Tutorial DIY Jahit Bib Baby Mudah

>> 25 March 2016

Hari ni saya nak kongsi Tutorial DIY membuat bib baby. Baby dah nak masuk 6 bulan tak lama lagi, so mak pun mula sibuk membuat persiapan, selain mencari resepi-resepi yang sesuai untuk baby makan.

Untuk projek kecil macam ni, kita pakai kain perca-perca yang ada je lah ya. Ni adalah lebihan kain dari projek membuat tote beberapa tahun lalu. Ini antara fabric yang saya sangat sayang. Cotton, Kauffman, semeter agak mahal juga.


ok jom mula buat

1. Buat pola.
Pola ni boleh di download kat web ada banyak. Ada macam-macam patern juga. Pola ni bila potong, kain lipat dua ya. (side kanan yg straight tu). Dan kalau zoom in, pada bahagian atas (bahu) tu ada garisan dot-dot. Bermakna satu bahu ikut macam pola, satu lagi bahu ikut line dot-dot. Tengok gambar dibawah untuk kasi faham.






2. Potong kain. Boleh Nampak bahagian bahu tu satu runcing dan satu bulat.



3. Terbalikkan fabric dan cantum kedua nya. Jahit sekeliling dan tinggalkan bahagian tidak berjahit anggaran 1 inci



4. Trim. Boleh guna gunting zig zag atau potong macam gambar yang ke 2 di bawah.



5. Terbalikkan ikut lubang 1 inci tadi


6. Dah terbalik.
Dekat bahagian bawah pada print "..in the..." tu ada bahagian tidak berjahit 1 inci tadi.




7. Seterika bagi kemas


 8. jahit tindan lagi sekali dari bahagian luar sekeliling.

 .
9. Jahit Velcro ikut macam gambar dibawah



Siap

Mudah je kan....






0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

My Photo
Ros Ros
Passionate about sewing, embroidery and crafts, love to read and write, to give and receive, and to self-nurture. 
View my complete profile

Followers

Google+ Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP