Bunga dari Fabrik

>> 19 October 2012

Read this in English

Jika rambut yang lurus boleh di kerinting kan, begitu juga dengan fabrik - agar boleh di adun dan di jadikan bunga fabrik dengan pelbagai patern, corak dan jenis fabrik - yang cantik, menarik dan tidak dijual di mana-mana kedai gubahan bunga.

(foto: source http://www.hairstylingtoolsinfo.com)

Beberapa bulan yang lalu, saya ada menghasilkan beberapa design kerongsang dari fabrik baldu, dan dengan menggunakan teknik yang sama. Kali ini, saya telah menggunakan beberapa jenis fabrik yang lain untuk tujuan yang sama - menghasilkan bunga dari fabrik yang boleh di jadikan pelbagai end-product seperti kerongsang, hiasan rambut, hiasan hadiah dan lain-lain.
bahan-bahan asas dan bunga fabrik yang di hasilkan dari fabrik linen



Terdapat berbagai kualiti fabrik satin dijual di gedung jualan fabrik, dan adalah bagus jika anda mencuba beberapa jenis kualiti terlebih dahulu, kerana setiap kualiti akan memberi hasil bunga fabrik yang berlainan.
salah satu kualiti fabrik satin yang saya gunakan  
Tidak seperti teknik membuat bunga fabrik yang lain, fabrik yang akan di gunakan perlu di "cuci" terlebih dahulu agar mudah di lenturkan, mengekalkan bentuk lenturan dan paling penting, untuk mengelakkan hujung fabrik daripada "fraying"  (tertanggal dan berbulu).

Keseluruhan proses ini akan mengambil masa beberapa jam, dimana fabrik perlu di cuci (dengan 3 bahan asas utama), di sidai dan di keringkan. Bahan asas perlu di sukat dengan tepat kerana ia akan  menentukan kualiti "lenturan" yang terhasil. Setelah di cuci, fabrik perlu disidai dengan teknik tertentu, yang tidak sama seperti kita menyidai cucian pakaian biasa. Adalah bagus sekiranya ukuran untuk lebar fabrik yang di perlukan untuk setiap patern dibuat, agar fabrik tidak terbazir dan boleh di gunakan untuk projek bunga fabrik yang lain :)

sebelum dan selepas di "cuci"
Selepas di cuci, fabrik perlu di potong mengikut pola. Semakin "complex" design bunga fabrik yang akan di buat, semakin lama masa diperlukan untuk menyiapkan keseluruhan kepingan yang di perlukan.
proses memotong pola



Proses seterusnya adalah proses yang paling penting bagi menghasilkan bentuk dan lenturan pada fabrik. Sama seperti proses mengerintingkan rambut, proses ini juga memerlukan alatan khas. Dan tidak seperti melenturkan rambut, proses melentur fabrik seperti ini memerlukan sedikit tenaga, dan pastikan tidak dibuat ketika perut sedang lapar:). Semakin tebal jenis fabrik yang di gunakan, semakin banyak tenaga juga akan diperlukan. Yang menarik nya tentang proses ini, anda akan melihat bahagian fabrik yang di lenturkan akan menjadi berkilat dengan perlahan-lahan.  

Dipendekkan cerita, banyak juga proses yang perlu di buat untuk menghasilkan bunga fabrik dengan teknik ini. Setiap proses memerlukan kemahiran dan perlu di eksperimen beberapa kali sebelum anda mendapat kualiti bunga fabrik yang memuaskan. Anda juga mungkin memerlukan lebih banyak alatan-bukan-menjahit (selain dari alatan menjahit khas seperti gunting, pen fabrik, jarum dll) yang pastinya tidak akan di tulis di dalam mana-mana buku panduan menjahit. Tips dari saya - anda perlu kreatif dan hanya perlu menggunakan apa sahaja yang berada di dalam stor rumah anda untuk menjaya kan projek seperti ini :)
fabrik sebelum dan selepas di lenturkan, bahagian yang telah di lenturkan kelihatan lebih berkilat.
Patern ini menggunakan 2 jenis fabrik - cotton-linen (printed) dan cotton tebal  (plain)


fabrik satin

fabrik baldu.


menggunakan fabrik thai-silk

0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP