Anenome - bunga hiasan segar dan buatan.

>> 5 November 2012

Saya tidak jemu mencuba pelbagai jenis fabrik yang berlainan - fabrik thai-silk, english cotton, cotton biasa dan baldu (velvet), termasuk fabrik yang bercorak (printed). Hasil nya sangat menarik. Kini bunga tiruan Anenome bukan sahaja boleh di dapati dengan pelbagai warna, malah corak juga:)

(foto: kiri dan kanan di buat dari fabrik thai silk, yang bercorak dari fabrik english cotton. )


Anemone berasal dari perkataan Greek "anemos" yang bermaksud angin (wind). Oleh itu, Anemone juga di kenali dengan nama "wind flower". Terdapat lebih 120 spesis Anemone dengan pelbagai warna, struktur kelopak dan jumlah kelopak yang pelbagai - dari 4 sehingga 27 kelopak. Spesis Anemone yang berlainan juga tumbuh pada musim yang berlainan di kebanyakan begara di Amerika Utara, negara Eropah dan Jepun. Oleh itu, Anemone adalah diantara bunga hiasan segar yang di gemari kerana bekalan nya akan "sentiasa ada" di sepanjang tahun.

(foto: bunga Anenome diambil dari http://flowersbliss.blogspot.com)

Oleh kerana bunga Anenome agak sukar di dapati pada iklim seperti di sini, saya telah mengabadikan keindahan bunga hiasan ini dengan menggunakan fabrik. Teknik dan cara membuatnya sama seperti yang di tulis pada blog entri saya yang terdahulu.

Saya tidak jemu mencuba pelbagai jenis fabrik yang berlainan - fabrik thai-silk, english cotton, cotton biasa dan baldu (velvet), termasuk fabrik yang bercorak (printed). Hasil nya sangat menarik. Kini bunga tiruan Anenome bukan sahaja boleh di dapati dengan pelbagai warna, malah corak juga:)

Selain kelopak, saya juga menggunakan fabrik yang sama untuk membuat setiap daun. Teknik membuat daun adalah sedikit berlainan dari teknik membuat kelopak bunga. Saya mencubanya beberapa kali dan dengan menggunakan "apa sahaja yang berada dalam stor" sehingga mendapat kualiti yang memuaskan.

menggunakan fabrik cotton biasa.

Selain kelopak dan daun, saya juga telah mempelbagaikan hiasan untuk bahagian "stamen". Selain menggunakan manik bunga biasa, saya juga menggunakan manik dari jenis kristal dan lutsinar yang menarik.
menggunakan fabrik baldu - ada kesan bersinar yang menarik dapat di lihat dari beberapa sudut.

Selepas ini, saya akan cuba untuk membuat bunga ini dengan menggunakan fabrik satin pula. Bunga-bunga ini sangat cantik dan sesuai untuk di jadikan hiasan, atau sebagai hantaran dan hiasan majlis perkahwinan.

Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, sila email ke info@jahitjahitan.com

0 comments:

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP