Bunga apakah yang berwarna hitam?

>> 9 August 2012

Ahad ini (12hb) adalah hari terakhir untuk membuat pesanan. Selepas dari tarikh itu, jahitjahitan akan menutup kedai. Harap maklum.




Keratan dari post di muka buku jahitjahitan petang tadi. Tinggal kurang 10 hari menyambul Syawal, dan ramai yang mengintip-ngintip kerongsang bunga ros dari fabrik satin dan bertanya ini dan itu. Kemudian emm..umm..dan bermacam-macam. Mungkin bermaksud diantara hendak memesan atau sebaliknya. Ada di antara mereka yang saya pesan agar "malam nanti buat solat Istiharah 2 rakaat", mudah-mudahan akan mendapat jawapan.

Kurang 10 hari menyambut Syawal. Menjelang tengahari, saya mengunjungi kedai servis kenderaan. Perlu melakukan rutin check pada bahagian tayar, kerana bunga-bunga pada permukaan tayar di sebelah kiri hadapan, kelihatan agak mencurigakan. Saya teringat satu soalan kuiz yang pernah di tanya oleh teman. Bunga apakah yang berwarna hitam? Jawapannnya, bunga tayar.

Di kedai servis, saya melangkah keluar dari kenderaan dengan penuh sopan. Kerana kebetulan hari ini, terpakai pakaian rasmi yang bernama baju kebaya. Di saat ramai perempuan di luar sana sibuk mencuba pakaian di pusat membeli belah, saya terpaksa sibuk bersama kaum lelaki yang lain memeriksa kenderaan di pusat servis. Semua nya kerana kurang 10 hari akan menyambut Syawal.

Kurang 10 hari menyambut Syawal, lewat petang saya mengunjungi pasar ramadan. Berkawat ulang alik dan tidak tahu apa yang hendak di makan. Setiap makanan yang berwarna, kelihatan pudar-pudar belaka. Hanya air dalam peti-peti minuman yang sedang berpeluh-peluh, kelihatan sedikit sempurna.

Saya masih berhutang tidur sejak dari semalam, dan malam ini, masih perlu menyiapkan beberapa lagi pesanan dari pelanggan-pelanggan. Semuanya kerana kurang 10 hari menyambut Syawal.



2 comments:

kak ina kl 11 August 2012 at 10:07  

bisnes ..bisnes gak..kesihatan nak gak di jaga yer

Jahitjahitan 12 August 2012 at 10:52  

betul jugak tu Kak Ina..Terima kasih atas reminder :)

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP