Kerongsang dan Sepit Rambut Merdeka

>> 1 September 2012

Read in English here

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55 kepada semua pembaca, crafters, cik-cik dan puan penjahit, pencinta seni, pejuang diri, keluarga, bangsa, negara, agama dan semua rakyat Malaysia. Semoga keamanan yang di kecapi akan sentiasa mendapat rahmat dari nya.

(Foto: Design kerongsang dan hiasan rambut terkini)


Sempena tema hari kebangsaan semalam, saya juga ingin menepati janji untuk mengeluarkan design baru untuk kerongsang dan aksesori rambut handmade diperbuat dari fabrik dan dengan motif bunga, sebaik sahaja habis cuti Aidil Fitri. Terima kasih kepada pembaca dan pelanggan yang telah menghubungi dan bertanya sejak pada awal Ramadhan lagi. Dan alhamdulillah, dengan kesempatan, peluang dan ruang yang telah di anugerah oleh Nya, saya telah dapat menyiapkan 2 design kerongsang dan 1 design untuk hiasan rambut semalam.

KERONGSANG

Reben
Kali ini, saya menggunakan reben satin dan cotton; reben satin seperti yang boleh didapati di kedai-kedai jahitan, dan reben cotton dengan hiasan benang emas disepanjang hujungnya pula hanya boleh di dapati di kedai-kedai khas yang menjual "decorative ribbon".



design 1: light pink, dan pin yang digunakan pada bahagian belakang (kanan)
Hiasan
HiasanSebagai hiasan tambahan, saya menggunakan manik-manik sedondon yang berwarna merah jambu untuk design pertama dan "acrylic stone" jenis bulat untuk hiasan ke dua.






design ke 2: coklat kemerahan, dan pin yang digunakan pada bahagian belakang (kanan)
Pin
Secara default, saya menggunakan pin jenis bulat pada bahagian belakang kerongsang. Sebagai option, anda juga boleh memilih 2-in-1 pin dan klip seperti gambar di bawah, agar kerongsang ini boleh di gunakan sebagai aksesori tambahan pada rambut, beg (contoh) dan lain-lain lagi.


2-in-1 pin dan klip
Saiz
Kedua-dua kerongsang ini berukuran 4 inci (diameter).


SEPIT RAMBUT

Untuk sepit rambut ini, saya menggunakan reben dari jenis baldu (velvet) dan menggunakan butang (button) dari jenis plastik yang sedondon sebagai hiasan tambahan


sepit rambut berwarna pink dan jenis sepit yang digunakan pada bahagian belakang (kiri)

di pakai oleh cik mannequin

Untuk pesanan dan pertanyaan, email ke info@jahitjahitan.com atau private message/inbox di FB

Untuk senarai produk kraf yang lain, klik di sini



0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP