DIY Tutorial Basic Patchwork & Quilting - bahagian 3

>> 27 April 2015

Assalam

Meneruskan proses seterusnya, iaitu mengemaskan bahagian sisi selepas selesai proses quilting. Sebelum itu, mari berkenalan dengan 2 istilah baru iaitu Border dan Binding. ( sashing dan setting squares juga adalah istilah biasa dalam pembuatan patchwork tapi tiada dalam design DIY ini ya)

Kedua Border dan Binding adalah kepingan fabrik yang dijahit secara melintang dan menegak mengelilingi sisi patchwork untuk membentuk "frame" bagi hasil patchwork tersebut. Kalau di buat perbandingan dengan lukisan hiasan dinding, border ni ibarat "window mat" (sila google apa itu window mat) manakala binding ni adalah bingkai lukisan itu sendiri.

Perbezaannya, fabrik yang di gunakan untuk membuat border adalah lebih lebar berbanding binding. Binding adalah kekemasan terakhir bagisetiap sisi patchwork tersebut.

Tetapi untuk tujuan DIY ini, saya tak buat border pun :)  Terus jer buat binding.

Teknik menjahit binding ni pun ada banyak juga. Boleh dijahit mesin atau di jahit tangan. Boleh cantum binding ni dari depan atau belakang patchwork Memandangkan patchwork saya ni tak ada border, maka saya buat cara saya yang saya rasa mudah ini - cantum dari belakang dulu :)

Jom tengok proses satu persatu.

1. Ukur dan buatlah garisan untuk binding di bahagian atas patchwork yang cantik



2. Trim batting dan backing yang lebih tu



3. Potong fabrik yang akan digunakan untuk membuat binding. 

Kalau tak silap, lebar fabrik binding ni 2 inci. Potong lah sebanyak 4 keping iaitu 2 unutk melintang dan 2 untuk menegak. Kalau panjang fabrik tak cukup, boleh sambung. Teknik menyambung saya tak capture gambarnya, so saya tak sertakan di sini.



4. Terbalikkan patchwork supaya bahagian backing berada di atas dan jahit binding menggunakan mesin si sepanjang sisi garisan melintang patchwork



5. Terbalikkan semula supaya bahagian patchwork yang cantik berada di atas, dan lipat la binding tu macam dalam gambar ni. Lipat ikut garisan yang kita dah tanda dalam proses (1) dan kemaskan dengan jahitan mesin.



6. Dah siap satu sisi. Ulang untuk ke semua sisi lain - melintang dan menegak



7. Ok siap pun. 

* Bagi yang perasan, petak2 yang paling luar saya sengaja tak quilt kan lagi. Lepas siap empat2 binding, baru saya quiltkan - secara jujur inilah keburukan bila design patchwork tak de border :).



8. Kalau rajin , boleh la sembat sikit (jahit tangan) pada ke empat2 hujung tu kasi kemas.



9. Jahit lah comel2


10. Ok siap empat2 sisi - melintang dan menegak


Ni lah hasilnya. Yang saya DIY ni adalah floor mat yang kecil tu.



Selamat mencuba

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

DIY Tutorial Basic Patchwork & Quilting - bahagian 2

As Salam

After much hassle and delays, alhamdulillah hari ini saya dapat duduk kembali di ruang menulis ini untuk menyiapkan draf bog entri ini, yang telah tertunda lebih 2 bulan.

Alhamdulillah juga, menghampiri akhir bulan April ni, saya juga telah mengucapkan bye-bye kepada trimester pertama, dengan kurniaan kesihatan dan kesejahteraan dariNya. Kini saya telah merasa lebih sihat dan dapat mengadap skrin komputer dengan lebih lama.

Harap ini juga dapat menjawab kenapa lebih 2 bulan saya menyepi, baik dari aktiviti jahitan mahupun tulisan.

Dalam tulisan yang lalu, saya telah menulis langkah demi langkah bagaimana untuk menghasilkan patchwork ringkas, iaitu gambungan printed cotton (berbunga) dan 2 fabrik plain cotton tebal untuk menghasilkan floor mat bersaiz 45 x 31inci dan 24 x 18 inci. Sebelum saya menunjukkan proses quilting, jom lihat dulu proses bagaimana untuk mencantumkan lapisan patchwork, batting dan backing.

1. Mula-mula, ambil hasil patchwork yang telah siap dan letakkannya di atas backing fabric (untuk proses ini saya hanya menggunakan kain belacu). Potong backing fabric mengikut saiz patchwork tersebut. Jangan potong ngam-ngam, sebaiknya lebihkan 1 inci


2. Ulang untuk batting. Lebihkan juga dalam 1 inci



3. Lapiskan ketiga-tiga mengikut turutan - backing ->batting --> patchwork (paling atas). Kalau nak kemas, seterika dulu hasil patchwork dan backing fabric anda agar elok rata di bentang dan tidak berkedut2 bila di quilt)



4.Pinkan ketiga-tiga lapisan dengan peniti, sebanyak yang boleh. (Sila klik pada foto untuk zoom in.). Sambil pin, sambil pastikan patchwork dan backing fabric rata. Usap2 jer pakai tapak tangan dan dengan penuh kasih sayang :)




5. Dengan menggunakan jahitan tangan sementara (jahit kasar2 pun tak pe), temukan kesemua lapisan tadi dari bucu ke bucu (cross diagonal), atas ke bawah dan kiri ke kanan. (klik pada gambar untuk zoom in )

6. Buatkan jahitan sebanyak yang boleh, cukup untuk "memegang" ketiga lapisan dengan kemas agar nanti mudah masa nak quilt. (klik pada gambar untuk zoom in )


Ok sekarang dah boleh mula kan proses quilt.

Terdapat banyak teknik quilting yang boleh anda gunakan, baik menggunakan jahitan tangan atau pun mesin, menggunakan tapak mesin jahitan lurus biasa atau pun tapak khas (untuk quilting). Anda juga boleh memilih untuk membuat jahitan quilting yang jarang-jarang atau rapat-rapat. Semua bergantung kepada end produk yang ingin anda hasilkan.

Untuk tujuan ini, saya memilih untuk menggunakan tapak mesin jahitan lurus biasa sahaja, dan jahitan yang sedikit rapat kerana mahu floor mat yang siap nanti durable dan boleh di campak sahaja kedalam mesin basuh.

1. Mulakan jahitan quiting seperti rajah di bawah.


2. Siap satu "kotak"

3. Teruskan untuk "kotak2" yang lain..dan siap. (saya skip "kotak2" yang printed/berbunga sebab kalau quilt terlalu rapat-rapat sangat pun nanti tak cantik)



Proses seterusnya iaitu menyiapkan "border" untuk hasil quilt ini. Yang ni saya akan tulis dalam blog entri yang seterusnya ya.

Sekian

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP