Salam Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin
>> 24 October 2012
Bunga "Anemone" dari fabrik Thai-Silk dan printed cotton yang sempat saya siapkan sebelum Aidil Adha |
Salam Aidil Adha saya ucapkan kepada pembaca (termasuk rakan FB). Terima kasih kerana telah memberi sokongan kepada ruang tulisan ini.
Kepada pembaca yang setia, saya memohon maaf kerana ada beberapa Tutorial yang di janjikan dan belum sempat saya selesaikan. Ada beberapa permintaan untutk membuat Tutorial juga tidak dapat saya penuhi. Saya berharap akan dapat meluaskan kebatasan masa dan ruang yang ada, agar permintaan-permintaan ini akan kelak, dapat saya penuhi. Saya memohon maaf atas kekurangan ini.
Kepada teman-teman yang mengenali saya di luar sana, termasuk rakan-rakan karib, sekerja dan sehobi, saya juga memohon maaf kerana ruang fokus (dan objektif) yang agak membataskan untuk terlibat dengan lain-lain perkara. Dunia seni (yang saya tempuhi) ini terlalu besar dan mengujakan, dan kadang-kadang kita perlu beredar dalam banyak perkara agar dapat menumpukan satu perkara dengan sempurna. Rajin-rajin hadir ke catatan blog ini (atau ke Fan Page), kerana semua catatan perjalanan ini ada di sana :)
Salam Aidil Adha.
0 comments:
Post a Comment