Jahitan Tepi Tudung: Cover-Stitch 101

>> 28 August 2012

Read this in English

Saya terpanggil untuk menulis entri ini kerana telah mendapat beberapa pertanyaan dari pembaca di alam maya berkenaan jahitan tepi tudung yang dipanggil cover-stitch. Tidak pasti bagaimana subjek ini boleh diketahui umum, kerana hanya terdapat 1 entri sahaja yang pernah di tulis berkenaan tudung di dalam blog ini.


(foto:jahitan cover-stitch pada t-shirt)


Cover-stitch juga dikenali sebagai jahitan t-shirt, atau telah di "malaysia"kan sebagai double-stitch. Mungkin kerana 2 jahitan lurus yang kelihatan pada bahagian luar menyebabkan ia lebih di kenali sebagai "double-stitch". Atau mungkin benar, nama ini wujud dan tidak berada di pengetahuan saya (yang telah agak lama meninggalkan arena menjahit tudung). Saya hanya mengetahui, nama ini diambil bersempena kekemasan jahitan pada bahagian dalam dan bukan pada bahagian luar.


Umumnya, jahitan ini mula mendapat "coverage" awam bermula pada era memakai tudung awning. Pada ketika itu, kebanyakan tudung awning banyak menggunakan fabrik dari jenis jersey dan lycra, dan dikemaskan kelilingnya dengan jahitan cover-stitch. Ramai yang tidak tahu, jahitan itu telah wujud lama pada hampir setiap pakaian harian mereka - t-shirt, pakaian senaman dan lain-lain lagi. Perhatikan t-shirt anda dan lihat kekemasan jahitan pada hujung leher, atau hujung bawah baju dan hujung lengan, itulah jahitan cover-stitch.

Jahitan cover-stitch mempunyai 2 baris jahitan lurus pada bahagian luar dan jahitan menutup atau "cover-stitch" dari sebelah dalam. Jahitan cover stitch dari sebelah dalam ini kelihatan seperti "jahitan tepi" biasa (overlock) yang juga mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk memastikan hujung fabrik adalah kemas (tidak berbulu) dan tenunan fabrik tidak akan terlerai atau terbuka apabila dipakai dan di cuci untuk tempoh yang lama.


2 jahitan lurus pada bahagian luar

Kebiasaannya, mesin cover-stitch mempunyai 2 jarum dan menggunakan 3 atau 4 benang - 2 benang untuk menghasilkan 2 jahitan lurus pada bahagian luar, dan benang yang selebihnya akan membentuk "cover-stitch" dari sebelah dalam , dengan memegang 2 jahitan lurus ini yang membentuk jahitan ala "zig-zag" dari bahagian dalam (overlock), agar hujung fabrik di tutup rapi dan tidak terlerai. 


jahitan interlock (ala zigzag) pada bahagian dalam

Apabila dilihat secara spontan mungkin ramai yang berfikir jahitan ini boleh dibuat hanya dengan menggunkan mesin jahit lurus 1 jarum dan mesin jahit tepi biasa. Sebelum membeli mesin ini, saya juga pernah mencubanya dan hasilnya adalah sangat tidak memuaskan. Anda boleh cuba membuat 2 jahitan lurus pada sekeping fabrik jersey/lycra/t-shirt yang sangat "memeri" dan anda akan mendapat jawapannya kenapa :)

Walau kelihatan sama, jahitan overlock "zig-zag" pada sebelah dalam untuk kedua mesin cover-stitch dan mesin jahit tepi biasa sebenarnya adalah tidak sama. Untuk jahitan tepi biasa, hujung kain tidak perlu dilipat, dan boleh dijahit pada mana-mana bahagian luar atau dalam fabrik. Untuk jahitan cover-stitch pula, hujung fabrik perlu dilipat dua dan jahitan dibuat pada bahagian luar fabrik.

Mesin jahit tepi biasa mempunyai fungsi "pisau memotong" yang akan memotong tepi kain secara terus ketika jahitan tepi di buat. Mesin cover-stitch pula, tidak mempunayi fungsi pisau pemotong kain, sebaliknya lebihan kain perlu di potong secara manual selepas jahitan dibuat. Bagi potongan fabrik yang lurus, fabrik agak mudah dilipat sempurna dan kebiasaannya tidak memerlukan potongan secara manual dibuat selepas selesai jahitan cover-stitch dibuat. Sebaliknya, bagi jahitan tudung yang mempunyai lekukan dan "curve"terutama pada bahagian hadapan dan bahu, lipatan selalunya akan di lebihkan, dan kemudian perlu dipotong kemas selepas jahitan cover-stitch selesai.

lebihan tepi kain (jika ada) perlu dipotong kemas selepas jahitan cover-stitch selesai
jahitan cover-stitch pada tudung jersey: jahitan overlock pada bahagian dalam (atas) dan 2 jahitan lurus pada bahagian luar (bawah)

Walau kelihatan mudah, menyiapkan hanya jahitan cover-stitch pada keliling tudung sebenarnya agak mengambil masa (dan memerlukan 4 "butir" benang yang sama warna), terutamanya jika menggunakan mesin mudah alih (portable). Tidak seperti menggunakan mesin cover-stitch industri yang lebih lasak, jahitan cover-stitch menggunakan mesin portable perlu lebih dilakukan dengan lebih berhati-hati dan adalah lebih mudah jika lipatan dijahit tangan atau dipin kan terlebih dahulu sebelum jahitan cover-stitch di buat pada keliling tudung. 

mesin portable yang saya gunakan dari jenama "babylock"

15 comments:

Mila@Rimbun 14 June 2013 at 13:28  

Berapa RM yer mesin ni? dan beli dimana?

Jahitjahitan 14 June 2013 at 16:42  

Tak berapa ingat sbb dah lama..rasenye dalam RM1500+/-..call kedai ni 0178859959 lokasi di cheras perdana..jgn lupe mention mesin babylock cover-stitch

Unknown 11 July 2013 at 03:14  

Salam..mesin ni blh jht tepi tudung yg halus tu ke?

Jahitjahitan 11 July 2013 at 11:40  

tak boleh dear, mesin ni hanya untuk jahit cover-stitch

Anonymous,  21 September 2013 at 18:27  

Salam kak ros..
Mesin jahit tepi portable biasa boleh guna utk coverstich tak?

Jahitjahitan 22 September 2013 at 16:18  

Wsalam.

Tak boleh. modus operandi nya amat berbeza :)

Waniwisy 18 October 2014 at 16:19  

Salam nak tanya. Apa nama jahitan utk buat sekeliling tudung/cardigan jadi curly?

thesewingroomdiva 27 November 2014 at 11:31  

tk atas maklumat. saya baru saja menghubugi no yg diberi....sekarang harga mesinnya rm2,200. adakah sis masih menggunakan mesin ini? boleh kongsi lanjutan dari pengalaman menggunakan mesin ini? tk.

Jahitjahitan 14 December 2014 at 08:52  

Wsalam. Selalu org panggil jahitan halus je. Nama official nya sy x pasti :-)

Jahitjahitan 14 December 2014 at 08:57  

T ksih krn singgah diblog ini. Ya masih menggunakannya. Pengalaman saya, mesinni mudah dikendali dan smooth je. Janji setting benang ngam, Sll saya pakai 3 benang je. Cuma jahitan mudah sikit melompat2 , bole baca pengalaman diy tudung saya tentang ini. Utk kurangkan masalah ni bole iron dulu atau jika perlu, jelujur dulu lipatan fabrik tersebut sblm di janhit cover stitch.

Jahitjahitan 14 December 2014 at 09:02  
This comment has been removed by the author.
Jahitjahitan 14 December 2014 at 09:05  

http://jahitjahitan.blogspot.com/2012/09/tutorial-diy-tudung-syria.html?m=1

Anonymous,  27 December 2014 at 12:58  

salam...sis mesin jahit tepi coversticth ni boleh jahit semua jenis kain @ ada kain2 yg tertentu sahaja...tq

Unknown 30 June 2015 at 00:44  

Slm sis..
Terima kasih. Sekarang baru jelas.

Unknown 19 April 2016 at 01:40  

Terima kasih atas perkongsian infonya..
Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya..

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP