Brooch Satin Hand-Dye & Giveaway May 2013
>> 11 May 2013
Setelah menyiapkan tempahan bunga satin hand-dye untuk bakal pengantin (beliau telah selamat menjadi isteri orang, manakala bunga satin telah di semat di kasut pengantin katanya), saya kembali membuat beberapa lagi kuntum bunga satin dengan teknik hand-dye. Berkat mengambil cabaran dari pelanggan ini, saya telah discover beberapa teknik baru, yang memudahkan saya untuk men-dye dan mengeringkan satin sebelum di cantum-cantumkan menjadi bunga. Sebenarnya ramai juga pelanggan saya yang seperti ini - cetusan order dari mereka telah memberi saya cetusan idea-idea baru.
Pagi tadi, saya masih menerima pendaftaran baru untuk Give Away April yang telah pun di tutup. Saya yakin telah remove semua pautan borang penyertaan, tetapi mungkin masih ada yang tertinggal di sana sini dan yang tak sempat saya fikirkan. Oleh kerana itu, saya bercadang untuk memberi Give Away untuk bulan May pula !
Berkemungkinan hadiahnya adalah 2 dari brooch-brooch yang bersaiz 2.5 inci ini dan kali ini akan ada 2 orang pemenang! Peserta boleh memilih di antara 4 pilihan warna ini, yang mana mereka suka. Tapi Tunggu! Saya belum membuat persiapan - iaitu borang "Ya! Saya Mahu" yang baru. Insyallah, pada minggu hadapan akan saya war-warkan. So rajin-rajinlah check blog ni semula ya. (p.s: peserta yang telah mendaftar pada pagi tadi akan saya sertakan dalam senarai baru nanti)
pilihan 1: purple + maroon
pilihan 2: merah - 2 tone
pilihan 3: kuning + merah
pilihan 4: kuning + purple
0 comments:
Post a Comment