Tutorial: DIY Tukar Tudung Awning ke Syria

>> 10 October 2012

3 sebab popular kenapa ramai menimbunkan tudung awning di dalam almari pakaian, tetapi tidak memakainya:
1. Awning telah rosak - oleh mesin basuh, kecuaian dll
2. Bosan dengan padanan warna yang ada
3. Beli dengan harga premium - sayang nak buang :)

Usah risau, DIY ini dapat membantu anda menukar fesyen tudung awning (yang dibeli dengan harga yang mahal itu) kepada fesyen tudung Syria.




Berbagai-bagai trend tudung telah berada di pasaran. Apa pun, yang pasti, trend tudung Syria masih menjadi kegemaran. Ia mudah di pakai, dipadankan dengan anak tudung berbagai warna (iaitu seperti trend sekarang yang memadankan warna contrast), dan paling penting, boleh di lipat sahaja dan di simpan di antara lipatan pakaian yang lain.

Tudung ini diantara tudung yang tertimbun di dalam almari pakaian, dan telah tidak dipakai sekian lama, kerana awning nya yang telah rosak. Di buat dari kain t-shirt yang berkualiti yang sedap dan sejuk di wajah, juga dibeli dengan harga premium, setiap kali memandang hati pasti terguris - kerana tidak menjaga nya dengan baik, dan hanya sempat di pakai tidak lebih dari 5 kali.

Hari ini, saya berusaha untuk membuat transformasi itu



keadaaan tudung asal - anwing dan "badan tudung"




 1. Langkah 1: Tetas jahitan yang menyambungkan awning dengan badan tudung. Ada 3 jahitan di situ, iaitu jahitan dari bahagian luar, jahitan dari dalam dan jahitan tepi. Untuk jahitan tepi, tetas kesemuanya sehingga ke bawah dagu. Tetas dengan berhati-hati agar badan awning tidak rosak.



atas kiri: tetas jahitan lurus, atas kanan: tetas jahitan tepi. Bawah: telah di tetas sepenuhnya

2. Langkah 2: Potong bahagian bekas jahitan pada badan awning, iaitu kira-kira 1cm. Selalunya, bahagian yang di jahit itu sedikit "rosak" setelah di tetas, terutamanya kain t-shirt seperti ini.



potong kira-kira 1cm
 3. Langkah 3: Sarungkan badan tudung ke kepala anda. Kebiasaan nya, akan ter"besar" sedikir dari saiz kepala. Ukur kelebaran yang anda suka. (mengikut kesesuaian bentuk muka anda juga) dan tanda kan dengan pin. Jika elok-elok muat, boleh terus ke langkah 8. Untuk cara membentuk bahagian dagu, boleh lihat tips di tutorial terdahulu saya di sini (lihat langkah no 2)



terbesar 2 cm
 Langkah 4: Lukis garisan terus ke jahitan basi.


tandakan dengan pensil fabrik
 Langkah 5: Jahit lurus dari sebelah dalam disepanjang garisan yang di lukis dalam langkah 4


jahit lurus

Langkah 7: Jahit tepi sambil memotong bahagian yang terlebih itu.


jahit tepi dari sebelah dalam



siap - dari sebelah dalam
  Langkah 8: Pin kan kira-kira 1-1.5cm disepanjang garisan muka


 Langkah 9: Jahit coverstitch (dari sebelah luar) di sepanjang lipatan yang di pin tadi



 Langkah 9: Sudah siap, edit jahitan cover-stitch dari sebelah dalam (jika ada). Perhatikan kalau-kalau ada jahitan yang melompat - untuk kain t-shirt, jarang2 berlaku berbanding lycra


gunting lebihan kain dari sebelah dalam



siap - pandangan dari sebelah luar



mudah! boleh lipat sahaja.



dipadankan dengan anak tudung ber-awning dari fabrik t-shirt juga
Siap dengan catatan masa 1 jam 15 minit - kalau tanpa perlu ambil gambar untuk DIY, mungkin lebih cepat. Selamat mencuba
p.s:  Insyallah, lepas ni saya akan buat DIY anak tudung ber-awning ni pula :)

7 comments:

mamikelate 12 October 2012 at 13:02  

Bravo...ini dapat menyelamatkan tudung2 hamba yg berlambak dlm almari.....TQ...TQ

Jahitjahitan 14 October 2012 at 10:20  

Hehe..elakkan pembaziran :)

Anonymous,  9 June 2013 at 13:29  

saya pun buat mcm ni....tp lepas ni nk beli mesin coverstitch boleh buat sendiri...selalu lepas tetas hantar tukang jahit utk jahit semula...

Jahitjahitan 9 June 2013 at 14:03  

Tahniah sebab bercita-cita nak beli mesin tu..mahal jugak ler sbnrnye mesin tu, yang hanya untuk fungsi jahit cover-stitch itu..hehe..tapi nak cari kedai yang amik upah cover-stitch pun susah..kalau jahit kerinting tu banyak ler kan..semoga nanti kalau dh beli, boleh keluarkan produk sendiri pulak yer..kasi break-even kos beli mesin jahit cover stitch tu..majulah sukan untuk negara...hee

Liza Othman 5 July 2013 at 11:31  

terima kasih.. banyak tudung awning yg rosak ni :)

mira 9 May 2015 at 11:35  

alhamdullillah ..... cadangan yg sgt baik .....

bagi yang berniat nak membeli mesin jahit coverstich tu ...... insyaallah sya ada menjualnya ...... penghantaran direct ke rumah anda

http://amiranisa.com/

Post a Comment

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP