulah sukan untuk negara.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Basic Patchwork dan Quilting - Dimana hendak bermula

>> 6 January 2015


Tulisan saya hari ni tak de gambar. It could be a plain and boring text to read, but bagi yang berminat, mungkin boleh ambil pengajaran. 


Dalam tulisan saya terdahulu, saya menghuraikan perbezaan di antara jahtan Patchwork dan Quilting. Memandangkan penggunaannya sering di salah-pakai oleh segolongan ramai kita, saya berharap agar  huraian tersebut serba sedikit telah dapat memberi pencerahan. Selepas ini sekiranya anda melihat tawaran produk quilting yang menawan, anda sudah boleh terus dapat menilai samada harga yang di tawarkan adalah bertepatan atau sebaliknya.


Sebelum saya meneruskan tulisan DIY ini suka saya berkongsi pengalaman yang saya telah pelajari di dalam bidang ini. 

Untuk pengetahuan, projek patchwork ni adalah yang ke dua iaitu selepas lebih 10 tahun menyimpan sahaja skill yang telah dipelajari dari seorang sifu didalam bidang ini. (saya menghadiri kelas itu pada tahun 2000, wow). Beliau menyediakan modul patchwork for beginner (Basic) untuk kumpulan kami, dan ada juga menyediakan modul untuk intermediate dan advance level (which I did not attend). 


Ketika itu kami di beri option, samada mahu menghasilkan cushion cover atau pun comforter bersaiz bujang (selimut). Dalam ramai2 tu, hanya seorang dua yang mahu menyahut cabaran comforter  termasuk saya. Dan didalam kumpulan kecil tersebut, rasa nya saya seorang sahaya yang telah menyiapkannya ( comforter  itu saya masih gunakannya setiap hari sehingga ke hari ini, kini muat untuk 2 orang :) ). Sesuatu telah saya pelajari dan akan saya huraikan sebentar lagi.


Tidak di nafikan, saya telah melalui beberapa kesukaran untuk menyiapkan projek ini.


Tahukan anda, teknik asal menjahit patchwork dan quilting adalah dengan menggunakan jahitan tangna sepenuhnya .  Oleh itu, kata sifu kepada kami - tiada alasan untuk sesiapa untuk tidak mencubanya. Ceritanya, ada teman2 nya yang menjahit patchwork semasa bercuti di dlaam cruise. phewitt..

Kerana nak kan originality, saya pun pada mulanya menghasilkan setiap blok patchwork dengan jahitan tangan. Bila dah lama2, tak larat dan mula menggunakan mesin jahit. Bila pakai mesin pulak, berbagai juga cabarannya. Anda tahu perbezaan antara short-arm dan long-arm sewing machines? Bole cuba google. Bayangkan lebar selimut yang perlu saya sumbatkan di celah "short-arm" mesin portable saya semasa cuba untuk membuat quilting menggunakan mesin. Bila dah rasa susah, balik pakai jahit tangan balik :) Sesuatu telah saya pelajari dan akan saya huraikan sebentar lagi.


Pada permulaan sesi, kami diberi set fabrik Pure English cotton (berharga RM20+ - Rm30+ semester) berupa keratan2 fabrik berlainan warna dan motif. Kesemuanya cukup untuk menghasilkan 6 blok patchwork berlainan corak. Sesuatu yang saya tidak fahami ketika itu, 6 block patchwork (nanti saya huraikan apa itu block patchwork) tak cukup untuk membuat sehelai comforter, dan  saya perlu membeli sejumlah fabric tambahan untuk menyiapkan comforter tersebut. 


Secara ringkas, kit yang di sedikan adalah seperti berikut
-    Fabric Pure English Cotton
-    Tracing wheel & tracing paper
-    Quilting thread - benang
-    Patchwork block – buat dari kertas tebal
-    Batting
-    Backing fabric – utk lapisan paling bawah comforter
-    Rotary cutter and mat – option – yang ni saya tak beli.
-    Rasenye tu aje, unless saya terlupa


Dipendekkan cerita, akhirnya comforter tu siap juga. Tapi bagi saya ia adalah satu pengalaman yang so-and-so dan mungkin kerana itu, saya menunggu lebih 10 tahun untuk memulakannya semuala. Berikut adalah beberapa pelajaran yang telah saya pelajari 


-    Sekiranya anda adalah seorang beginner, mulakan dengan cabaran yang simple. Cuba elakkan untuk mengambil cabaran yang sukar seperti saya,yang cuba menjahit sehelai comforter. (mungkin bagi yg lain ini adalah mudah). Instead, cuba mulakan projek yang mudah dan murah dulu. Anda tidak perlu “menghabiskan kesemuanya” dalam satu masa.   


-    Belajar mengikut kemampuan – tenaga, masa dan wang. Bidang jahitan berlainan memerlukan bahan asas yang berlainan. Jika anda terus diperkenalkan dengan bahan intermediate, mungkin ada buruk dan mungkin juga ada baiknya.  Be creative and do not restrict yourselves.


-    Jika belajar kelas basic, jangan expect end result advance. Do not expect perfection on your first try. (But if you do, you are awesome ) Rajin bertanya, mudah2an boleh dapat tips advance. 


-    Belajar lah basic dari sifu atau sesiapa yang arif, fahami konsep, ketahui keperluan (tools) selebihnya mungkin anda bole google aje. (Sesetengah bidang jahitan, anda mungkin bole cuba sendiri sahaja, tanpa berguru but will take some tolls)


-    Be creative. Kalau RM20-RM30 english cotton semester terlalu mahal, misti ada option.  Kalau rotary cutter and mat terlalu mahal, misti ada option juga. Do not restrict yourselves by all means. 


-    Experiment is the best teacher. 


-    Google dan rajin membaca


-    Apa sahaja yang anda pelajari, percayalah satu hari nanti akan berguna juga. 


Ok, harap tips ini akan dapat membantu anda yang baru nak berjinak2 dengan bidang ini. And selepas ini, DIY akan menyusul. Yang ni konfirm betul punya.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Basic Patchwork & Quilting - Patchwork vs Quilting

>> 4 January 2015

Baru2 ni saya terlihat lapik kaki (floor mat) yang kelihatan seperti patchwork dan di quilt sepenuhnya di jual di sebuah pasaraya dengan harga yang sangat murah. design yang cantik, warna pun sangat menggoda. Poket dah start gatal2, rasa macam nak beli.

Tapi bila di belek2 rupanya corak fabrik je nampak macam patchwork tapi sebenarnya fabrik tu sekeping, tak de cantum2 pun. tapi di quilt sepenuhnya. ok, patchwork dan quilt (quilting) apa beza ya? kenapa ada
yang dijual murah dan ada yang di jual mahal?

Secara jujurnya, ini adalah turning point kepada projek menjahit yang baru sahaja saya selesaikan iaitu menjahit mat dengan teknik patchwork and quilting.

yang ni akan saya DIY kan.
Patchwork dengan quilting tu apa beza?- tanye sekali lagi.

ok, sebelum saya penat2 tulis DIY patchwork dan quilting, mari saya terangkan dulu apa beza keduanya ya. Sebab kedua istilah ni nanti saya akan pakai  dalam DIY tersebut. Takut akan mengkonfiuskan.

Patchwork

2 helai yang saya siapkan berlainan saiz
Definasi yang formal tu saya tak berapa reti nak kasi. Tapi secara basicnya, patchwork ni adalah seni jahitan yang mencantumkan kepingan2 fabrik kecil untuk menghasilkan sekeping fabrik yang besar. Bila dah jadi besar, baru la bole buat end produk macam selimut, cadar, sarung bantal, sarung cushion dan....floor mat :)


3 fabrik sama saiz berlainan warna dan motif

Kenapa nak susah2 potong fabrik yang besar jadi kecik untuk jadikan dia besar balik. Kalau org lelaki baca ni, sure dia kata perempuan ni komplikated kan?

Ok, here comes the explanation. kalau ikut pembacaan saya, asalnya zaman dulu fabrik tak dijual macam sekarang, berlambak2 dan dimana2. So mana2 ada fabrik yang lebih (leftover) wanita zaman dulu akan jahit sambung2 dan jadilah pakaian, selimut dll.

Lepas tu zaman dulu pun, mana ada  kamdar, nagoya atau sportlight mcm zaman sekarang. So pilihan corak tak la berapa ada. So lama2 seni mencantum2 fabrik yg kecil ni pun berkembang. Pelbagai corak2 yg menarik dan pelbagai telah dihasilkan hanya dengan mencantumkan pelbagai fabrik yang dipotong berlainan saiz, warna atau motif.

Kalau dulu org cantum2 kain sbb keperluan, kini org cantum2 kain sebab the beauty of the art - yang di panggil patchwork. Berbalik kepada soalan kenapa susah2 potong kain besar jadi kecik untuk jadi besar balik? So betul la perempuan ni komplikated? yes because - we are designed to be artful, and comply to be such. Just follow the system, ok.

Ok quilting apa pulak?


Quilting

Untuk kasi mudah faham kan, kalau patchwork tu kita cantum2 fabrik kecil jadi saiz besar, quilting pulak kita cantum2 fabrik jadi tebal. Bole faham tak?

Selalu nya quilting akan ada 3 lapisan iaitu lapisan patchwork, batting dan backing fabric. Batting yang macam span nipis yg ada dijual mcm kain meter tu. Untuk projek floor mat saya, backing saya guna kain belacu jer.

3 lapisan itu
Sebelum proses quliting, Tiga2 lapisan yg sama saiz ni - patchwork plg atas, batting letak tengah2 dan backing plg bawah - di lapiskan macam sandwich. Lepas tu baru di jahit dengan corak2 yang pelbagai diatasnya. jahitan ni lah namanya quilting.

quilt pakai mesin je

Kenapa perlu susah2 nak tebal? yg ni saya tak baca lagi sejarah asal usulnya apa. Cuma bole beri penerangan secara logik je

Soalan: Bayangkan anda mencantum dan menjahit kepingan2 kain kecil sehingga menjadi satu hasil patchwork bersaiz selimut. Lepas tu anda terus pakai. Tak lama lepas tu kene basuh pula. Dan pakai semula. Agaknya2 berapa lamalah jahitan2 setiap keping fabrik kecil tadi akan boleh tahan? Bayangkan anda dah letih2 buat patchwork, dan selepas seminggu dipakai, dah terbarai.

Kenapa bole senang terbarai ? 1. dalam proses patchwork, akan ada terlalu banyak fabrik dan jahitan yang bercantum2 2. setiap cantuman is prone to frey (berbulu) sbb setiap fabrik yang di potong akan di jahit terus dan bukan ada jahit tepi ya.

So this is why quilting is important as the finishing end process. Quilting memberi kekemasan kepada bahagian belakang patchwork yang telah dihasilkan, mengukuhkan setiap cantuman dan jahitan, selain memberi kekemasan dibahagian atas patchwork yang cantik dengan pelbagai jenis corak quilting yang di gunakan.


Soalan: setiap patchwork perlu di qulit je? Ya, cuma ketebalan batting yang di gunakan berlainan bergantung kepada jenis end produk yang akan di hasilkan. kalau nak buat baju, mungkin pakai batting yang nipis sahaja. Kalau ikut pengalaman quilting mak saya, dia tak pakai batting langusng. Ada patchwork dan backing je. End produk nya kami panggil selimut air-cond. Oleh kerana kain2 yang mak cantum adalah kain jenis polyester (lebihan kain buat baju kurung), semakin sejuk cuaca di waktu malam, semakin sejuk kami dibuatnya apabila berselimutkan selimut air-cond itu :)

Soalan: setiap quilt, perlu melalui proses patchwork ke? Tak perlu. fabrik biasa yg sekeping pun anda bole quiltkan. Kalau malas nak buat patchwork sendiri, beli je designer fabrik yang ala corak patchwork :) - menjawab soalan diatas, kenapa ada setengah quilting produk mahal dan ada yang murah.

ok. so much about patchwork dan quilting. Untuk next post, saya akan tulis DIY nya

bye2.

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

DIY - Doorgift Perkahwinan

>> 1 January 2015

Salam

Selamat tahun 2015. Hari ni nak clear folder gambar 2014. So DIY yang simple ini perlu di blogkan- DIY  menghias doorgift perkahwinan menggunakan bow dari satin riben.



Tahun lalu, saya telah mendapat assignment dari kakak2 ku yang tercinta, untuk menyediakan 30 pieces doorgift untuk majlis perkahwinan saudara kami yang telah berlangsung pada bulan disember yang lalu. Pencarian Doorgift untuk special guest ini telah berlangsung di Nilai 3 dua minggu sebelum majlis perkahwinan tersebut iaitu menghampiri tarikh sebelum kene soal siasat - kenapa tak beli2 lagi, ha?.

So, selepas pusing2 satu Nilai 3, maka ini lah doorgift yang telah menjadi pilihan hati, labu kristal yang comel ni. Mendapat approval dari penasihat tak bergaji cum En driver, iaitu En Suami :)




Yang menariknya masa survey tu , terdapat beberapa buah kedai menjual barang2 perkahwianan yang menjual doorgift yang sama, tetapi dengan harga dan cara packing yang berlainan. Ada yang menjual nya tanpa bekas plastik dan telah di rejek oleh saya awal2 sebab nanti susah nak packing.

Hasil siasat En suami pula mendapati, kedai selang 2 pintu dari kedai yang saya beli, ada menjual doorgift yang sama dengan harga kurang RM1 dari harga yang telah pun saya bayar! So, untuk pmbelian 30 unit ini, saya telah kerugian Rm30 erk...moral yang dipelajari : jangan underestimate kedai2 yang bersaiz lebih kecil, kerana mereka menawarkan harga yang lebih murah dari kedai2 yang bersaiz besar dan kelihatan gah :) 

Ok berbalik kepada DIY yang telah di janjikan. Sampai rumah je, saya pun telah menambah baik doorgift ini dengan DIY membuat bow riben yang simple ini. Anda bole tgk DIY bow ni kat pinterest ada banyak berlambak2. Yang saya jumpa, yang pakai sudu ni- poradokhandmade.


So memula buat la bow riben ni sebanyak 30 unit. Saya menggunakan riben satin 1 inci, berwarna hijau katak pisang, iaitu warna tema majlis ini.


Lepas dah siap bow riben ni, ambil riben satin yang sama warna bersaiz 1/4 inci dan jarum sulam riben yang. Buat ikutla step2 ini





Bila dah siap, amik hotgun dan lekatkan hujung riben 1/4inci kat leher labu yang comel  ni. Yg bagusnya gam sikit kat bow tu juga agar bow tu tak terbuka.


Tada..dah siap. Kalau upah kedai buat ni, mau up lagi RM2-3 ringgit setiap unit.




 29 semua, sbb sebijik pecah..tu la tak periksa betul2 masa beli :)

 

Moga DIY ni dapat membantu anda yang akan membuat majlis perkahwinan untuk berjimat cermat. 2015 ni tahun inflasi u'ols. Bye

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP