Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

>> 9 August 2014

Salam

Pembaca yang di hormati. Salam Aidil Fitri.

kuih raya buat sendiri ler..

Tunggu! Ni bukan blog pasal resepi. atau pasal masak2. Sekadar menampal gambar2 kuih raya yang pada tahun ini telah di buat sendiri..err..a little brag is healthy :)

Rasanya semua pun masih dalam mood hari raya. Mungkin ada yang tengah berkira2 hujung minggu ni nak beraya ke mana, nak pakai baju raya yang mana. Atau yang tengah berkira2 open house nanti nak masak apa, tengah check langsir, cushion semua masih tip-top ke. Apa pun, harap2 semua yang di rancang dan yang akan terjadi, best2 aje la ye.

Hari ni genap 4 bulan x hari blog ini telah tidak diupdate. Nak kata tak menjahit langsung, sebenarnya aktiviti menjahit tu masih ada, tapi untuk kegunaan domestik ja. Berkraf? secara jujurnya memang zero dan t.i.a.d.a. Semua supplies duduk diam2 dalam kotak, berbaris susun atas rak di dalam bilik 3S kami (p.s: 3S stands for Sewing room, Store dan Surau..gegege) Brooch atau stok baru langsung tak buat. Order dan tempahan? Surprisingly, masih ada!

Sebenarnya dalam 4 bulan ni, masih ramai yang menghantar email, sms, whatsapp nak order itu ini, yang bertanya pasal jahit tudung lah, pasal sulaman lah..dari singapore pun ada. Dipendekkan cerita dalam 4 bulan ni, masih sempat juga saya membuat beberapa "unexpected" sales. Maklumlah, tak de update blog/ facebook atau menempel2 diri di forum cik2 kiah bermakna zero online marketing strategy. But past blogging posts are working on its own and this is what people call the power of blogging :)

Ok, Jom..jom jelajahi aktiviti saya selama 4 bulan ini:

APRIL - Masak, bela pokok dan jadi isteri
Umum mengetahui atau pernah sendiri mengalami zaman makan di kedai, atau makan tapau, atau drive-thru atau malas makan. Ya itu lah serba sedikit diri saya sebelum ini. TETAPI bila dah jadi isteri ni, semua nya suda-tukar-lah. (kecuali makan pagi di kedai mamak, dan itu adalah rutin en suami yang saya tidak ragu-ragu untuk kekalkan!)

Baru lah rase macam nak pegi pasar, nak ambil tahu harga ayam se kg berapa, pinjam buku masakan kat library, tanam pokok herba, masuk dapur dan cuba macam2 resepi. Surprisingly, sekarang ni dah banyak jugalah koleksi resepi yang telah di cuba, sampai perlu di indekskan dalam buku resepiku. (Harap2 jangan lah sampai bukak blog baru pasal resepi pulak nanti ya)

Buku Library

Pokok2 Oregano, Thyme, Mint

Puteri Ayu - sedap sehingga menjilat jari sendiri
Satu-satunya aktiviti menjahit yang berlaku pada bulan ini hanya lah menjahit pemegang langsir. Asalnya langsir2 kat rumah ni disimpulkan ala sanggul je oleh en suami. Sungguh keadaan ini agak menyakitkan penglihatan mata. So masa kemas2, terjumpalah leftover kain langsir yang sama (langsir ini di tempah oleh en suami). Saya pun mula bukak mesin dan mula menjahit tali pemegang langsir yang mudah dan praktikal untuk di gunakan. Saya hanya menggunakan velcrow yang di jahit pada kedua2 hujung pemegang langsir, then wrap it around the window grill. Sangat mudah untuk selak langsir ke tengah atau ketepi.












MAY - Pergi Umrah
Bulan May hampir tak ada aktiviti menjahit kecuali satu iaitu jubah remake. Jubah ni sebenarnya ok je, kain nya pun best dan bila di pakai terasa k.u.r.u.s. Tetapi malangnya hiasan blink-blink di sekeliling leher dan lengan baju banyak yang telah hilang (dalam mesin basuh ler tu). So jubah ini telah tersadai untuk beberapa ketika lah juga. Jadi untuk jubah remake ni, saya telah menggantikan blink-blink ni dengan jahitan manik miyuki.


sebelum- blink2 yang dah hilang (hujung kanan)

Yang sedikit lecehnya, sebelum manik2 ni dapat di jahit, kesemua blink2 ni perlu di tanggalkan terlebih dahulu. Yang tak berapa melekat tu boleh tanggal pakai kuku aje, tetapi ada juga yang melekat kuat, so kene kreatif sendiri guna apa2 yang patut untuk menanggalkan nya. (tapi jangan sampai rosak baju pulak)

Manik Miyuki yang saya guna kan pun adalah lebihan dari projek menjahit sulaman pada tahun lalu. So this is a good make over, sbb tiada melibatkan RM dan hanya menggunakan bahan2 yang sedia ada.

Saya menggunakan 2 jenis manik miyuki yang sama saiz tetapi berlainan tone warna. susun balik manik2 ni berselang-seli warna dan jahit semula pada bahagian blink2 yang telah di keluarkan dan hasilnya, not bad lah.

selepas

Tentang ibadat umrah, saya tak berminat untuk bercerita tentangnya panjang2 (kerana ini bukan blog pasal travelling), sekadar rasa berterima kasih kepada Tuhan yang telah menjemput saya untuk kali kedua ke sana, kali ini bersama en suami yang baik hati. Ramai teman2 yang berkata " ini lah nama nya rezeki kahwin". Saya harap statement ini akan memberi inspirasi atau motivasi kepada adik2-atau-akak2-yang-kontrol-cun-dan-single dan jual mahal kat abang2-yang-macho-dan-hensem kat luar tu...
dari puncak Jabal Nur. Sakit jugak lah kaki menapak naik atas

JUNE: Jahit Sarung bantal sofa

Masih ingat entri pasal Tutorial bantal sofa yang saya tulis pada bulan Mac yang lalu?
Sebenarnya lama jugalah bantal2 5 biji tu tersadai tanpa "pakaian" tetapi dipakai setiap hari oleh kami semasa menonton tv. Sehinggalah pada satu hari en suami ku memberitahu - mak mertuamu nak datang minggu depan! Sepantas kilat juga lah saya menyiapkan 5 sarung baru untuk bantal2 sofa itu.

Untuk projek buat sarung bantal sofa ni, masih menggunakan prinsip tak payah pergi kedai dan pakai-apa-aje-yang-ada. Yang ada, velcrow..so velcrow is on (tak payah susah2 pakai zip). Fabrik juga adalah stok sedia ada yang dah duduk dalam peti plastik lebih setahun umurnya.

fabrik ala baldu
Yang menariknya fabrik/kain yang saya gunakan ala2 baldu, berkotak2 kecil dan saya sangat2 rekemen kepada anda semua untuk mencuba nya kerana 1. Tepi kain nya langsung tidak berbulu, so tak perlu jahit tepi (*heaven). 2. velcrow yang saya gunakan untuk menemukan 2 keping kain pada bahagian belakang bantal boleh terus di jahit, tanpa perlu disorok2 atau di buat sebarang pertunjukan magik. Hanya gunakan benang yang hampir sama warna, jahit dan terus siap. 3. bucu bantal boleh tolak pakai jari je dari sebelah dalam dan bucu akan ngam tajam 4. Bulu2 baldu ni sangat comfy sampai bila baring di atasnya, terus sampai tak boleh bangun.   (Kalau tak percaya, tanya ibu mertua ku..huhu)
Siap pun

JULY - puasa dan raya
July, bulan yang sangat bizi. Selain sibuk membuat kuih raya (gambar di atas), ada 2 projek menjahit yang telah dijalankan iaitu 1. menjahit langsir sliding door 2. menjahit sarung bantal cushion baru. Dan kedua2 nya perlu match warna satu2nya makhluk yang berwarna hijau dalam rumah ni iaitu encik karpet. ( I am no fan to carpet). Ok yang ni tak payah cerita panjang-panjang, tgk je gambar di bawah ni

sarung bantal sofa baru ala hotel

pola bantal. kt bawah tu ukuran untuk langsir. yg tepi kiri tu abaikan. (audit tepung?) 

Day Curtain

"Everyday" Curtain :)




ok. sehingga bertemu lagi selepas ini.

0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP