Tutorial DIY Pemegang Langsir Mudah

>> 10 May 2015

Assalamualaikum

Hari ni saya nak tampal tutorial ni kat sini, sebelum koleksi gambar2 nya di delete tanpa belas. Jahitan ni telah di buat pada tahun lalu, dan ada saya selitkan sedikit cerita tentangnya dalam blog entri selang beberapa bulan selepas itu. So ni dah genap setahun, layak untuk di beli kan kek harijadi untuk nya :)

Tutorial DIY Pemegang langsir ni (atau pengikat langsir ke, masing2 punye panggilan preference) saya label kan mudah sebab bahan membuatnya mudah dan bila nak pakai, anda tak perlu susah2 pukul paku kat dinding tepi tingkap lah bagai. Cara menggunakan nya sangat mudah terutama untuk tingkap yang ada grill macam ni. Kalau tak percaya tengok demo kat bawah ni .


Sebelum ada pemegang langsir ni, saya guna penyepit beli kat kedai je. Kupu2 hiasan atas nya pun dah patah, tinggal penyepit nya sahaja.



Kadang2 penyepit hilang tah mana, so langsir jadi macam ni - selit celah grill je -  punye la pemalas.



So bila dah jahit pemegang langsir ni, sejuk sikit mata memandang. Yang bestnya, kita bole ikat langsir tu ikut suka - nak tarik ke tengah atau kat tepi (macam gambar kat paling atas).


Sebenarnya ada 2 jenis pemegang langsir yang telah saya hasilkan. Yang kat bawah tu, ada "telinga" di kiri kanan, so yang ni jenis yang kene pukul paku tepi dinding tu. Yang atas tu yang akan saya tutorialkan sekejap lagi.


Bahan utama nya velcrow yang dijahit kat kedua2 hujung pemegang langsir. Ingat velcrow, ingat kasut sekolah pallas zaman dulu :) 


Ok jom start

1. Potong kain berukuran 20" x 7.5". Saya tandakan hujung A dan B ( warna hijau)


2. Potong velcrow dalam 2.5 - 3" (ikut suka nak panjang mana). Velcrow ni ada sepasang - yang side lembut dan yang side kasar


3. Sebelum tu saya akan pakai 2 terms ni: Bahagian luar kain = right side, bahagian dalam kain = wrong side.
Ambil velcrow yang kasar dan jahit pada hujung A pada right side ( ikut line biru tu sebagai guide). Tinggalkan la basi dalam 1 inci


4.  Terbalikkan kain jadi wrong side dan lipat dua. Jahitan seterusnya adalah pada hujung B ya


5. Jahit kan dalam 2 inci dan berhenti. (hujung B)


6. Terbalikkan semula jadi right side. Line biru tu adalah jahitan yang telah dibuat dalam step 5. Buka lipatan jadi seperti rajah di bawah. (hujung B)


7. Ambil velcrow yang lembut dan jahit kan pada right side seperti dibawah. Line biru tu sebagai guide. Nak jahit ni sedikit mencabar. Kalau nak senang, masa nak potong kain, kasi lebar sikit.


8. Terbalikkan semula kepada wrong side dan jahit ikut line biru tu. Ada 3 jahitan kesemua nya - kiri dan kanan (menegak) dan melintang. Kalau perasan yang melintang tu saya tak temukan dengan jahitan dalam step 5. tinggalkan sikit lubang dalam 2 inci pada hujung B tu.


9. Bila dah siap jadi macam ni. Lubang 2 inci tu


10. Terbalikkan ke right side ikut lubang 2 inci tadi. Kalau perasan, hujung velcrow tu dan hujung jahitan  tepi tak bertemu. Biar ada space sikit baru cantik.



 11. Masih ada lubang - lihat pada hujung gunting


12.Cantumkan lubang 2 inci tadi. Kalau malas, jahit mesin je rapat2


13. Siap. Ukuran 19" x 3.5 inci



14. Dan boleh dipakai
 

Selamat Mencuba

4 comments:

Suzie 11 May 2015 at 09:45  

Assalammualaikum.....senang je kan...saya pun kena buat ...tak terbuat2...heheheh

Jahitjahitan 12 May 2015 at 19:21  

Wsalam. Betul. Selamat mencuba :-)

bayani 29 April 2018 at 12:36  

20inci x 7.5 inchi ke ukurannye?

Aieyin 22 September 2021 at 19:13  

Alhamdulillah...da try buat mnjdi..cuma kn buat lagi tuk kekemasan💪💪💪

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP