Kerongsang bunga Satin: Pilihan Warna

>> 25 June 2012

"I could make a thousand pieces of the same design, but each one will be unique,”"

Merah Hati

Light blue

Bluish-purple

Light purple

Pink
Shocking Pink


Hitam

Red chilli


Untuk soalan lazim, klik di sini
Untuk maklumat lanjut, email ke info@jahitjahitan.com atau PM kami di http://facebook.com/bungafabrik

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kerongsang bunga satin : Soalan Lazim

Saya mendapat soalan yang berulang-ulang tentang kerongsang satin ini. Saya berharap blog entri ini akan menjadi "one stop centre" utk "frequently asked questions" yang di terima. ( dan akan di update dari masa ke semasa)

1. Saiz
satin: Standard saiz dalam unit inci, sedikit besar berbanding dari fabrik sheer kerana tekstur fabrik yang lebih tebal. Saiz ini boleh di customize mengikut citarasa pelanggan, dan harga bergantung kepada saiz.


sheer: standard saiz dalam unit inci, sedikit kecil berbanding satin kerana teksturnya yang lebih nipis
Terbaru!!Saiz (Diameter): Dari Kiri, 3.5 inci (9cm), 3 inci (7.5cm), 2 inci (5cm) & 1.5 inci (3.8cm)

Pandangan atas dan sisi, dari kiri (diameter): 2 inci(5cm), 3 inci(7.6cm) dan 3.5 inci(9cm)

 2. Warna

Pilihan warna ada di sini, sila Klik disini

*permintaan untuk warna selain dari senarai diatas (untuk satin sahaja), akan di pertimbangkan ;)

3. Pandangan Dekat/ Close-up

satin: tekstur satin yang sangat cantik, kerana menggunakan fabrik satin yang berkualiti. Tekstur ini memberi impak "elegant" kepada si pemakai.
 



sheer: tekstur lebih nipis, tetapi menghasilkan keronsang yang comel dan "sweet", sesuai bagi mereka yang baru berjinak memakai keronsang bersaiz besar, atau sebenarnya, sesiapa pun boleh!

4. Pandangan Jauh: pada mannequin
keronsang satin di pakaikan pada dada mannequin
keronsang sheer di pakaikan pada dada mannequin
 

5. Pandangan Sisi

pandangan sisi kiri: walau pun bersaiz besar, brooch tidak "tunduk" ketika di pakai dan pin juga tidak kelihatan dari tepi kerana ditutupi oleh "curling petals" ;)

pandangan sisi kanan - hanya curls yang betul sahaja dapat menghasilkan kelopak yang rapi seperti ni. Proses yang agak rumit sebenarnya, tapi saya suka!

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kerongsang bunga Satin: Pilihan Saiz

Read this in English

Saya banyak mendapat feedback dari beberapa pelangan yang bertanyakan keronsang satin yang bersaiz lebih kecil.

Oleh itu, sepanjang malam semalam telah dihabiskan dengan membuat percubaan baru bagi menenuhi permintaan ini. Akhirnya keronsang satin yang lebih kecil, iaitu bersaiz 2 inci telah di hasilkan (gambar dibawah, paling kiri)


Pandangan atas,dari kiri (diameter): 2 inci(5cm), 3 inci(7.6cm) dan 3.5 inci(9cm)

Pandangan sisi: lapisan dan ketinggian juga berbeza


Menariknya, masa yang diperlukan untuk membuat saiz ini tidak banyak kurang dari masa yang diperlukan untuk menghasilkan saiz yang lebih besar. Ini kerana, hampir 80% masa (untuk menyusun kelopak-kelopak sehingga menjadi bunga yang sempurna) diluangkan untuk menghasilkan 1 - 1.5 inci yang pertama. Tempoh masa ini tidak termasuk masa yang diperlukan untuk memotong kain satin, memotong setiap kelopak dan membuat setiap kelopak ini melengkung. Dipendekkan cerita, tidak kira saiz, masa yang diperlukan untuk menghasilkan setiap kuntuman bunga, tidak pernah kurang dari satu setengah jam.

Malah saya mendapati, proses ini adalah lebih mencabar kerana kain satin yang licin, adalah lebih sukar untuk dipotong, dipegang, disusun dan "diadun" apabila saiznya adalah lebih kecil.

Apapun, saya amat berpuas hati melihat kelopak-kelopak yang kecik dan comel ini!

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kerongsang bunga Satin Dalam Casing Silver

>> 23 June 2012

Read this in English

Saya mendapat feedback yang sangat baik di facebook semalam, setelah gambar keronsang ini di keluarkan dengan wajah baru - di simpan di dalam casing silver. Selain untuk memudahkan penyimpanan, keronsang satin di dalam casing ini juga sesuai untuk di jadikan hadiah, dan tanpa penambahanan harga - promosi ini "valid" hanya untuk tempoh terhad :)


Untuk pesanan dan maklumat lanjut, email ke info@jahitjahitan.com atau 017- 2136976 (sms)

untuk FAQ, sila klik di sini

warna ungu muda - terbaru

selain untuk menyimpan, sesuai juga untuk di jadikan hadiah

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Fabrik Satin 101: Asas dan Pengenalan

>> 22 June 2012

Read this in English

Tahukah anda, terdapat berbagai jenis fabrik satin di pasaran, dengan harga serendah RM5/semeter sehingga lah setinggi lebih RM20/semeter?


Sejauh manakah pengetahuan anda tentang satin?

satin: indah dan berkilat


Keronsang
Saya telah menolak beberapa permintaan pelanggan untuk tempahan keronsang satin berwarna cream dengan alasan - satin berwarna cream telah kehabisan stok di semua kedai fabrik yang saya kunjungi. Selama 2 minggu saya kembali ke kedai yang sama dan hanya mendapat jawapan yang sama - satin cream dari jenis ini telah habis di beli kerana kualiti nya yang tinggi dan di gemari terutama ketika membuat persediaan untuk hari raya. Dan setiap kali juga, saya di tunjukkan fabrik satin berwarna cream dari jenis lain yang berharga jauh lebih rendah, tetapi ditolak kerana pernah mencubanya dan hasil nya sangat tidak memuaskan.Quality comes first!

Fabrik

Secara umum fabrik terbahagi kepada 2 jenis
1. Diperbuat daripada alam semula jadi  seperti fabrik kapas/cotton, linen, dan sutera. Fabrik dari jenis ini mempunyai jalinan benang-banang yang lebih "berongga" (tidak semestinya jarang) dan "sejuk", lembut dan selesa di pakai kerana menyerap peluh. Kerana sumber nya yang asli, harganya adalah lebih mahal.

2. Diperbuat daripada campuran bahan kimia atau sintetik seperti Nylon, polyester, rayon, viscose and acrylic. Fabrik dari jenis ini memberi "natural fall" apabila di pakai, sedikit "panas" dan tidak memerlukan penjagaan rapi ketika membasuh dan me"nyenerika". Oleh kerana itu, ia boleh didapati dengan harga yang lebih murah dan kebanyakan fabrik yang berada di pasaran adalah dari jenis ini,

Kini terdapat banyak fabrik dari sumber semula jadi yang di campurkan dengan sintetik dan boleh di beli  dengan harga yang lebih murah.

Satin


Kebanyakan orang mempunyai tanggapan salah bahawa satin adalah "bahan yang ia di perbuat daripada", seperti kain kapas yang di perbuat dari pokok kapas, atau linen dari pokok flax..

"Satin" sebenarnya bermaksud jenis kemasan fabrik yang terhasil dari teknik penenunan yang rumit dan spesifik. "Trademark" bersinar yang sinonim dengan fabrik satin terhasil melalui proses tenunan dimana gentian-gentian benang "diapungkan" kepada permukaan dan memudahkan pemantulan cahaya. Ini lah yang membuat fabrik satin kelihatan berkilat dan bersinar dengan secara semula jadi selain, memberi impak elegan, formaliti dan romantik, dan menjadi  pakaian para bangsawan dan raja-raja sejak dari abad terdahulu lagi.

Terdapat banyak jenis satin yang berbeza, seperti satin dari sutera (semulajadi) dan dari polyester (sintetik). Perbezaan diantara kedua nya boleh di kenali dengan mudah oleh mereka yang pakar. Satin yang diperbuat daripada sutera sangat indah, bersinar semula jadi dan lebih di gemari. Kerana bahan nya semulajadi, harga nya adalah lebih mahal. Sebaliknya satin dari jenis Polyester diperbuat daripada benang plastik yang menghasilkan fabrik yang benar-benar berkilat, yang kadang-kadang boleh membuat kain tersebut kelihatan agak palsu.

Seperti kebanyakan fabrik yang lain, kini terdapat banyak satin yg di hasilkan dari campuran semula jadi dan sintetik. Peratusan campuran diantara keduanya menghasilkan jenis-jenis fabrik satin dalam "range" yang besar, dengan "grade" tersendiri dan harga yang berbeza-beza.



KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kerongsang bunga Satin dan Sheer: FAQ

>> 20 June 2012


FAQ terbaru telah di kemas kini di sini

Saya mendapat soalan yang berulang-ulang tentang perbezaan di antara keronsang yang di perbuat dari fabrik satin dan sheer. Saya berharap blog entri ini akan menjadi "one stop centre" utk "frequently asked questions" yang di terima. ( dan akan di update dari masa ke semasa)

1. Pandangan Dekat/ Close-up

satin: tekstur satin yang sangat cantik, kerana menggunakan fabrik satin yang berkualiti. Tekstur ini memberi impak "elegant" kepada si pemakai.
 



sheer: tekstur lebih nipis, tetapi menghasilkan keronsang yang comel dan "sweet", sesuai bagi mereka yang baru berjinak memakai keronsang bersaiz besar, atau sebenarnya, sesiapa pun boleh!

2. Pandangan Jauh: pada mannequin
keronsang satin di pakaikan pada dada mannequin
keronsang sheer di pakaikan pada dada mannequin
 

3. Pandangan Sisi

pandangan sisi kiri: walau pun bersaiz besar, brooch tidak "tunduk" ketika di pakai dan pin juga tidak kelihatan dari tepi kerana ditutupi oleh "curling petals" ;)

pandangan sisi kanan - hanya curls yang betul sahaja dapat menghasilkan kelopak yang rapi seperti ni. Proses yang agak rumit sebenarnya, tapi saya suka!
4. Saiz
satin: Standard saiz dalam unit inci, sedikit besar berbanding dari fabrik sheer kerana tekstur fabrik yang lebih tebal. Saiz ini boleh di customize mengikut citarasa pelanggan, dan harga bergantung kepada saiz.



sheer: standard saiz dalam unit inci, sedikit kecil berbanding satin kerana teksturnya yang lebih nipis

Pandangan atas dan sisi, dari kiri (diameter): 2 inci(5cm), 3 inci(7.6cm) dan 3.5 inci(9cm)
 5. Warna

Warna-warna yang didalam stok: Klik disini


*permintaan untuk warna selain dari senarai diatas (untuk satin sahaja), akan di pertimbangkan ;)

6. Harga
Harga pengenalan,
- Harga biasa untuk pembelian 1 unit 
- Diskaun 10% untuk pembelian 3 unit
- Diskaun15% untuk pembelian 12 unit
* tidak termasuk kos hantaran


Untuk maklumat lanjut, email ke info@jahitjahitan.com atau 017- 2136976 (sms)



KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Hiasan Kepala: Cekak Rambut

>> 19 June 2012

For English, click here

2 rekaan untuk hiasan kepala dengan motif bunga, menggunakan fabrik jenis sheer yang berwarna merah dan cream. Setiap satunya dihiasi dengan sepasang daun yang menggunakan 2 jenis fabrik yang berlainan.

Merah:Pandangan Hadapan
 
Zoom in: Daun siperbuat daripada jenis fabrik yang sama dengan bunga dan bersaiz sedikit besar.



cream: Pandangan Hadapan



Zoom in: Daun diperbuat dari fabrik jenis netting dengan hiasan sequin yang kecil.


Untuk pertanyaan, email kepada info@jahitjahitan.com atau 017- 2136976 (sms)

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kerongsang Satin: Pada Hook Mannequin

>> 18 June 2012

For English, click here

Permintaan seorang pelanggan, untuk melihat keronsang bunga dari satin ini dipakai kan pada full body mannequin. Hanya ada hook manquinned, kerana full body mannequin telah "dijual" ;)

Red-chilli

exclusive black

bright pink


untuk pertanyaan, sila email ke info@jahitjahitan.com atau 017- 2136976 (sms sahaja)

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Newspaper Clips: Handmade Stationary Holder

I found this quite an interesting step-to-step pen holder making. To read in full, click here


KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kerongsang bunga satin

>> 14 June 2012

Setelah bergaya dengan rambut palsu sintetik baru nya tempoh hari, hari ni cik Mannequin kembali bersopan  dan mengenakan semula tudung di kepalanya, bagi mempamerkan warna-warna keronsang dari fabrik satin terpilih ;)

Nota kaki: Cik Mannequin ni sebenarnya bersaiz sedikit kurus, jadi keronsang satin ini kelihatan extra besar pada bahunya yang kecil ini. Untuk melihat saiz sebenar keronsang ini yang dikenakan pada full body mannquin, sila klik di sini

"shocking pink"

merah cili

hitam

pink

untuk pertanyaan, sila email ke info@jahitjahitan.com atau 017- 2136976 (sms sahaja)

KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Kerongsang bunga Satin

>> 12 June 2012

For English, click here

Setelah melalui pelbagai proses, cuba dan jaya saya telah berjaya mencipta bentuk dan saiz yang di idamkan dab bersesuaian dengan pemakaikan keronsang teutamanya bagi yang mempunyai cita rasa fesyen "dramatik"


dipakai pada tudung

gambaran penuh pemakai

saiz biasa - berdiameter kira2 3 inci 

saiz besar - berdiameter kira2 4 inci 

warna-warna yang boleh di perolehi

Untuk pertanyaan, email ke info@jahitjahitan.com atau 017- 2136976 (sms sahaja)


KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Bunga Dari Fabrik:

>> 10 June 2012

For English, click here

Lewat petang ahad, saya duduk malas di atas kerusi kegemaran saya dan membuat justifikasi ke atas perkara-perkara yang telah berjaya saya capai sepanjang minggu ini:

1. keronsang bunga buatan sendiri dari fabrik satin

Sepanjang minggu, saya begitu fokus untuk menyelesaikan projek ini, membuat cubaan demi cubaan bagi menghasilkan saiz yang standard, selain untuk memastikan kelasakan dan praktikaliti dalam pemakaian.

 keronsang merah-cili dipakai pada bahu
Sejak akhir ini, saya berhati-berhati ketika melakukan proses "edging" dimana ditakuti menghidu lebihan asap dari lilin untuk jangka masa yang agak berlarutan mungkin akan memudaratkan. Saya teringat satu slot lucu dari sitcom kegemaran saya suatu ketika dahulu yang bertajuk Seinfeld. Susan iaitu tunang kepada George telah meninggal dunia beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka, kerana telah "menjilat" terlalu banyak sampul untuk jemputan majlis. Hanya kerana sampul surat dibeli oleh George (yang kedekut) dengan harga yang murah dan mengandungi kandunagn toksid yang membahayakan!

Ironinya, saya berfikir, keadaan ini adalah logik untuk terjadi. Dengan kerisauan ini, saya telah mengambil langkah bijak dengan memakai penutup hidung (mask) sebagai langkah keselamatan yang mematuhi standard EHS. Apapun, pengalaman memakai penutup hidung ketika perlu menutup semua suis kipas benar-benar mencabar.
penutup hidung dengan corak kitty
2. Kelas melukis Aryclic di Galeri Kelopak

Sambungan kepada kelas-kelas terdahulu.
Jika dahulu kami telah mempelajari teknik canting batik sebagai hiasan kanvas, kali ini kami telah di dedahkan kepada teknik melukis menggunakan warna acrylic. Proses yang sama perlu di lalui - menyiapkan lukisan sabagai hiasan belakang dan kemudian perlu membuat jahitan dan sulaman reben dengan motif-motif bunga. Untuk kanvas yang pertama ini Saya tidak bercadang untuk tidak membuat sebarang jahitan atau sulaman, sebaliknya  akan menyiapkan sepenuhnya hanya dengan lukisan acrylic (agar boleh di jadikan sebagai rujukan di masa hadapan), kemudian beresolusi untuk menyiapkan dalam minggu ini. Sebaliknya, hanya pada kanvas ke dua akan saya gandingkan lukisan acrylic bersama gabungan sulaman dan jahitan reben (resolusi ke 2?). Saya akan menulis lagi untuk perkembangan projek ini.


terhenti di sini selepas kelas


3. Berpindah bilik
Kebelakangan ini, cuaca agak panas dan sedikit mengganggu tidur malam. Seperti setiap tahun, rutin ini akan pasti akan saya lakukan, iaitu berpindah dari bilik panas ke bilik sejuk. Bilik panas adalah bilik terpanas di unit ini kerana menghadap langit barat dan setiap hari, akan melalui proses pemanasan melampau pada sebelah petang. Bilik yang sejuk pula, berada pada kedudukan timur - lebih sejuk, redup dan gelap, baik pada waktu pagi, petang dan malam. Percata atau tidak, saya boleh tidur sepanjang hari di dalam bilik dengan memakai selimut.

4. Menukar tombol pintu
Setiap kali perlu menukar tombol pintu, saya akan berdoa kepada Tuhan agar menguniakan saya kemudahan dan keajaiban. Pengalaman menukar tombol pintu sebelum ini berjaya, tetapi sangat tidak menyeronokkan

pintu dan sudah lusuh dan tua - lubang pintu selepas tombol lama di keluarkan

membaca manual dari set tombol baru - akhirnya di buang sahaja kerana hampir tidak membantu

berjaya! lubang pintu tidak bersesuaian dengan set tombol baru. Hanya berjaya setelah di gabungkan set baru dengan beberapa perkakasan dari set lama. pelajaran: bukan semua tombol pintu (atau rumah?) di reka dengan standard ISO!

5. Menukar mentol lampu terbakar
Pencapaian yang paling besar dan membanggakan - kerana keadaan bergelap telah dibiarkan dengan agak lama

ruang balkoni - mentol telah terbakar lebih setahun lalu. Saya menggemari suasana bening yang diperolehi apabila lampu ini di nyalakan pada waktu malam

ruang masuk - saya mengambil sedikit masa untuk membuat penyelikan bagaimana untuk membuka lampu sarang burung ini dan mengeluarkan mentol yang telah lama terbakar.



KLIK UNTUK TERUS MEMBACA. ..

Asas Tentang:

Idea Untuk :

Buku Jahitan

Tutorial Saya

Tutorial Bunga Fabrik dan Kertas

Tips Untuk Blogspot

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

About Me

Followers

CraftZone

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP